Resipi Kari Ikan Bawal Simple Tapi Padu! 

Resipi Kari Ikan Bawal Simple Tapi Padu! 

Resipi  Kari ikan bawal simple tapi  padu. Ada orang tak bubuh santan dan ada yang bubuh. Untuk Sis Wawa, memang akan bubuh sedikit untuk rasa lemak pada karinya. Kalau tak bubuh santan, kari stail mamak.

Terpulang pada selera masing-masinglah kan. Tapi kali ini, sis Wawa nak kongsi resipi kari ikan bawal yang simple tapi tak kurang sedapnya. Kali ni guna bawal emas.

Resipi Kari Ikan Bawal

Bahan-bahan Resipi Kari Ikan Bawal

Resipi Kari Ikan Bawal Simple Tapi Padu! 

1 ekor ikan bawal emas – bersihkan

½ kotak kecil santan

1 paket kecil rempah kari ikan

Sesudu halba

Rempah 4 beradik – kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang

Sedikit akar ketumbar

Sedikit cili kisar

1 sudu kecil biji sawi

Daun kari

Sedikit air asam jawa

Bendi

1 biji tomato – potong 6

Air secukupnya

Garam

Gula merah

Minyak masak

Bahan Kisar:

7 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

1 inci halia

Cara Memasak Resipi Kari Ikan Bawal:

Resipi Kari Ikan Bawal Simple Tapi Padu! 

Panaskan minyak dalam periuk. Agak banyak ye supaya cantik kari kita nanti bila pecah minyak.

Masukkan halba, diikuti rempah 4 beradik. Tumis seketika.

Resipi Kari Ikan Bawal Simple Tapi Padu! 

Tambah bahan kisar dan tumis lagi. Masukkan juga daun kari dan akar ketumbar. Tumis lagi.

Resipi Kari Ikan Bawal Simple Tapi Padu! 

Masukkan pula cili kisar. Tumis lagi hingga cili agar masak dan pecah minyak.

Tambahkan pes kari ikan. Gaul sekata. Masak hingga rempah masak sepenuhnya. Sentiasa kacau supaya rempah tak hangus.

Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau sebati. Tambah air mengikut banyak kuah yang kita nak.

Resipi Kari Ikan Bawal Simple Tapi Padu! 

Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan tadi. Kacau perlahan.

Resipi Kari Ikan Bawal Simple Tapi Padu! 

Setelah itu masukkan santan. Sis Wawa tak suka kuah terlalu pekat untuk kari ikan. Jadi, masukkan sedikit santan saja.

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh.

Resipi Kari Ikan Bawal Simple Tapi Padu! 

Masukkan bendi dan hirisan tomato.

Kecilkan api dan biarkan ia terus mereneh. Semak rasanya apakah sudah seimbang rasanya.

Resipi Kari Ikan Bawal Simple Tapi Padu! 

Siap! Mudah je kan?

Kenali Tiga Jenis Ikan Bawal

Mungkin masih ada yang tak tahu, ikan bawal yang selalu kita makan u ada tiga jenis iaitu:

  1. Ikan Bawal Emas
  2. Ikan Bawal Hitam
  3. Ikan Bawal Putih

Setiap jenis bawal boleh dimasak dengan cara berbeza dan ramuan berbeza.

Ikan Bawal Emas – Ikan Bawal Emas atau Golden Pomfret terdapat sedikit warna emas pada badannya. Isi lebih tebal dengan saiz besar. Sering dibuat masak kari sebab isinya banyak. Ha..sebab itulah Sis Wawa guna ikan ini untuk masak kari. Puas makan.

Ikan Bawal Putih – Bawal Putih atau Silver Pomfret, juga dipanggil bawal tamban dan juga bawal cermin. Badannya putih dan berkilat, Saiznya kecil tapi lebih lebar dengan mata dan mulut yang kecil.

Ikan Bawal Hitam – Ikan Bawal Hitam atau Black Pomfret lebih besar dan berisi berbanding ikan bawal putih. Secara fizikal, ikan bawal hitam mudah untuk dikenali kerana warnanya agak gelap berbanding bawal putih.

Khasiat Ikan Bawal

Ikan bawal mengandungi pelbagai zat yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh manusia. Antara zat yang terkandung dalam ikan bawal adalah:

  1. Protein: Ikan bawal adalah sumber protein yang baik, penting untuk pembangunan dan pemulihan tisu-tisu dalam tubuh.
  2. Asid Lemak Omega-3: Ikan bawal kaya dengan asid lemak omega-3, yang penting untuk kesihatan jantung, fungsi otak, dan sistem saraf.
  3. Vitamin: Ikan bawal mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, vitamin B12, dan vitamin A, yang penting untuk kesihatan tulang, kulit, dan sistem imun.
  4. Mineral: Ikan bawal juga mengandungi mineral seperti zink, selenium, dan fosforus, yang penting untuk pelbagai fungsi tubuh termasuk pembentukan tulang dan pengawalan metabolik.

Boleh cuba resipi ini juga: Resipi Sambal Ikan Bilis Garing Ala Che Nor

Rahsia Masak Kari Ikan Sedap

Untuk memasak kari ikan yang sedap, berikut adalah beberapa rahsia yang perlu diikuti:

  1. Pilih ikan yang segar dan berkualiti untuk hasil yang lebih sedap. Sebaliknya kalau ikan kurang segar/fresh, ia akan memberi kesan pada masakan nanti
  2. Tambahkan santan segar ke dalam kari untuk memberikan kelembutan dan kekayaan rasa. Pastikan untuk tidak terlalu banyak santan agar kari tidak menjadi terlalu pekat.
  3. Masak dengan api sederhana: Masak kari ikan dengan api sederhana dan biarkan kari mendidih perlahan-lahan untuk membolehkan ikan menyerap semua rasa rempah.
  4. Tambahkan sayuran: Untuk memperkaya kari ikan, tambahkan sayuran seperti bendi dan terung ke dalam kari.

Dengan mengikuti rahsia-rahsia ini, anda pasti akan dapat memasak kari ikan yang lezat dan memuaskan selera! Selamat mencuba!

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *