Kasut Raya Larrie Sangat Selesa Dan Trendy Digayakan Di Aidilfitri

Kasut Raya Larrie

Kasut raya Larrie sangat selesa dan trendy digayakan pada hari raya Aidilftri nanti. Tak kira untuk yang menggayakan busana tradisional mahu pun kasual. Terdapat variasi gaya untuk dipilih.

Apa pilihan untuk kasut raya 2023 ini ye?  Koleksi kasut raya Larrrie  ini pasti dapat memenuhi cita rasa semua.

Pilih Kasut Raya Selesa Dan Trendy

Kasut Raya Larrie

Kasut raya Larrie. Sudah pastinya, Aidilftri akan meriah dengan aktiviti kunjung-mengunjung di antara sanak saudara dan rakan taulan.

Jadi, memilih dan memakai kasut yang selesa sangat perlu diambil kira. Betul tak? Memudahkan dan tak menyakitkan kaki. Kadangkala, kasut yang cantik tapi tak selesa memakainya. Mesti kita tak nak macam tu kan?

Kasut Raya Larrie ‘Milano Flair’ 2023

Kasut Raya Larrie

Sempena dengan Aidilfitri 2023, LARRIE berbesar hati untuk memperkenalkan koleksi baharunya yang bertemakan “Milano Flair”.

Koleksi “Milano Flair” diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen. Koleksi baharu yang menarik ini  menampilkan warna rona romantis dan lembut seperti limau merah jambu, putih romantis, hijau lucite, biru diraja, badam panggang dan kelabu glasier.

Kesemua tema ini didorong oleh unsur-unsur yang biasa dilihat pada musim bunga dan musim panas di Milan. Larrie menjangkakan koleksi ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi yang terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh mereka.

 LARRIE Untuk Wanita Anggun 

Kasut Raya Larrie

Untuk koleksi wanita, Larrie memperkenalkan rangkaian kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni untuk disuapakai pada Aidilfitri.

Juga diinspirasikan gaya Milano yang bergaya, koleksi ini menampilkan selipar, sandal dan Mary Jane dalam warna pilihan wanita kini seperti merah jambu limau, biru diraja, dan putih romantis.

ntuk mencipta rupa yang bergaya dan menawan, mereka yang anggun  boleh menggunakan kasut sneakers jenis wedge dengan tapak kasut yang tebal dan selesa, sesuai dipadankan dengan baju kurung atau baju kebaya.

Pilihan Kasual Untuk Wanita

Karut raya Larrie. Untuk yang memilih gaya kasual di Aidilfitri, Larrie menyediakan pilihan kasual untuk para wanita. Didatangkan bersama kusyen di dalam tapak kasut yang tebal dan lembut, kelebihan ini membantu menyokong dan memberikan keselesaan kaki sepanjang hari kepada si  pemakai.

Gaya ini sesuai untuk dipakai pada musim Aidilfitri yang sememangnya akan sentiasa berjalan memenuhi jemputan kenalan dan yang tersayang.

Larrie Untuk Si Jejaka

Kasut Raya Larrie

Signifikan sebagai LARRIE For Him, Larrie  menampilkan gaya yang bergaya, selesa serta sempurna untuk ziarah-menziarahi pada Aidilfitri kelak.  Musim ini, Larrie  membawakan anda koleksi lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas yang didorong oleh fesyen Milano yang terkenal dengan gayanya.

Sorotan koleksi lelaki musim ini termasuk kasut kulit, loafers dan slip-on dalam kombinasi dua tona warna berbeza warna musim panas, seperti kelabu glasier,jingga tangerine badam panggang dan kelabu gelap.

Bagi peminat kasut loafers kulit, koleksi untuk hari lebaran boleh didapati dalam warna semula jadi seperti coklat dan kelabu, menjadikannya sesuai untuk lelaki yang ingin kelihatan bergaya dan santai.

Menariknya, beberapa gaya loafer dan slip-on didatangkan dengan kusyen tumit terbina di dalam untuk serapan hentakan yang lebih baik selain membantu mengurangkan keletihan pada kaki. Selesa dan praktikal, kasut ini sesuai dipadankan dengan sempurna bersama baju Melayu atau dipadankan dengan seluar jeans untuk kunjung-mengunjung. Raya kan sebulan…

 Kat Mana Nak Beli?

Kat mana nak beli kasut rasa Larrie ni? Koleksi Aidilfitri Larrie in boleh didapati di semua gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan pilihan kedai dalam talian di larrieshoes.com dan larrieconceptstore.com serta di Shopee, Lazada dan Zalora.

Harga produk bermula dari RM 99.00 hingga RM 399.00.

Untuk maklumat lanjut produk dan tips fesyen terkini, layari larrieconceptstore.com atau www.larrieshoes.com.  Gunakan #Celarriebrationraya2023 untuk lihat dan berkongsi koleksi LARRIE Aidilfitri terkini di media sosial.

Alah membeli, menang memakai. Bila membeli kasut berkualiti, ia lebih tahan lama dan tahan lasak. Koleksi ini boleh dipakai untuk acara lain juga, bukan sekadar pada hari raya. Bahkan, boleh dipakai ketika beriadah.

Baca ini juga:  Gunung Banang

Tentang Jenama LARRIE

Kasut LARRIE direka, dihasilkan, diedarkan dan dipasarkan oleh Larrie Corporation (M)  Sdn Bhd. Diperbadankan pada tahun 1978, Larrie Corporation merupakan pengilang, pengedar dan pemasar kasut yang terkemuka serta  berjaya di Malaysia. 

 Syarikat ini mempunyai pengedaran rangkaian 80 peruncit kasut yang kukuh di seluruh negara. Pada masa ini, Larrie Corporation sedang memasarkan dan mengedarkan pelbagai jenama antarabangsa di Malaysia. Antaranya ialah The Flexx, Geox, Camel Active, dan Polo Haus.

Baca artikel ini juga: Percutian Di Cameron Highlands

 

3 Comments

  1. Wow, nampak nice dan selesa! Mesti rembat satu kalau ke sini sana..Huhi….

  2. Nampak selesa.Simple tapi nice gituh!

    1. Kann…memang selesa. Design pun cun-cun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *