Rendang Lokan, First Time Masak, Nasib Menjadi!

Rendang Lokan, First Time Masak, Nasib Menjadi!

Rendang lokan? Pernah tak korang makan atau masak sendiri? Terus terang, baru-baru ni, 1st time Sis Wawa masak sendiri. Ops! Pembetulan. Sebenarnya En Suami yang masak. Bab rendang, dia memang letops Jadi, sis bagi laluan untuk dia je masak.

Hampir Sebesar Tapak Tangan

Mak ai! Ikutkan, tapak tangan sis ni memang dah kira gedabak. Lokan tu dah hampir sama besar dengan tapak tangan sis. Gabra jugak, sebab tak pernah lagi buat kan? Ni bila dapat lokan fresh dari Tanjung Karang, suami terus nak masak rendang. Mesti manis katanya.

Rendang ada macam-macam rendang. Sebelum ini untuk seafood, sis biasa masak rendang kerang. Memang dah jadi kesukaan.

Nak masak rendang lokan ni, mula-mula kena bersihkan dulu kulitnya. Kemudian rebus. Anggaran dalam 4kg lokan. Tapi bila tinggal isi saja, adalah sekitar 1kg. Cukuplah nak makan sendiri kan.. Ini versi tak perlu tumis ye. Main campak-campak je.

Rendang Lokan

Rendang Lokan, First Time Masak, Nasib Menjadi!

Bahan-bahan Rendang Lokan:

1kg isi lokan yang direbus

1kg santan pekat

5 batang serai – tiga ketuk, dua kisar

Sedikit cili padi

Sedikit cili kering kisar

Lengkuas – separuh diketuk

Halia

Kunyit hidup

Daun Kunyit

Daun limau purut

Bawang putih

Bawang merah

Sedikit kerisik

Garam

Gula kabung/gula merah

 

Cara Memasak Rendang Lokan:

Rendang Lokan, First Time Masak, Nasib Menjadi!

Mula-mula rebus lokan yang telah dibersihkan hingga kulitnya terbuka. Angkat dan toskan. Asingkan isi lokan. Cuci bersih kerana banyak kotoran padanya.

Rendang Lokan, First Time Masak, Nasib Menjadi!

Kisar bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, sedikit lengkuas, halia dan serai hingga lumat.

Satukan isi lokan bersama bahan kisar dan cili kering kisar. Gaul sekata.

Tuang santan ke dalam kuali. Biarkan santan masak dahulu. Kali ni tak gunakan sebarang rempah adik beradik atau minyak masak ye.

Rendang Lokan, First Time Masak, Nasib Menjadi!

Masukkan lokan yang telah disatukan dengan semua bahan tadi ke dalam kuali. Gaul sekata.

Masukkan pula kerisik, serai dan lengkuas yang diketuk. Kacau sekata.

Setelah kuah naik minyak, masukkan daun limau purut (buang batang tengahnya) dan daun kunyit. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak lagi menggunakan api agak perlahan agar rendang mengering. Setelah itu, bolehlah diangkat. Siap.

Secara peribadi, sis lagi suka rendang kerang. 🙂

Boleh cuba juga resepi ini: Rendang Padang Asli

2 Comments

  1. Rendang lokan memang favorite dari dulu lagi,terima kasih penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *