Daun kari sering kali digunakan dalam pelbagai masakan. Ia menambahkan aroma dalam masakan dan paling popular di kalangan kaum India.
Selain itu, sebenarnya banyak lagi kelebihan daun yang mungkin tak ramai yang tahu.
Apa Kandungan Nutrisi Dalamnya?
Kadangkala, kita ni tahu makan je. Tapi kalau tanya, apa zat atau khasiat makanan yang kita makan, kita sendiri pun tak tahu. Betul tak?
Tapi, elok juga kalau ada sedikit pengetahuan tentang makanan yang dimakan. Kalau yang bagus untuk kita, bolehlah kita makan lebih. Kemudian, boleh juga kongsi info dengan anak-anak. Mesti lagi menarik dan secara tak langsung, boleh tarik minat anak-anak untuk makan.
Selain popular sebagai bahan masakan, daun kari juga disenaraikan sebagai bahan penting dalam bidang perubatan.
Zat Dalam Daun Kari
Daun kari kaya dengan nutrisi, vitamin dan mineral.
Antara kandungan nutrisi daun kari ialah karbohidrat, protein, serat, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, kalsium, magnesium dan zink.
Menurut kajian, ia mempunyai karbohidrat dan kelembapan yang tinggi dan ini menunjukkan bahawa khasiat daun ini boleh kekal lama sekiranya menjalani proses pengeringan.\
Sumber serat yang bagus
Oleh itu, pengambilan daun ini dalam pemakanan seharian boleh menurunkan kadar kolesterol, mengurangkan risiko untuk mendapat sakit jantung, kencing manis dan kanser.
Mempunyai kandungan vitamin yang tinggi. Kandungan vitamin A yang tinggi membantu untuk mendapatkan penglihatan yang baik dan sistem imunisasi yang kuat. Vitamin A juga berupaya untuk melawan penyakit kanser kerana vitamin A menghalang penghasilan genetik dalam sel kanser.
Vitamin B Seperti vitamin B1dan vitamin B2
Kedua jenis vitamin ini dapat membantu untuk menghasilkan sel darah merah. Kedua-duanya penting untuk tumbesaran dan menjamin kesihatan badan. Manakala, niasin, iaitu vitamin B3 membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dan mengekalkan kadar kolesterol pada tahap yang normal. Niasin juga membantu dalam melancarkan peredaran darah.
Vitamin C
Vitamin C yang turut ditemui di dalam daun kari ini mempunyai kesan antioksidan yang tinggi. Kedua-dua vitamin ini berupaya untuk menghalang sel kanser daripada membahagi kerana vitamin C dan E berupaya untuk melawan radikal bebas.
Oleh itu, kandungan vitamin yang terkandung dalam daun kari membuktikan bahawa daun kari berupaya untuk digunakan sebagai bahan dalam bidang perubatan.
Kandungan mineral
Dapat membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi dan menjamin kesihatan tubuh badan.
Kandungan Magnesium Yang Tinggi
Ini menunjukkan bahawa daun kari adalah salah satu sumber untuk mendapatkan khasiat tersebut. Magnesium membantu dalam mengaktifkan sistem enzim dan melindungi sistem saraf.
Kandungan Kalsium
Kalsium yang tinggi menyebabkan daun kari dijadikan sebagai salah satu bahan dalam makanan tambahan (food supplement). Kalsium yang digabungkan bersama fosfat membantu dalam pembentukan gigi dan menguatkan tulang.
Kandungan Natrium
Zat ini membantu fungsi otot dan saraf. Kandungan natrium yang seimbang membantu otot untuk mengecut dan mengembang serta membantu saraf untuk menghantar maklumat daripada otak kepada tubuh badan.
Kandungan Zink
Membantu dalam menguatkan sistem imunisasi, pertumbuhan sel baru dan mengawal penghasilan insulin. Zink berfungsi dalam mengekalkan kehidratan dalam badan dan merawat cirit-birit.
Bila dah baca, apa tanggapan korang tentang daun kari? So, tidak hairanlah ianya digunakan sebagai salah satu bahan dalam makanan tambahan.
Sis Wawa sendiri cukup suka daun kari. Kalau yang bubuh dalam apa-apa masakan, memang akan makan sekali. So, sebolehnya memang cari yang segar.
Khasiat Untuk Kecantikan
Foto: Pexels
Cegah Uban Dan Rambut Sihat
- Untuk mendapat rambut panjang dan sihat, cubalah tip mudah ini. Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan daun kari sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
- Daun kari jika dicampurkan dengan minyak kelapa akan meningkatkan keanjalan dan kekuatan rambut anda. Apabila rambut rosak mendapat khasiat dan kelembapan yang mencukupi, ia akan dapat memulihkan semula seperti asal.
- Elak Rambut gugur. Daun ini pula mengandungi gabungan nutrient penting yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut. Ia kaya dengan antioksidan dan asid amino yang mampu mengurangkan keguguran rambut dan meransang pertumbuhan rambut. Selain itu, ia sangat membantu menguatkan folikel rambut (dengan cara mengelakkan folikel rambut dari menipis). Daun kari juga kaya dengan sumber beta-karotin dan protein. Beta-carotene berfungsi menghadkankan keguguran rambut manakala protein berfungsi mengelakkan rambut dari menipis lalu gugur
Masalah Jerawat
Tanda atau bekas jerawat benar-benar merisaukan ramai daripada kita. Tapi jangan bimbang, bekas-bekas itu dapat dihapuskan dengan bantuan daun kari. Mudah saja. Buat pes daripada daun kari dan jus lemon. Sapukan ke kawasan bekas jerawat dan setelah itu cuci dengan air biasa.
Baca ini juga: Skincare Tips Jaga Muka
Atasi Kesan Sunburn
Ketika musim panas tiba, masalah kulit terbakar sinar matahari menyebabkan ruam. Untuk mengubati masalah ini, campurkan daun kari dengan susu. Ini akan mengawal reaksi alergi. Masukkan daun kari ke dalam susu, rebus, kemudian sejukkan. Lantas, gunakan pada bahagian yang terkena ‘gigitan’ sinar matahari.
Baca ini juga: Resepi Kari Telur Rebus
Ekstra info
Daun kari atau Murraya koenigii adalah salah satu tanaman yang tidak asing terutama untuk kaum India.
Tanaman ini merupakan tumbuhan tropikal yang berasal dari India dan Sri Lanka. Ia tergolong dalam keluarga rutaceae. Ia adalah sejenis pokok kecil yang mampu membesar sehingga sekitar enam meter tinggi dengan diameter batang mencecah 40 sentimeter.
Tanaman ini mempunyai daun jenis pinat iaitu majmuk dengan anak daun tersusun pada satu rakis. Setiap rakis mempunyai 11 hingga 21 daun dengan setiap daun bersaiz dua sentimeter lebar dan empat sentimeter panjang.
Ia juga mengeluarkan bunga kecil berwarna putih yang melalui proses pendebungaan sendiri dan menghasilkan biji benih berbentuk beri berwarna hitam. Daun, akar dan kulit kayu tanaman ini sering digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian.
Boleh Cuba ini juga: Cara Masak Kari Ayam Guna Santan
Leave a Reply