Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Kuala Lumpur untuk tahun ini adalah bertemakan “ Citarasa Anak Kampung” . Mendengarnya pun sudah buat ramai yang teruja bukan?
Tentunya ia akan dapat memenuhi selera para perantau; akan terkenangkan masakan enak dari negeri masing-masing.
Rindu Masakan Di Kampung
Bulan Ramadhan selera kita memang berbeza. Kalau boleh, semua teringin nak makan. Waktu inilah teringat itu ini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang merantau mencari rezeki meninggalkan kampung halaman masing-masing. Teringat makanan-makanan asal di negeri masing-masing.
Peka dengan selera anak rantau, Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Kuala Lumpur tampil dengan rangkaian hidangan yang mengamit nostalgia negeri kelahiran.
So, masih tercari-cari di mana hendak berbuka puasa tahun ini? Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Kuala Lumpur ini boleh menjadi salah satu destinasi yang harus dipilih untuk berbuka puasa. Tak kira sama ada untuk iftar bersama keluarga tersayang, rakan sepejabat mahu pun rakan bisnes.
Tema Citarasa Anak Kampung Tema Buffet Ramadhan Di The Westin Kuala Lumpur
Saat melangkah ke The Living Room, para pengunjung sudah dapat mencium aroma aneka masakan yang enak-enak belaka untuk Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Kuala Lumpur. Ruangnya cukup luas dan selesa.
7 Chef Tampil Dengan ‘Signature Dish’ Masing-Masing
Tujuh orang chef masing-masing tampil dengan signature dish daripada kampung masing-masing:
Chef Selangor
Chef Hamid Buyong berasal dari Petaling Jaya. Mewakili selera anak negeri Selangor. Air tangan istimewa chef ialah Kambing Golek Nasi Briyani. Masakan ini diinspirasikan daripada masakan Arab dan India. Penyediaannya mengimbau cara masakan mak-mak zaman dulu. Memang sedap!
Selain Chef Hamid Buyong, seorang lagi chef yang berasal dari Selangor ialah Chef Firdaus Atan, dari Shah Alam. Antara masakan istimewa chef ialah Rendang Ayam Kampung Pedas. Chef sanggup berkongsi rahsia masak rendang yang sedap dengan para pengunjung Ramadhan nanti, berdasarkan resipi istimewa keluarganya.
Chef Melaka
Dari Melaka pula, ada chef Hafizi yang berasal dari Tangga Batu, Melaka. Menu istimewa taruhan chef Hafizi ialah Portuguese Baked Whole Salmon. Ia merupakan hidangan yang diinspirasikan daripada hidangan arwah datuknya 20 tahun lalu. Isi ikan salmon cukup lembut.
Chef Dari Pahang
Chef Iqbal pula merupakan chef yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Masakan istimewanya ialah Ayam Opor dan Daging Dendeng Balado. Ayam opor adalah resipi istimewa ibunya yang sering dinikmati bersama ketupat dan lemang bila tiba hari raya.
Kedua masakan ini penuh dengan rasa masakan asli, mengimbau air tangan mak-mak di kampung.
Chef Perak
Chef Emy Fairuz pula berasal dari Teluk Intan, Perak yang turut sudi berkongsi resipi turun temurun keluarganya di Perak dengan pengunjung buffet Ramadhan 2023 nanti di The Westin Kuala Lumpur.
Chef Johor
Chef Syeriff Hafizal yang berasal dari Kampung Tebrau, Johor pula mempersembahkan hidangan istimewa di kampungnya untuk para pengunjung nanti. Lebih istiewa chef menggunakan lamb geabox untuk Sup Kambing Merah Berempahnya. Teruja tak?
Chef Negeri Sembilan
Negeri Sembilan pula diwakili oleh chef Sheikh Muzaffar yang turut tampil dengan masakan istimewa nogri. Antaranya Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Enak.
300 Hidangan Menanti Untuk Buffet Ramadhan di The Westin Kuala Lumpur
Dengan lebih 300 jenis sajian, sudah tentunya buffet Ramadhan yang disediakan ini dapat memenuhi selera para pengunjung. Selain aneka masakan Melayu, terdapat juga aneka sup, kuih-muih dan pemanis mulut, aneka roti, bubur lambuk, aneka mee dan banyak lagi. Mesti teruja dan tak tahu mana nak makan dulu nanti.
Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Kuala Lumpur ini bermula 24 Mac 2023 sehingga 19 April 2023. Jadi, bolehlah tempah sekarang untuk mendapatkan harga istimewa.
Harga Isitimewa Untuk Early Bird Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Kuala Lumpur
Untuk ‘early bird’ , harga promosi adalah antara 24 Februari 2023 hingga 23 Mac 2023, dengan harga RM158 nett (dewasa). Harga normal adalah RM208 nett (dewasa) dan RM104 (kanak-kanak). Manakala kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma.
Cepat, buat tempahan sekarang. Jimat banyak tau! Jangan sampai terlepas peluang ini ye.
Leave a Reply