Bendi kaya zat tapi ramai tak tahu. Siapa yang suka makan bendi? Kalau suka, kita geng! Ia antara sayur kegemaran sis Wa. Tapi, ada yang tak suka sebab lendirnya.
Lagi pula, sayur ini boleh dimasak dengan macam-macam cara. Rebus dan cicah dengan sambal belacan atau budu pun sedap amat! Selalunya sis wa masak singgang ikan dan bubuh bendi. Memang mantap!
Selain digandingkan dalam masakan seperti kari, asam pedas, bendi juga sedap digoreng dengan telur. Pernah try?
Apa Khasiat Bendi?
Ha…kadang kita ni tau makan je tapi kalau tanya apa khasiat makanan yang kita makan, memang tak tahu.
Sila baca info ni, semoga lepas ni kita lagi bersemangat nak makan bendi ye sebab terlalu banyak khasiatnya untuk kesihatan kita. Nama saintifiknya Abelmoschus esculentus. Jom kita lihat apa khasiatnya ye.
Komposisi Nutrien:
Kandungan | Amaun/100g |
Air | 89.8% |
Protein | 1.7 g |
Karbohidrat | 5.9 g |
Lemak | 0.1 g |
Serabut | 1.0 g |
Kalsium | 77.0 mg |
Zat Besi | 1.3 mg |
Karotena beta | 200 ug |
Thiamine | 0.1 mg |
Riboflavin | 0.2 mg |
Nocotinamide | 0.7 mg |
Asid askorbik | 19.3 mg |
Fosforus | 32.0 mg |
Sumber: https://jpn.penang.gov.my/i
Kebaikan Makan Bendi
1.Baik Untuk Tulang
Sayur ini mengandungi kalsium tinggi yang baik untuk pembentukan tulang. Bukan itu sahaja, kandungan vitamin K yang terdapat dalam bendi juga berperanan dalam mengurangkan keretakan tulang akibat rapuh dan sekali gus mengurangkan risiko osteoporosis menjelang usia semakin tua.
2.Cegah Penyakit Buah Pinggang
Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2005 mendapati pesakit yang mengamalkan pengambilan sayur ini setiap hari menunjukkan pengurangan tanda-tanda kerosakan buah pinggang secara berkesan. Tak salah mencuba kan.
3.Tingkatkan Kesihatan Mata
Ia uga dapat meningkatkan kesihatan penglihatan dengan khasiat vitamin A yang cukup tinggi. Ia juga diperkaya dengan khasiat antioksida penting dalam mengurangkan risiko penyakit mata seperti beta karotene, lutein dan zeaxanthin.
4.Kuatkan Sistem Pertahanan Badan
Di samping vitamin K, ia juga diperkaya dengan vitamin C yang berperanan dalam menyokong sistem imuniti badan.
Ia bertindak dengan merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah putih bagi melawan patogen dan jangkitan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.
5.Kurangkan Risiko Sembelit
Secawan bendi mampu membekalkan sehingga 4 g serat. Ini menjadikan sayur ini baik bagi mengurangkan risiko sembelit.
Pengambilannya secara konsisten juga membantu dalam melancarkan lagi sistem penghadaman, mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan serta membantu untuk membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih lama.
6.Antioksidan yang baik
Ia mengandungi komponen antioksida yang dipanggil polyphenol, yang dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan strok dengan mencegah salur darah tersumbat dan mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas.
7.Bantu Proses Pembekuan Darah
Individu yang sering mengalami masalah gusi atau hidung berdarah mungkin mempunyai komposisi darah yang cair sehingga menyebabkan proses pembekuan darah terganggu.
Selain mengekalkan kekuatan tulang, vitamin K dalam bendi juga berperanan dalam menggalakkan pembekuan darah dengan berkesan.
Kenapa Bendi Bagus Untuk Pesakit Diabetes
Bagi pesakit diabetes atau kencing manis, sangat digalakkan untuk makan sayur ini. Antara sebabnya:
Serat yang tinggi
Ia merupakan antara jenis sayur yang tinggi dengan kandungan serat. Bagi setiap 100 gram bendi, ia mengandungi sekitar 3.6 gram serat.
Bagi penghidap diabetes, makanan yang tinggi serat sememangnya amat baik untuk diambil. Ini kerana, makanan yang tinggi serat dapat membantu mengawal paras gula darah dengan melambatkan proses pembentukan gula dalam tubuh manusia.
Kajian ada menunjukkan, peningkatan pengambilan serat boleh mencegah gula darah daripada naik secara mendadak dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2.
Selain itu, sayuran yang tinggi serat seperti sayur bendi ini juga boleh menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan buah pinggang dalam kalangan pesakit diabetes.
Bantu Stabilkan Gula Dalam Darah
Bercerita tentang serat, kandungan serat yang tinggi dalamnya juga didapati sangat baik untuk dimakan oleh pesakit diabetes.
Makanan tinggi serat didapati dapat membantu dalam meningkatkan sensitiviti insulin dan berpotensi dalam mengawal glisemik.
Bantu Proses Pembekuan Darah
Individu yang sering mengalami masalah gusi atau hidung berdarah mungkin mempunyai komposisi darah yang cair sehingga menyebabkan proses pembekuan darah terganggu.
Selain mengekalkan kekuatan tulang, vitamin K dalam sayur ini juga berperanan dalam menggalakkan pembekuan darah dengan berkesan.
Persatuan Jantung Amerika menyatakan bahawa, individu yang menghidap diabetes lebih cenderung untuk mempunyai kadar kolesterol yang lebih tinggi.
Kolesterol yang tinggi boleh memberikan kesan yang amat buruk kepada penghidap diabetes disebabkan oleh kesan negatifnya terhadap kesihatan jantung.
Baca ini juga: Khasiat Kacang Parang
Kesan Antistres
Stres boleh menjadi antara salah satu punca kepada keadaan hiperglisemia dalam kalangan pesakit diabetes. Hiperglisemia ialah keadaan di mana paras gula darah menjadi terlalu tinggi.
Oleh itu, penghidap diabetes juga perlu mengetahui cara untuk mengawal stres yang dialami mereka bagi mengelakkan hiperglisemia.
Jangan risau kerana antara khasiat sayur bendi ialah ia memiliki kesan antistres.
Kajian ada menyatakan bahawa, ekstrak biji kacang bendi mempunyai kesan antioksidan dan juga antistres apabila ia diuji terhadap tikus makmal.
Kebaikan Bendi Untuk Wanita
Kurangkan Risiko Kanser Payudara
Satu daripada lapan wanita disahkan menghidap kanser payudara. Namun penelitian mengatakan, lektin yang terkandung dalam kacang bendi dapat membunuh sel kanser tersebut.
Kajian juga menunjukkan amalan memakan sayuran ini dapat mengurangkan risiko kanser tersebut sebanyak 63 peratus. Jadi, memanglah elok diamalkan oleh wanita.
Air Rendaman Bendi Lembutkan Kulit
Korang pernah minum atau dengar pasal air rendaman bendi? Seperti yang kita tahu bendi memang banyak manfaatnya bila dimakan. Ia baik untuk tubuh badan, malah untuk kulit juga.
Ia juga mampu menstabilkan tekanan darah, kencing manis, dan juga kolestrol yang rendah. Rahsianya, anda hanya perlu minum air rendaman bendi setiap hari. Caranya, mudah je.
Potong kecil beberapa batang bendi. Bubuh dalam bekas. Tuang air mineral/air tapis. Biarkan selama 8-12 jam hingga lendir keluar. Minum.
Baca artikel ini juga: Cara Untuk Move On
Leave a Reply