Sambal bilis cili padi terung pedas terangkat. Makan gerenti nasi bertambah-tambah tak boleh nak berhenti. Dan apa rahsia ikan bilis kekal garing walau telah dimasuk ke dalam sambal ye?
Sambal Bilis Cili Padi Terung
Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis
10-15 biji terung bulat hijau – belah dua
30-50 biji cili padi hijau dan merah (bergantung pada kepedasan yang diingini)
2 biji bawang merah
Minyak masak
Garam
1 keping asam gelugur
Cara Memasak Sambal Bilis Cili Padi Terung:
Mula-mula tumbuk/blender cili padi dan bawang merah hingga lumat. Kemudian panaskan minyak, goreng bilis hingga garing.
Bila bilis sudah garing, angkat dan toskan. Ketepikan. Goreng pula terung bulat yang dibelah dua. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, tuang bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan sekeping asam gelugur. Goreng hingga cili masak sepenuhnya dan berubah warna jadi lebih gelap dan naik minyak. Kacau sentiasa untuk menggelakkan ia berkerak di bahagian bawahnya. Kalau tak cukup minyak atau terlalu kering, boleh tambah minyak lagi.
Setelah sambal masak, perasakan dengan garam secukupnya. Kemudian masukkan terung yang sudah digoreng tadi. Gaul sekata.
Tutup api, barulah masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau sebati. Ha…inilah salah satu rahsia bagaimana nak mengekalkan kerangupan bilis itu.
Setelah itu, bolehlah diangkat. Tadaaa..siap!
Terung Bulat Hijau Antara Ulam Kesukaan
Sebenarnya sis Wa memang suka terung tak kira jenis apa dan dimasak apa. Bubuh dalam kari sedap, bubuh dalam asam pedas sedap..buat pajeri sedap…buat sambal sedap…betul tak?
Tapi terung bulat hijau ini baru juga lagi sis Wa cuba. Dulu selalu pilih terung ungu panjang/bulat atau terung pipit.
Sejak tengok mukbang dari negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, terliur pulak bila dorang buat ulam. Krup krap bunyi. Ha…terus cari kat pasar.
Memang sedap dan ada rasa sedikit manis. Lepas it uterus jadi terung kegemaran sis. Kalau nampak di pasar mesti beli. Biasa buat ulam je. Tapi kali ini, cuba masak sambal cili padi pula.
Terung Bulat Hijau
Terung bulat atau juga dikenali sebagai terung ulam berwarna putih campur hijau berbentuk bulat-bulat kecil. Terung ini biasanya dimakan mentah sebagai ulam. Bila digigit dan dikunyah, akan terasa rangupnya dan ada rasa sedikit manis.
Terung yang biasa dijadikan ulaman ini ,sesuai dimakan bersama sambal belacan atau sambal lain bersama nasi putih dan pelbagai lauk lain.
Mungkin sebab itu, terung jenis ini sesuai dijadikan ulam. Namun, bila dimasak sambal juga sedap ye. Lebih-lebih lagi dimasak sambal cili padi Pehh!! Terangkat tau.
Boleh cuba juga resepi ini: Sambal Tempoyak Bilis Petai
Khasiat Terung Bulat Hijau
Kalau di Indonesia, terung bulat hijau ini juga dipanggil ‘terung lalap’ kerana sering dimakan mentah sebagai ulam.
Apa khasiat terung bulat hijau ini dari sudut kesihatan kita yer? Terung bulat hijau ini mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh kita. Dalam 100 gram terung bulat hijau, terdapat sekitar 90,2 gram vitamin A dan 24 mg vitamin C.
Selain itu, ia juga mengandungi karbohidrat, kalsium, fosfor, zat besi, protein, dan vitamin B3 yang memberi manfaat baik kepada kesihatan kita.
Antara Khasiat Terung Bulat Hijau Untuk Kesihatan
Membantu Turunkan Berat Badan
Serat pangan dalam terung bulat hijau dipercayai boleh membuat perut lebih lama kenyang. Maka, jika anda sedang dalam usaha menurunkan berat badan, bolehlah cuba mengambilnya di dalam diet harian kerana ia membantu mengurangkan makan berlebihan.
Tingkatkan Kekebalan Tubuh
Salah satu manfaat penting dari kandungan vitamin C pada terung ini adalah mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Dengan demikian, tubuh dapat terjaga kesihatannya secara keseluruhan sehingga tidak mudah sakit dan lebih cepat pulih saat mengalami gangguan kesihatan.
Tingkatkan Kesihatan Kulit
Kandungan vitamin C di dalamnya juga dianggap dapat membuat kulit lebih sihat, halus, dan lembap. Pelbagai khasiat di dalam buah ini berpotensi membantu mengatasi masalah peradangan pada kulit seperti jerawat.
Mencegah Kolesterol Tinggi
Ekstrak terung, termasuk terung bulat hijau ini, dipercayai mampu merangsang produksi cairan hempedu sekali gus menurunkan kolesterol. Khasiat terung ini dapat membantu menurunkan risiko berbagai penyakit kronik dalam jangka panjang.
Mengawal Tekanan Darah
Manfaat buah ini lagi, membantu menjaga kesihatan kardiovaskuler (jantung dan pembuluh darah). Manfaat ini didapatkan daripada kandungan kaliumnya yang berpotensi membantu mengawal tekanan darah sehingga risiko strok dan serangan jantung boleh diturunkan.
Mengurangi Risiko Diabetes
Tidak hanya menjaga tekanan darah tetap sihat, ia juga dianggap memiliki khasiat yang mirip insulin. Hal ini dianggap dapat membantu menurunkan risiko diabetes.
NURUL ASHILA KHALID
February 20, 2023 at 9:01 pmSedappppppnyeee..
Myzan
February 21, 2023 at 8:18 amTak berapa pandai makan terung tapi bila tengok resipi ni terus terliur. nak try buat jugak lah nanti.