KETAM SAMBAL KARI
BAHAN-BAHAN:
2 kg ketam – bersihkan dan rebus
1 paket kecil serbuk kari (sis guna kari kari udang)
2-3 sudu cili giling
2 batang serai – ketuk
10-20 biji cili padi
1 batang akar ketumbar
2-3 pohon daun kari
3 sudu makan sos tiram
1-2 sudu makan cuka makan
Sedikit serbuk lada putih/sulah
2 biji telur
1/2 kotak kecil santan
Rempah empat beradik ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pala)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air
Bahan kisar:
1 labu bawang Bombay
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 sudu jintan manis
CARA MEMASAK KETAM SAMBAL KARI:
Mula-mula, rebus ketam hingga setengah masak. Angkat ketam dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar ke dalamnya bersama dengan rempah empat beradik. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pula cili kisar dan daun kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah itu, masukkan serai yang telah diketuk. Teruskan menumis.
Masukkan pula serbuk kari dan teruskan menumis hingga kari masak sepenuhnya.
Setelah itu masukkan ketam yang telah direbus tadi dan sos tiram. Gaul sebati. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
Seterusnya, masukkan santan dan telur. Gaul. Masukkan juga cuka, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
Telur membuatkan sambal makin pekat dan boleh masukkan air lagi secukupnya, bergantung kepada kuah yang kita hendak. Tambah sedikit serbuk lada sulah atau lada putih. Gaul sekata. Masukkan cili padi untuk yang suka pedas.
Boleh cuba resipi ini juga: Resepi Maggi Goreng
Biarkan ia seketika dan bolehlah diangkat. Jangan masak terlalu lama kerana ketam dah separuh masak direbus tadi. Sedia dimakan dengan nasi panas.
Boleh cuba resipi ini juga: Ketam Masam Manis
Ketam sambal kari. Pernah makan tak? Ini seafood kegemaran sis Wa tau. Selalunya orang masak gulai atau kari kan? Ha…kali ni sis nak share resipi ketam sambal kari pula. Masakan ni pun tak kurang sedapnya tau.
Kalau nak dibandinhgkan dengan masak kari ketam biasa, sis lagi suka sambal kari yang lebih kering. Sebab sis yang jenis makan tak perlu berkuah pun. Korang macam mana?
Ketam Sambal Kari Versi Kering
Resipinya lebih kurang masak kari biasa yang berkuah tu. Cuma ia versi kering. Makan pula dengan nasi putih panas-panas. Pehhh!! Berpeluh. Ratah macam tu saja pun sedap.
Ketam adalah antara makanan laut yang paling digemari. Walau pun agak sukar nak memakannya kerana kulitnya yang tajam, tapi keenakan rasanya membuatkan ramai sanggup bersusah payah memakannya. Berbaloi kata orang.
Pelbagai masakan boleh dimasak menggunakan ketam. Daripada masakan kering sehinggalah yang berkuah.
Tahu Tak Khasiat Ketam?
Meh sini sis nak share sikit tentang khasiat ketam. Jangan tau makan je. Kena juga tahu khasiatnya. Barulah boleh makan dengan tanpa rasa bersalah..hihi.
Pelbagai jenis atau spesies ketam yang terdapat di negara kita. Antaranya ketam bunga, ketam biru, ketam batu, ketam renjong, ketam bulu, ketam minyak, ketam nipah, ketam bakau, ketam lumpur dan banyak lagi.
Namun, ada yang mengatakan bahawa ketam nipah adalah haiwan yang hidup di dunia alam dan haram dimakan boleh umat Islam.
Isi ketam merupakan protein tanpa lemak. Isinya juga mengandungi banyak vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita.
Kolesterol Tinggi Atau Tak?
Berbanding udang, daging ketam mengandungi tahap kolesterol yang lebih rendah. Dalam 100 gram ketam, dikatakan mengandungi 55-59 mg kolesterol. Walau bagaimanapun, terdapat juga ketam biru yang boleh mengandungi 97 mg kolesterol.
Oleh kerana paras kolesterol lebih rendah, ketam lebih selamat untuk mengekalkan peningkatan kolesterol darah. Walau bagaimanapun, tidak seperti udang, ada kekurangan lain yang ada padanya.
Ketam sangat tinggi dalam kadar natrium, jadi sesetengah orang yang mempunyai tekanan darah tinggi (tekanan darah tinggi) digalakkan untuk menghadkan makan ketam, jangan keterlaluan.
Tapi bagi sis, apa juga yang kita makan kenalah dalam keadaan sederhana. Walau pun sedap macam mana sekali pun, beringatlah masa makan. Jangan sedap terus belasah je!
Fnadhirah
September 26, 2022 at 7:21 pmTqqq for sharing. Lpas nie blh masak sedap2😋
wawaazwa
October 17, 2022 at 5:08 pmWelcome. Sila cuba resepi ni ye…:)
Myzan
September 27, 2022 at 7:34 pmSedapnya ketam. Tak pernah pulak buat masak kari dan tak sangka ketam kolesterol rendah. Terima kasih info!
wawaazwa
October 17, 2022 at 5:08 pmSama-sama. Sila cuba resepi ni ye.
nettyahhiyer
September 27, 2022 at 7:57 pmSedapnya kak Wa.. rasa tak sabar nak try resepi ni. Mesti budak-budak suka..
wawaazwa
October 17, 2022 at 5:07 pmYe…memang sedap.