Kari Daging Kerbau Pekat Dan Lebih Umph!

Kari Daging Kerbau Pekat Dan Lebih Umph!

Kari daging kerbau? Ada tak yang tak pernah makan daging kerbau? Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang belum pernah makan.

Sedap tak daging kerbau? Bagi Sis, tak adalah beza sangat daging kerbau dan daging lembu tapi masih boleh ‘kenal’ dan lihat perbezaannya.

Seperti lembu dan kambing, macam-macam masakan boleh dimasak menggunakan daging kerbau termasuklah kari. Tak kalah sedapnya daripada kari daging lembu tau!

Memori Daging Kerbau

Bercakap tentang daging kerbau, sis ada pengalaman lucu jugak. Dulu waktu masih anak dara, selalu juga ikut salah seorang teman rapat, Anie Mohamed balik ke kampungnya di Karak Pahang. Sis ni penggemar daging dan dia suka masak daging kicap. Tapi sis hairan juga kenapa daging dia masak agak liat tapi sebab sedap, balun je.

Terbongkar satu rahsia bila kakak iparnya tanya, ” ooo..suka daging kerbau ye.”…Terperanjat jugak sis. rupa-rupanya selama ni yang sis makan tiap kali ke rumah dia tu daging kerbau. Dia sengaja tak bagitahu takut sis tak makan.

Katanya lagi, orang Pahang suka daging kerbau berbanding lembu dan maknya memang tak makan daging lembu. Lawak gak bila dikenang…

Beza Daging Kerbau Dan Daging Lembu

Daging lembu memiliki serat yang lebih halus. Untuk daging kerbau memiliki serat yang lebih kasar dan lebih padat. Boleh terlihat jelas. dagingnya lebih kasar. Selain itu, daging lembu warnanya lebih pucat berbanding daging kerbau yang lebih merah.

Struktur serat padat membuat tekstur yang dimiliki daging kerbau lebih keras dibandingkan dengan daging lembu yang lebih empuk. Pada proses pengolahan saja, daging kerbau harus lebih lama dimasak untuk menghasilkan kematangan yang tepat.

Waktu yang diperlukan untuk memasak daging lembu tentu lebih sekejap dibandingkan daging kerbau. Misalnya untuk mencapai keempukan yang sempurna, daging lembu memerlukan waktu satu jam, sedangkan daging kerbau boleh mencapai dua jam.

 Jom Semak Khasiatnya

Menurut website IDN Times (https://www.idntimes.com/health/), Daging kerbau merupakan sumber protein yang tinggi dan mampu mengalahkan kandungan protein pada daging lembu.

Selain kaya akan kandungan protein, daging ini mengandungi vitamin B1 dan asid lemak yang sangat baik untuk kesihatan tubuh. Antara khasiatnya:

  1. Tingkatkan Masa Tulang

Daging kerbau merupakan alternatif baik untuk dimakan bagi para atlet yang ingin mendapatkan tubuh yang ideal dan juga berotot.

Manfaat makan daging kerbau di antaranya mampu memperkuat sistem kekebalan tubuh kerana kaya  kandungan zink. Bila rutin memakan daging kerbau, maka sistem kekebalan tubuh kita akan kuat dan rentan diserang penyakit.

  1. Sumber Energi

Daging kerbau mengandungi protein dan karbohidrat yang dapat berfungsi sebagai sumber energi. Kandungan ini sangat baik diambil, terutama ketika tubuh terasa lesu dan kurang bersemangat.

  1. Turunkan Kolesterol Jahat

Kandungan Omega 3 dalam daging kerbau sangat baik untuk meningkatkan High Density Lipoprotein (lemak sihat) dan mengurangi Low Density Lipoprotein (lemak jahat). Sehingga, para obesitas tak usah khuatir memakan daging yang satu ini kerana kandungan Omega-3 mampu turunkan kadar kolesterol.

  1. Menjaga sistem peredaran darah

Protein tidak hanya penting untuk memproduksi leukosit tetapi juga berfungsi memproduksi eritrosit dalam tubuh kita. Fungsi eritrosit ini mengalirkan oksigen dalam darah ke seluruh tubuh kita.

  1. Meningkatkan Kecerdasan Otak

Kandungan Omega-3 pada daging kerbau cukup tinggi, sehingga dengan memakan daging ini dapat meningkatkan kecerdasan anak dan meningkatkan konsentrasi.

Sebenarnya macam-macam lagi khasiat daging kerbau yang sis tak nyatakan di sini.

Okaylah. Kali ni sis nak share rahsia kari kerbau yang pekat dan sedap. Resipi ini sis dapat daripada biras sis, puan muslimah Surip. Memang mantap karinya.

Nanti korang ikut je step by step. Insya-Allah sedap.

Jom semak resipinya.

Kari Daging Kerbau Pekat Dan Umph!

Bahan-bahan Kari Daging Kerbau:

Kari Daging Kerbau Pekat Dan Lebih Umph!

1kg daging kerbau – hiris nipis

1 kotak santan segera (saiz kecil)

7 biji bawang merah – tumbuk

5 ulas bawang putih – tumbuk

1 inci halia – tumbuk

2 batang serai – ketuk

Sedikit halba

1 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga cengkih

5 buah pelage

2-3 tangkai daun kari

Sedikit biji sawi

Rempah kari daging (agak banyak ye)

Sedikit cili kisar

2-3 biji kentang – belah empat

Garam dan gula

Minyak untuk menumis

Cara memasak Kari Daging Kerbau:

Kari Daging Kerbau Pekat Dan Lebih Umph!

Mula-mula tumbuk panaskan minyak di dalam periuk, dalam kuantiti yang agak banyak. Ia akan membuatkan warna kari lebih cantik. Jangan risau, lebihan minyak itu boleh dibuang setelah kari masak nanti.

Tumis serai, daun kari, biji sawi, halba, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis hingga terbit wangi. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk halus tadi. Kacau rata.

Boleh semak resepi ini juga: Rendang Daging Hitam

Kari Daging Kerbau Pekat Dan Lebih Umph!

Masukkan cili kisar, tumis seketika dan masukkan pula serbuk kari yang telah dijadikan pes. Tumis lagi hingga terbit minyak.

Kari Daging Kerbau Pekat Dan Lebih Umph!

Setelah itu, bolehlah dimasukkan daging kerbau yang telah dibersihkan tadi. Gaul sebati.

Bila daging mula empuk, masukkan santan pekat.Kacau sebati dan  masukkan kentang. Biarkan kari mereneh dan daging serta kentang empuk. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Kari Daging Kerbau Pekat Dan Lebih Umph!

Setelah daging empuk, bolehlah diangkat. Kalau minyak terlalu banyak di permukaannya, boleh buang dulu sebelum dihidangkan. Tadaaa..siap!

Boleh cuba juga resepi ini: Kari Ayam Ala Bangladesh

 

 

 

8 Comments

  1. FARAH HANANNI BINTI ABU BAKAR

    November 11, 2021 at 2:32 pm

    sedap☺️

  2. Norsunita binti Abu Bakar

    November 11, 2021 at 2:41 pm

    Sangat sedap

  3. Wah! Bolehlah nanti try resepi kak wa ni..

  4. hantar opis sket Wa

  5. Hiris 1kg daging lembu tu nak buat apa sis

    1. ops sorry…daging kerbau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *