Masak lemak cili api telur dadar. Mudah dimasak dan sedap pulak tu. Bahan pun tak banyak yang diperlukan. Kira lauk jimat jugak ni.
Tengah viral resipi ini kan. Mula-mula sis Wawa macam ragu-ragu jugak. Ehh..sedap ke tak ni ye? Macam pelik je. Telur dadar dalam masak lemak? Ish, biar betul. Tapi bila suami teringin, sis pun try la.
Tak sangka. Sedap weh! Mudah je nak masaknya.
Masak Lemak Cili Api Telur Dadar
Bahan-bahan Masak Lemak Cili Api Telur Dadar:
3 biji telur ayam – cuci
Santan segar
Air – jika perlu
1 helai daun kunyit – racik atau koyak kasar
Sedikit mushroom seasoning
Garam secukupnya
Minyak masak
Bahan Kisar:
5 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang merah kecil
Cara Memasak Masak Lemak Cili Api Telur Dadar:
Mula-mula, pecahkan telur dalam mangkuk. Bubuh sedikit garam dan kacau sampai kembang. Nak guna telur itik pun boleh kalau suka.
Panaskan minyak dalam kuali. Tuang adunan telur tadi dan dadarkan. Angkat dan toskan. Bahagikan ia kepada bebeberapa bahagian. Ketepikan.
Tuang santan ke dalam periuk/kuali. Masukkan bahan kisar. Gaul sekata dan masak dengan api sederhana. Kalau kuah terlalu pekat, boleh tambah air. Ikut kesesuaian kepekatan kuah yang kita nak.
Sentiasa kacau supaya santan tak pecah minyak. Bila santan masak, bolehlah masukkan daun kunyit dan perasakan dengan mushroom seasoning serta garam secukup rasa. Kacau lagi. Kalau nak masukkan sebatang serai ketuk pun boleh. Tapi sis Wawa tak masukkan kali ni.
Cuba resipi ini juga: Resipi Kari Ikan Bawal Padu
Setelah itu, bolehlah masukkan kepingan telur dadar tadi ke dalam kuah lemak. Kacau perlahan.
Biarkan mereneh seketika dan tutup api.
Siap! Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Mantap! Bagi yang ada anak-anak kecil dan tak suka pedas, tak perlu masukkan cili api. Kisar kunyit hidup dan bawang merah saja Tu pun dah sedap tau. Untuk mak ayah, bubuh je cili api sebatang sebatang. Nanti makan, gigit je untuk dapatkan rasa pedas.
Khasiat Telur Ayam
Aapa agaknya khasiat telur ayam untuk kesihatan kita ye? Kadangkala kita hanya tahu makan tapi khasiatnya tak tahu. Meh Sis Wawa kongsikan khasiatnya ye. At least nanti bolehlah kongsi info dengan anak-anak. Sambil makan, boleh terangkan pada mereka. Mesti sesi makan lagi menarik.
Apa khasiatnya? Telur ayam adalah sumber nutrisi yang kaya dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia. Berikut adalah beberapa khasiat telur ayam:
Kaya dengan Vitamin dan Mineral:
Telur ayam mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting termasuk vitamin A, vitamin D, vitamin B12, zink, dan selenium yang penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh.
Sumber Protein Berkualiti Tinggi:
Telur ayam mengandungi protein berkualiti tinggi yang diperlukan untuk pembinaan tisu badan, pertumbuhan otot, dan pemulihan selepas senaman.
Sumber Asid Lemak Omega-3:
Beberapa telur ayam diperkaya dengan omega-3, yang penting untuk kesihatan jantung dan otak.
Kesihatan Mata:
Telur ayam mengandungi lutein dan zeaxanthin yang boleh membantu melindungi mata daripada kerosakan akibat penuaan dan membantu mencegah penyakit mata seperti degenerasi makula.
Bantu Pertumbuhan dan Perkembangan Otak:
Kolin, sejenis nutrien yang terdapat dalam telur ayam, penting untuk pembangunan otak dan fungsi kognitif yang sihat, terutamanya pada kanak-kanak dan ibu hamil.
Bantu Kesihatan Jantung:
Walaupun dahulu telur dianggap meningkatkan risiko penyakit jantung disebabkan kandungan kolesterolnya, kajian terkini menunjukkan bahawa mengonsumsi telur dalam jumlah sederhana tidak meningkatkan risiko tersebut, dan bahkan mungkin memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung.
Pilihan Untuk Turunkan Berat Badan:
Telur adalah makanan yang mengenyangkan dan rendah kalori, menjadikannya pilihan yang baik untuk membantu kawal pembakaran kalori dan memelihara berat badan yang sihat.
Walau bagaimana pun, penting untuk diingatkan bahawa, pengambilan telur perlu disesuaikan dengan keperluan diri kita sendiri dan disertai dengan pemakanan seimbang secara keseluruhan.
Bagi individu yang mempunyai alergi pada telur atau masalah kesihatan tertentu, perlu berunding dengan pakar kesihatan terlebih dahulu, sebelum mengambil telur dalam diet mereka.
Semak resipi ini juga: 3 Resipi Tersedap Kuih Bangkit
Leave a Reply