Diary Hot Mama Simbol Cinta Mama Reen Dalam Dunia Penulisan

Diary Hot Mama Simbol Cinta Mama Reen Dalam Dunia Penulisan

Diary Hot Mama simbol cinta Mama Reen  dalam dunia penulisan. Secara peribadi, sis Wa terhutang budi pada insan ini. Dia yang mendesak, memujuk dan mengajak sis Wa untuk membuat blog. Inilah orangnya!

Gemar dipanggil MAMA REEN. Nama komersial untuk blog  peribadinya Siti Zurina Mat Saman. Katanya, lLebih senang orang nak panggil dan jadi branding blog.

Kenal Sejak Zaman Remaja

Perkenalan kami dah lama. Sama-sama naik bas balik kerja waktu bujang dulu. Lama Berpuluh tahun kami bekerja bawah satu bumbung cuma tak pernah berada dalam satu majalah yang sama.

Di kalangan teman-teman, kami sering gelar dia ‘Mak Pengantin’. Sikapnya happy go lucky, ceria, ramah dan ringan tulang membuakan Mama Reen disukai ramai. Bahkan, kalau ada apa-apa majlis, mesti dia yang awal-awal tawarkan diri untuk jadi volunteer. Kalau ada kawan dalam kesusahan, dia antara paling awal minta tolong. Itu lah karakter semula jadinya.

Di bidang kerjaya, dia pernah bergelar penolong editor dan editor. itu sebagai bukti kebolehannya sebagai seorang wartawan dan sifat kepimpianan yang baik.

 Cita-Cita Jadi Wartawan

Diary Hot Mama Simbol Cinta Mama Reen Dalam Dunia Penulisan

Memang sejak kecil lagi Mama Reen dan berminat dalam bidang kewartawan dan salah satu pilihan memilih untuk belajar di USM adalah kerana di situ menawarkan kursus Kewartawan selama empat tahun.

Belajar apa itu cara menulis yang baik dan Mama Reen turut mengutip pengalaman menjalani praktikal di Harian Metro sekitar tahun 1994/95 selama 3 bulan sebelum meneruskan pengajian terakhir di kampus Penang. Satu kenangan cukup indah kerana kita didedahkan dengan penulisan berita dan juga rencana mengiku cara penulisan yang betul.

Sebaik tamat belajar, terus mendapat kerja di sebuah syarikat komik (suatu ketika dulu glamour komik ini seperti Pendekar Baja Hitam dll). Di situ Mama Reen dilatih membuat ayat berdasarkan jalan cerita yang diberi. Kerja mudah dan menyeronokkan, cuma tak lama di situ sebab diberhentikan gara-gara company nak kecilkan staff.

Kenangan Manis Temu Bual VVIP

Beberapa bulan di situ, Mama Reen terus mendapat kerja di syarikat penerbitan di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd sejak tahun 1999. Diberi peluang menjadi wartawan dengan majalah Seri Dewi & Keluarga (sekarang dikenali dengan nama KELUARGA. Banyak pengalaman menulis rencana kekeluargaan/resipi/kisah masyarakat/hiburan dan cerita kenamaan atau VIP.

Antara kenangan paling manis dapat temu bual dan shooting bersama Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom bersama anakandanya dan juga eksklusif temubual dengan isteri Mantan Perdana Menteri, Tun Jeanne Abdullah di kediamannya. Dan banyak lagi VVIP dan selebriti yang mendapat sentuhan tulisannya.

Kemudian ditukarkan menerajui majalah Pengantin, Dara.com, Hijabista yang lebih kepada lifestyle/fesyen dan seterusnya penulis digital untuk portal Kashoorga, Vanilla Kismis dan juga Libur. Dari seorang Wartawan, Asst Editor, Editor dan juga penulis portal.

Walaupun jawatan berlainan tetapi skill tetap sama. Bergelar penulis dan menulis apa juga majalah berkaitan. Lain majalah lain house style pengisiannya. Namun semuanya berdasarkan fakta yang sahih.

Bila beralih kepada Digital, penulisan jadi lebih santai tetapi kena padu bagi menarik warganet terus menghayati tulisan kita. Ditambah dengan padanan gambar menjadikan story kita jadi trending. Namun cabaran penulisan digital, kita perlu bijak mencari tajuk yang gempak dan hot barulah story jadi viral.

Kini Fokus SEO Writer Di Blog Diary Hot Mama

Diary Hot Mama Simbol Cinta Mama Reen Dalam Dunia Penulisan

Lebih 20 tahun bergelar wartawan, dia akhirnya mengambil keputusan ‘bersara awal’ dan Mama Reen memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian sebagai seorang blogger.

Dan setelah 23 tahun menulis untuk majalah dan Digital, kini mengorak langkah menjadi penulis blog sepenuh masa. Skil penulisan masih sama kerana minat mendalam cuma apabila bertukar ke arah dunia digital, Mama Reen lebih menekankan aspek dalam Portal kita itu sendiri.

Menyalurkan segala informasi dalam penulisan gaya lebih santai menjurus ke arah penulisan Lifestyle, Resepi, Trending, Hiburan dan juga berkaitan Sihat dan Cantik.

Berbekal pengalaman lebih 23 tahun, skil penulisan itu digarap lebih santai agar lebih mudah difahami oleh pembaca di alam maya. Walaupun bukan senang nak bersaing dengan blogger lain yang terlebih dahulu berblogging, tetapi semangat menulis tetap tinggi.

Oleh kerana bertanggung jawab pada Blog/Portal sendiri sitizurinamatsaman.com makanya banyak belajar mengenai penulisan SEO Keyword. Kalau dulu tak tahu langsung pasa SEL Keyword ini, rupanya inilah yang dicari oleh seorang blogger.

Mencari apa Keyword yang betul agar carian entri ditulis di Google itu di page atau ranking nom 1. Itulah cabarannya berbanding penulisan majalah dulu. Kalau dulu bila sumber yang kita mahu diinterview cancel shooting atau appointment dianggap cabaran terbesar kerana dateline penulisan akan terjejas.

Sruggle Weh Nak Bubuh Entri Di Page Pertama

Tetapi kini jika bukan Kewword Seo yang betul dicari, makan artikel/entri ditulis hanya buang masa kerana tak akan dibaca atau sampai kepada orang lain. Namun jika kena gayanya bibir akan tersenyum melihat entri berada di PAGE PERTAMA…

Banyak benda kita nak belajar untuk menulis SEO Keyword ini. Jadi blog sitizurinamatsaman.com lebih menjurus kepada penulisan lebih santai tapi berinformasi. Kata Sifu SEO, En Nazri jangan menulis syok sendiri nanti rugi masa, penat menulis tapi takde orang click dan baca.

Kalau boleh buat niche blog, tapi blog Mama Reen dah selesa dengan lifestyle jadi segala informasi kita salurkan dalam ini tapi mengikut bahan apa atau carian apa yang orang nak baca atau cari. Kadang-kadang jenuh juga nak pikir, tetapi dengan adanya grup blogger ini sedikit sebanyak beri idea untuk bahan penulisan blog.

Walau apa juga bidang, penulisan tetap dekat di hati. Suruhlah buat apa saja, tetapi jangan sesekali mintak berhenti menulis. Menulis dari jiwa kerana itu lebih ikhlas dan impaknya sangat mendalam.

Oh ye untuk apa-apa review yang simple & santai boleh je DM atau emel (sindoraoffical@gmail.com) sis. Tak cuba tak tahu, dah cuba terus ‘keep in touch’…

#sisalwazlaff

2 Comments

  1. aduhaii…tqqq puji melambung sisss….hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *