Resepi Asam Pedas Lada Hitam Pari Sedap Dan Pekat Kuahnya

Resepi Asam Pedas

RESEPI ASAM PEDAS LADA HITAM PARI

Bahan-bahan:

1kg ikan pari – potong, cuci dengan garam dan limau

8-10 sudu makan cili kisar

Daun kesum

Daun limau purut – buang urat tengahnya

2 batang bunga kantan – racik halus

15 batang bendi

Air asam jawa

2-3 keping asam gelugur

2 biji tomato – belah empat

2-3 batang serai

2-3 sudu lada hitam – sangai dulu dan tumbuk

Garam secukupnya

Air secukupnya

Minyak masak

Bahan Kisar:

2 inci kunyit hidup

2 biji bawang merah

1 labu bawang Bombay

3 ulas bawang putih

2 inci halia

CARA MEMASAK RESEPI ASAM PEDAS LADA HITAM PARI:

Resepi asam pedas

Panaskan minyak di dalam periuk, tumis semua bahan kisar sampai terbit wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.

Resepi asam pedas

Masukkan air asam jawa diikuti serai dan daun limau purut yang sudah dibuang urat tengahnya bagi menggelakkan rasa pahit. Gaul sekata.

Resepi asam pedas

Setelah itu, masukkan daun kesum secukupnya. Sis suka letak banyak sikit kerana suka makan daun kesum bila dimasukkan ke dalam masakan.

Resepi asam pedas

Masukkan pula hirisan bunga kantan dan buah tomato. Masak lagi.

Tambah asam gelugur dan air mengikut kesesuaian kepekatan kuah yang kita kehendaki.  Masak lagi.

Resepi asam pedas

 

Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan pari. Gaul sekata. Masukkan pula kacang bendi dan gaul lagi. Perasakan dengan garam. Semak masam, masin dan pedasnya agak seimbang. Tambah air lagi jika kuah terlalu pekat. Sesuaikan dengan keinginan masing-masing.

Resepi asam pedas

Biarkan ia merendeh dengan api yang kecil. Siap!

Cuba resipi ini: Kari Telur Sedap Dan Simple

Pelbagai Resepi Asam Pedas

Resepi asam pedas lada hitam ini adalah salah satu daripada asam pedas yang ada di negara kita. Terdapat banyak versi asam pedas, mengikut negeri.

Kalau ke Melaka, gaya asam pedasnya lain. Kalau ke Johor, gaya asam pedasnya pulak lain. Ada yang suka asam pedas stail johor. Terpulang pada selera masing-masing lah kan. Sekarang mudah. Ramai yang dah jual pes asam pedas yang dihantar menerusi perkhidmatan penghantaran barang.

Semak ini juga: J&T Johor

Asam pedas kari pun ada. Pernah cuba tak? Sedap jugak tu. Sis Wa suka juga asam pedas ni terutama asam pedas lada hitam. Aduh, bayangkan macam mana tahap kepedasannya. Dahlah pedas cili, tambah lagi dengan lada hitam. Mak aiii!!

Pertama kali makan asam pedas lada hitam adalah hasil air tangan arwah ayah mentua (al-fatihah untuk arwah Amir bin Alias). Beliau orang pertama yang masakkan asam pedas waktu mula-mula sis kahwin dengan suami dulu.

Bila mengandung, itu antara makanan yang sis mengidam. Sis ingat lagi, arwah terus masakkan untuk sis. Uih, terasa ‘mengelinjak’ anak dalam perut masa tu..Tapi, terus terang sis cakap. Asam pedas arwah yang paling sedap sis pernah makan.

Alhamdulillah, suami sis memang pandai masak dan ramai yang puji asam pedasnya ini. Sis bolehlah masak, tapi tak sedap macam dia masak lah.

Asam pedas suami sis masak ni memang pedas berdegung orang cakap. Memandangkan sis ni taklah tahan pedas sangat, biasa sis ambil sikit je kuahnya.

Untuk asam pedas lada hitam ini, suami gunakan lada hitam kasar yang ditumbuk. Sebelum tumbuk, cuci dan sangai dulu. Katanya nak menaikkan lagi aroma lada hitam dalam masakan.

Resepi Asam Pedas Lada Hitam Pari Yang Simple Tapi Sedap

Ada yang masak asam pedas letak ketumbar, ada yang tak. Terpulang pada selera. Untuk versi yang ini, suami sis tak guna ketumbar. Tapi tetap sedap ye.

Cuba juga asam pedas ini juga.

Petua Hilangkan Bau ‘Hancing’ Pari

Terlebih dahulu, ikan pari dibersihkan betul-betul kerana ia memiliki satu bau yang tidak menyenangkan.

Caranya:

1.Salah satu cara nak bersihkannya, lumur ikan dengan garam dan limau nipis/kasturi. Boleh juga gunakan lemon. Limau itu dipotong dua.  Biarkan seketika sekitar 10 minit.

2. Setelah itu, barulah dicuci dengan air bersih beberapa kali. Ketika cuci ikan, gosokkan limau ke badan ikan.

3. Selain itu, boleh juga cuci dengan pes asam jawa. Lumur ikan dengan pes asam jawa dan biarkan seketika sebelum cuci dengan air bersih.

Ini kerana ikan pari ada bau ‘hancing’ jika tak dicuci betul-betul bersih dan ia akan menganggu kesedapan masakan kita nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *