Daun bawang. Ketahui Zat Di Dalamnya Dan Cara Tanam

Daun bawang. Ketahui Zat Di Dalamnya Dan Cara Tanam

Daun bawang, juga dikenali sebagai daun shallot, mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat yang baik untuk kesihatan. Selain itu, boleh tanam sendiri daun bawang di rumah. Senang je.

Daun ini sememangnya mempunyai aroma dan rasa tersendiri. Kalau untuk sis Wawa, suka bubuh dalam sup dan dalam sambal udang cili api. Memang sedap. Kalau buat cekodok bilis kentang pun sis Wawa pun suka bubuh.

Bahkan, memang banyak masakan yang kalau dibubuh daun bawang, pasti akan menambah kelazatan masakan itu Setuju tak?

Tahu Khasiat Makanan Yang Kita Makan

Daun bawang. Ketahui Zat Di Dalamnya Dan Cara Tanam
Foto: Pexels

Kadangkala kita ni tahu makan je. Tapi kalau tanya khasiatnya memang tak  tahu. Sebaiknya, kita ambil tahu apa khasiat makanan yang kita kita makan.

Bila kita tahu apa yang kita makan, kita boleh tambah pengambilannya jika perlu dan bersesuaian untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Terutama bagi yang mempunyai penyakit tertentu. Sangat penting untuk mengetahui khasiat yang terkandung dalam sesuatu bahan masakan.

 8 Manfaat Daun Bawang

Berikut adalah beberapa manfaat yang dikaitkan dengan daun ini:

1.Sumber pelbagai Nutrisi penting

– Ia mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti vitamin A, vitamin C, vitamin K, dan vitamin B kompleks. Ia juga mengandungi mineral seperti zat besi, kalsium, dan kalium.

  1. Memiliki Antioksidan

Kandungan antioksidan dalam daun bawang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ini dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser.

3.Kurangkan Radang

Kandungan anti-radang dalam daun ini dapat membantu mengurangkan keradangan dalam badan, yang boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti arthritis

4.Sokongan Sistem Pencernaan

Daun bawang mengandungi serat diet yang membantu memperbaiki fungsi sistem pencernaan. Ia juga boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan meningkatkan kesihatan usus. Maka, ia dapat membantu meningkatkan proses pencernaan dengan merangsang pengeluaran enzim-enzim penting dalam sistem pencernaan.

5.Pengurusan Berat Badan

Daun bawang adalah pilihan yang baik untuk pengurusan berat badan kerana ia rendah kalori dan mengandungi serat. Serat membantu memberikan perasaan kenyang lebih lama, mengurangkan keinginan makan berlebihan.

6.Sokongan Sistem Kardiovaskular

Kandungan allicin dalam daun bawang boleh membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Ini dapat menjaga kesihatan jantung dan sistem peredaran darah.

7.Kulit yang Sihat

Kandungan vitamin A dalam daun bawang memberikan faedah untuk kesihatan kulit, membantu menjaga kelembapan dan keanjalan kulit.

8.Sokongan Sistem Imun

Nutrisi di dalam daun bawang, termasuk vitamin C, membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan dan penyakit.

Adalah penting untuk memasukkan daun bawang dalam diet harian kita bagi mendapatkan manfaat kesihatan yang optimum.

Mudah saja. Kita boleh menambahkannya dalam pelbagai hidangan seperti sup, salad, dan masakan tumis. Walau bagaimanapun, pastikan kita tidak mempunyai sebarang alergi terhadap daun bawang sebelum mengambilnya secara berlebihan.

Seperti biasa, lebih baik berbincang dengan pakar kesihatan sebelum membuat perubahan besar dalam diet anda.

Boleh baca ini juga: 6 resepi Daun Kesum Yang Simple

Cara Tanam Sendiri Daun Bawang Di Rumah

Daun bawang. Ketahui Zat Di Dalamnya Dan Cara Tanam

Biasanya kita beli daun bawang di pasar atau supermarket kan? Tapi sebenarnya mudah sungguh nak tanam daun bawang. Dalam pasu pun boleh kalau yang duduk di rumah flat atau apartmen.

Jom tengok macam mana caranya. Lepas ni bolehlah cuba tanam sendiri. Jimat belanja.

  1. Pilih bawang yang sesuai

Langkah pertama, kita kena cari bawang yang bila kita potong bahagian atas bawang, di dalam tengah-tengahnya ada warna hijau.

Pilih bawang yang dah bercambah daun, potong buang daun tu dan tanam. Daun itu kalau dibiarkan je, nanti ia bantut. Kalau tak ada bawang yang bercambah, pilih bawang segar dan elok pun boleh.Tapi, jangan tanam bawang busuk, nanti cepat la dia membusuk dalam tanah.

  1. Buat potongan pada bahagian atas.

Kemudian potong bahagian atas bawang. Cara ini kita guna untuk pokok bawang yang kita tanam untuk kegunaan daun.

  1. Tapak Tanaman

Nak tanam dalam bekas telur pun boleh, cuma kena selalu basahkan bekas telur itu. Tapi lebih baik kalau tanam atas tanah, sebab lebih kuat.

  1. Sembur air

Sembur air untuk lembabkan tanah. Tapi jangan banyak ye. Tak perlu banjirkan pasu. Nanti bawang cepat membusuk.Bila nak tuai, potong sahaja semua daun dan bawang dibiarkan di tanah. Nanti boleh tuai lagi.

Baca artikel ini juga: Kebaikan Daun Kunyit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *