Solat Dhuha Salah Satu Cara Jemput Rezeki, Tapi Nak Buat Dua Rakaat Pun Payah!

Solat Dhuha Salah Satu Cara Jemput Rezeki, Tapi Nak Buat Dua Rakaat Pun Payah!

Solat Dhuha salah salah satu cara jemput rezeki. Memang banyak fadilat atau kelebihannya yang ramai pun dah sedia tahu. TAPI, ramai tak yang istiqamah melakukannya? Ibadah mudah tapi berat untuk dilakukan dek kerana kesibukan.

Sis Wawa tak tujukan pada siapa-siapa ye, tapi peringatan untuk diri sendiri. Solat sunat dhuha ni, buat dua rakaat pun boleh. Kalau mampu, buatlah empat, enam, lapan hinggalah 12 rakaat. Ikut kemampuan.

Solat Dhuha Salah Satu Cara Jemput Rezeki, Tapi Nak Buat Dua Rakaat Pun Payah!
Foto: Pexels

Waktu Solat Dhuha

Waktu Solat Sunat Dhuha bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari.

Kalau dulu bila masih bekerja di pejabat, lagi mudah nak atur masa. Ini pendapat sis la ye, berdasarkan pengalaman. Masuk opis jam 8.30 pagi. Tiba awal sikit, boleh singgah surau dulu untuk solat dhuha walau pun sekadar dua rakaat. Kemudian baru punch in dan naik opis. Tapi bila dah tak kerja atau kerja dari rumah (WFH), asyik terlepas je.

Bagi mak-mak yang kena kerja dari rumah, jadual memang sangat padat. Lepas solat subuh, dah bergegas ke dapur, siapkan sarapan. Nanti anak-anak nak breakfast sebelum PdPR. Kemudian bersiap untuk diri sendiri ‘masuk opis’ walau pun di rumah.

Sambil-sambil tu, kemas rumah dan buat apa yang patut. Tup-tup, alahai dah terlepas waktu dhuha atau dah rasa penat sangat nak buat.

Kelebihan Tunaikan Solat Dhuha

Antara kelebihan yang diperolehi menunaikan solat dhuha adalah:

1.Meneruskan wasiat dan sunnah Rasulullah.
2. Dipermudah dan murah rezeki.
3. Mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.
4. Diampunkan dosa.

 

Solat Dhuha Salah Satu Cara Jemput Rezeki, Tapi Nak Buat Dua Rakaat Pun Payah!
Foto: Pexels

Rezeki Dalam Pelbagai Bentuk

Nak minta Allah kurniakan rezeki pada kita, selain usaha, mestilah kena berdoa dan lakukan amalan-amalan yang boleh membantu melancarkan dan menyuburkan rezeki kita.

Tapi jangan salah faham, rezeki dalam pelbagai bentuk. Bukan duit saja. Tapi bila memiliki kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan kita seharian, orang sekeliling suka dan sayang pada kita, keluarga bahagia, itu pun rezeki.

Daripada pengalaman dan pemerhatian, dari dulu sis tengok, kawan-kawan seopis yang menjaga solat dhuha (solat fardu memang wajiblah kan), dorang ni hidup mereka nampak serba cukup. Ada je rezeki mereka walau pun gaji bukanlah terlalu besar. Tapi tak putus. Selain tu, tengok mereka ni awet muda jer! Sungguh, bab ni memang sis perhatikan. Yelah, memiliki wajah awet muda juga rezeki kan? Betul tak?

Jangan risau kalau tak hafal ayat atau doa tertentu, boleh baca surah yang mudah yang kita dah hafal. Dalam masa yang sama, bolehlah cuba menghafal.

So, jom kita didik diri untuk curi ruang untuk buat solat dhuha walau dua rakaat. Jangan langsung tinggal. Rugi kalau tak buat. Kadang-kadang, nak buat ibadah ni kena paksa diri. Ikut malas. Hmmm….

Baca ini juga: Sedekah Subuh

Bilangan Rakaat

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat paling sedikit, kemudian seterusnya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bilangan rakaat paling afdal bagi Solat Sunat Dhuha adalah sebanyak 8 rakaat, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ bin Abi Thalib R.Anha beliau berkata :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الْفَتْحِ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat dhuha pada hari Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah) sebanyak lapan rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat. Riwayat Abu Daud (1290)

Imam Al-Nawawi berkata : Para ashab kami dan jumhur ulama berdalilkan dengan hadis ini dalam menyatakan istihbab (galakan) melakukan Solat Sunat Dhuha sebanyak lapan rakaat.

Cara Tunaikan Solat Sunat Dhuha

  1. Takbiratul Ihram – (baca niat dalam hati semasa mengangkat takbir).
  2. Baca doa iftitah.
  3. Kemudian baca Al-fatihah
  4. Baca surah. (Boleh baca apa-apa surah yang kita tahu. Namun ulama menyarankan membaca surah As-Syams).
  5. Rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.
  6. Rakaat kedua membaca Al-fatihah dan surah Ad dhuha. (Boleh membaca surah selain ini jika tidak menghafalnya.)
  7. Rukuk dan sujud
  8. Beri salam.
  9. Selesai

1.     Lafaz Niat

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)

Ertinya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”

2. Membaca Surah Al-Fatihah

Setelah takbiratul ihram, baca surah al-Fatihah seperti biasa.

3. Membaca Surah

Ringkasnya, kita boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.

Namun antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

  • Ayat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
  • As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
  • Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).

Kemudian solat diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.

 Zikir & Doa Dhuha

Akhir sekali, selepas memberi salam dan melengkapkan bilangan rakaat yang diingini, ucapkanlah istighfar. Ada doa yang dianjurkan, tapi kalau belum hafal, tak pe…perbaiki lagi.

 

8 Comments

  1. huhuh betul betul … kalau M tu besar … Allah bila nak istiqamah nih ..

  2. Nak try la tp sekrg sis cuba2 buat yg malam tuu..insyallah soo

    1. Insya Allah. kita sama-sama istiqamah.

  3. terima kasih untuk ingatannya kak wa..

    1. sama-sama nett kita saling ingat mengingati…

  4. Alhamdulillah sharing yg sangat bagus. nmpak simple tp nk istiqomah buat bukan senang kan sis…

    1. betul tu…peringatan untuk kita bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *