ibis PJCC Janjikan Keselesaan Dengan Harga Ekonomi

ibis PJCC Janjikan Keselesaan Dengan Harga Ekonomi

ibis PJCC janjikan keselesaan untuk tetamu dengan harga ekonomi. Kini, ibis PJCC telah dibuka secara rasminya. Terletak di tengah-tengah Petaling Jaya, Selangor.

Perasmian ibis PJCC Petaling Jaya

ibis PJCC Janjikan Keselesaan Dengan Harga Ekonomi

Baru-baru ini, sis Wawa berpeluang untuk menyaksikan majlis perasmian hotel tersebut. Majlis itu telah dihadiri oleh Senior Vice President of Accor, Mr. Michel Vivier dan General Manager ibis PJCC, Mr. Suresh Nair.

Manakala Ketua pegawai Eksekutif Tourism Selangor En. Azrul Shah Mohammad telah merasmikan majlis pembukaan ibis PJCC Petaling Jaya.

Selepas majlis perasmian, semua tetamu yang hadir dibawa melawat ke sekitar hotel.

ibis PJCC Lokasi Staycation Yang Berbaloi

ibis PJCC Janjikan Keselesaan Dengan Harga Ekonomi

Kadangkala kita sekadar nak rehatkan minda dan ‘lari’ seketika daripada rutin harian. Salah satu cara adalah ‘staycation’ di mana-mana hotel. Sebenarnya Sis Wawa pun salah seorang yang macam tu. Dapat tidur semalam di hotel pun dah rasa seronok.

Bagi yang suka staycation, bolehlah menginap di ibis PJCC yang terletak di Petaling Jaya Selangor ini.  Hotel ini cukup selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh para tetamunya.

Kemudian Yang Tersedia Untuk Para Tetamu Di ibis PJCC

ibis PJCC Janjikan Keselesaan Dengan Harga Ekonomi

Bagi mak ayah terutama yang ada anak kecil, salah satu ‘kriteria’ hotel sebelum buat tempahan, apakah hotel itu ada kolam renang atau tak. Yelah, anak-anak memang suka mandi kolam renang. Sebab itu, adalah satu kelebihan jika hotel itu ada kolam renang.

Di ibis PJCC, tersedia kolam renang yang cantik dan selesa. Bukan saja anak-anak, mak ayah pun boleh berenang sama. Atau boleh sekadar duduk santai di tepi kolam renang mengawasi anak-anak. Seronok kan?

Para tetamu yang mementingkan kesihatan dan gemar bersenam, jangan risau. Di ibis PJCC juga tersedia gymnasium yang selesa. So, jangan risau. Tak perlu skip rutin senaman kalau menginap di sini.

Selain itu, terdapat ruang permainan indoor untuk anak-anak. Penat mandi kolam, boleh juga anak-anak bermain di ruangan khas yang sudah disediakan ini.

Bagi syarikat yang ingin membuat meeting, di sini tersedia empat bilik meeting yang selesa, mampu memuatkan sehingga 70 orang dalam satu masa.

ibis PJCC Janjikan Keselesaan Dengan Harga Ekonomi

Menjamu selera di ibis Kitchen tentunya memberikan satu kepuasan tersendiri, para tetamu boleh menikmati hidangan sepanjang hari di hotel, yang menawarkan pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa.

Harganya juga berpatutan. Wajib cuba makan kat sini tau. Tak kira bersama keluarga, rakan bisnes atau pun kawan-kawan.

Bilik Selesa Dengan Harga Ekonomi

ibis PJCC Janjikan Keselesaan Dengan Harga Ekonomi

Ibis PJCC mempunyai 161 bilik kontemporari yang direka untuk memenihu keselesaan tetamu, dilengkapi dengan katil ‘sweet bed by ibis’ yang direka khas. Siapa yang pernah tidur di Ibis Hotel pasti terbayang betapa nyenyaknya tidur di atas katil itu. Sweet Bed by ibis adalah sebuah konsep katil yang direka khas oleh ibis untuk memberikan keselesaan dan kualiti tidur yang tinggi kepada para tetamu hotel.

Selain itu, setiap bilik dilengkapi TV Pintar, akses Wi-Fi percuma dan bar mini percuma.

ibis PJCC Janjikan Keselesaan Dengan Harga Ekonomi

Namun lebih istimewa lagi, terdapat bilik yang tandasnya ‘mesra’ OKU.

Rangkaian Hotel ibis

ibis PJCC Petaling Jaya adalah sebahagian daripada rangkaian global yang terdiri daripada lebih 1,260 Hotel ibis yang merangkumi 65 negara.

Sis Wawa pernah menginap di ibis hotel Jakarta. Pengalaman menginap di situ memang tak dapat dilupakan. Senang nak gerak ke sana sini. Nak makan

Ganjaran Istimewa Untuk Para Tetamu

ibis PJCC Janjikan Keselesaan Dengan Harga Ekonomi

Tetamu yang menginap di ibis PJCC Petaling Jaya boleh memanfaatkan program kesetiaan gaya hidup Accor, ALL – Accor Live Limitless dengan memperoleh 4x ganjaran untuk masa terhad sahaja.

Ganjaran ini boleh diperoleh untuk tempahan yang dibuat dari sekarang hingga 17 Disember 2023, sah untuk penginapan sehingga 28 Januari 2024.

ALL-Accor Live Limitless adalah percuma untuk menyertai dan menawarkan pengalaman dan insentif yang tidak ternilai kepada ahlinya untuk lebih dedikasi, memperkasakan mereka untuk bekerja, hidup dan menikmati dunia keistimewaan eksklusif daripada lebih 40 jenama hotel.

ibis PJCC Petaling Jaya terletak di 1, Jalan PJS 5/29, Taman Desaria, 46150, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi +603 747 7500, e-mel HA8V8@accor.com atau layari ibis.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *