Kerabu Pucuk Paku Mudah Dan Sedap
Bahan-bahan Kerabu Pucuk Paku:
2 ikat pucuk paku
Sedikit kelapa parut
1 inci belacan – bakar dan hancurkan
10 biji cili padi – hiris halus
2 biji bawang Bombay – hiris halus
Garam dan gula secukupnya
Air perahan limau nipis secukupnya
Air
Cara Membuat Kerabu Pucuk Paku Mudah Dan Sedap:
Mula-mula bersihkan pucuk paku, asingkan daun dan batang. Rendam di dalam air garam untuk mengeluarkanm kotoran. Toskan.
Masukkan air ke dalam periuk, bubuh sedikit garam dan celur pucuk paku. Jangan terlalu lama, sekitar 2-3 minit saja agar kerangupannya masih kekal.
Di dalam kuali, sangai kelapa parut hingga berwarna kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Dalam satu bekas, racik cili padi dan bawang merah besar. Satukan bersama belacan yang dah dihancurkan.
Setelah itu tuang pucuk paku yang dah dicelur ke dalam campuran kelapa, bawang dan cili tadi. Kalau nak pedas, tambah lebih cili padi.
Kalau tak suka pedas, boleh ganti dengan cili merah besar. Gaul sekata.
Tambah garam, gula dan air perahan limau nipis. Seimbangkan rasanya. Siap! Ratah macam tu pun sedap.
Kerabu pucuk paku mudah dan sedap. Bercakap tentang pucuk paku, terimbau kenangan waktu kecil dulu. Sewaktu tinggal bersama arwah tok dan tokki di kampung Tanggol, Terengganu.
Sis Wa duduk dengan tok dan tokki (al-Fatihah untuk keduanya) kerana mak ayah berpindah ke Felda sewaktu sis darjah tiga.
Memandangkan sis dan sorang lagi adik tetap nak bersekolah di kampung, maka kami duduk dengan tok dan tokki. Cuti sekolah baru balik ke rumah mak ayah.
Pucuk Paku Dan Zaman Kecil
Memang seronok duduk kampung. Salah satu kenangan paling best, bila berpeluang petik sendiri pucuk paku yang ada sekitar rumah tok. Uih, best sangat. Tambah-tambah bila musim hujan, pucuk paku tumbuh subur sungguh.
Tapi sis risau juga bila nak pergi cari pucuk paku, takut pacat! Eiii..memang geli wehh.
Pucuk paku itu biasa tok goreng je dengan bawang putih dan bawang merah. Simple tapi dah cukup sedap rasanya. Itulah kenangan sis bersama pucuk paku. Sekarang, nak nampak pucuk paku pun kena pergi pasar dan beli, Kalau dulu, petik tepi rumah je.
Kerabu Makanan Sihat
Sis juga suka aneka kerabu sebab bagi sis, ia makanan yang menyihatkan. Tak perlu goreng dengan minyak. Hanya celur. Contoh, kerabu pucuk paku ni. Celur dulu pucuk paku, sangai kelapa parut dan bahan-bahan lain hanya dihiris-hiris je. Mudah kan?
Selain pucuk paku, kerabu boleh menggunakan bermacam sayuran lain seperti buah mangga, betik muda, jantung pisang, pegaga dan banyak lagi. Ia juga boleh digabungkan dengan ikan bilis, sotong, udang, kerang.
Sayuran Kampung Jadi Kesukaan
Bila membesar di kampung di Terengganu, tentulah sayuran dan ulaman kampung jadi kesukaan. Selain pucuk paku, pegaga, jantung pisang dan rebung, juga kesukaan sis. Sampai sekarang tetap suka berbanding ulam lain seperti daun selom, ulam raja yang sis kenal lepas berpindah ke Selangor. Kalau nampak di kedai, tangan capai itu dulu berbanding ulam lain.
Kadangkala kita pandai makan tapi tak tahu khasiatnya. Macam pucuk paku. Banyak khasiatnya yang mungkin kita tak tahu.
Apa Khasiat Pucuk Paku?
Pucuk paku juga punya khasiat tersendiri dari sudut kesihatan. Antaranya:
-
Pucuk Paku Baik Untuk Kesihatan Tulang
Pucuk paku baik untuk membuat tulang kita jadi lebih sihat. Tulang tidak mudah patah dan tidak mudah terjangkit penyakit, terutama penyakit kemerosotan tulang yang terjadi pada orang yang mengalami osteoporosis. Tulang kita akan semakin sihat dan terjaga.
2.Cegah Penuaan Secara Semula Jadi
Tua sebelum waktunya tentu buat kita rasa hilang kepercayaan pada diri sendiri. Hal ini juga akan menyebabkan beberapa jenis penyakit. Cegahlah penuaan ini dengan banyak mengambil sayuran, salah satunya pucuk paku. Sayur ini akan membuat anda tampak awet muda.
3.Jaga Daya Tahan Tubuh
Khasiat pucuk paku yang pertama adalah sebagai sayur sihat yang dapat menjaga daya tahan tubuh kita. Daya tahan tubuh yang baik akan membuat kita memiliki perlindungan yang kuat terhadap serangan penyakit, sehingga tubuh tidak mudah terjangkit penyakit yang mudah merebak.
Baca ini juga: Ketumbit
4.Menurunkan Berat Badan
Berat badan berlebihan tidak hanya akan membuat badan kita terlihat gemuk namun juga menyebabkan banyak penyakit akibat kegemukan. Dengan rajin berolahraga dan mengambil sayuran pucuk paku, dikatakan kita akan mendapatkan berat badan yang ideal. Namun, tentunya hal ini memerlukan aktiviti yang konsisten dan tidak berlaku cepat tanpa sebarang usaha!
5.Mencegah Hipertensi
Penyakit hipertensi dapat dicegah sejak awal dengan pucuk paku. Sayuran ini sebaiknya dimakan setiap hari jika kita adalah salah satu orang yang sering mengalami gejala hipertensi. Khasiatnya yang semula jadi dalam mengawal tekanan darah kita sehingga tidak akan terjadi kenaikan.
Makan Pucuk Paku Jangan Berlebihan
So, pucuk paku memang elok dimakan. Walau bagaimana pun, dikatakan sayuran ini jenis ‘berangin’. Jadi mereka yang mengalami masalah angin dalam badan, jangan makan terlalu kerap atau banyak.
Apa pun, apa juga yang kita makan, biarlah bersederhana untuk menggelakkan kemudaratan. Betul tak?
Jom, sis share resepi Kerabu Pucuk Paku yang amat mudah dibuat dan sedap pula. Sebenarnya kerabu pucuk paku ini lagi sedap kalau ditambah taugeh di dalamnya dan juga kerang atau ikan bilis. Tapi semua bahan tak ada, sis masak je apa yang ada.
Nak bagi tahu satu rahsia, ini first time sis masak kerabu tau! Haha. Caya tak? Nasib baik sedap!!
Okay, selamat mencuba ye!
Cuba resepi ini juga: Ikan Cencaru Sumbat
Atin
November 14, 2022 at 11:19 pmGood sharing!
wawaazwa
November 17, 2022 at 7:49 pmTqqq…senang dooh. jangan lupa try 🙂
ila
November 21, 2022 at 5:08 pmMemang shedapppppo
wawaazwa
December 16, 2022 at 4:52 pmShedappp…ade kerang lg syedappp..
wawaazwa
December 26, 2022 at 3:37 pmSyedappp 🙂