Ikan Jenahak Masak Taucu, Sedap Dan Mudah Membuatnya

https://wawaazwa.com/2021/09/02/ikan-jenahak-masak-taucu-sedap-dan-mudah-je-membuatnya/

Resepi Ikan Jenahak Masak Taucu

Ikan Jenahak Masak Taucu

Bahan-bahan Ikan Jenahak Masak Taucu:

2 keping ikan jenahak

3-4 sudu makan taucu

2 labu bawang Bombay – kerat empat

3 biji bawang merah kecil – hiris

2 ulas bawang putih – hiris

2 inci halia – hiris

5 batang cili besar hijau

10 biji cili padi hijau – pilihan

Air asam jawa secukupnya

Sedikit gula

Garam dan serbuk kunyit – untuk ikan

Minyak masak

Cara Memasak Ikan Jenahak Masak Taucu:

Ikan jenahak masak taucu

Mula-mula, lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.

Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah, bawang Bombay, halia dan cili hijau. Goreng hingga terbit wangi dan layu.

Kemudian masukkan taucu diikuti air asam jawa secukupmya. Kalau nak kuah lebih, masukkan lebih air ye.

Ikan jenahak masak taucu

Masukkan cili padi (pilihan) yang dipatah-patahkan jika nak ada rasa pedas. Perasakan dengan sedikit gula. Tak perlu garam kerana taucu dah masin. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Siap! Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Mudah kan?

Ikan Jenahak Masak Taucu Kegemaran Suami

Bercakap tentang masakan ni, masakan ini  memang kegemaran En Suami. Sebenarnya selain ikan jenahak, macam-macam ikan boleh buat masak taucu ni. Misalnya ikan kembung, ikan kerisi, ikan tenggiri dan sebagainya. Ikut selera.

Kadang-kadang kita ni, yang orang tak pernah buat, itu yang kita nak cuba. Kalau menjadi, Alhamdulillah. Kalau tak, itu testing kata orang. Tak rugi pun kan. Dulu ingatkan susah nak masak taucu ni. Tapi laa….mudah banget!

Boleh cuba resepi ini juga: Resepi Tauhu Bergedil 

Belajar Makan Lepas Kahwin

Terus terang, banyak masakan yang sis Wawa belajar makan lepas kahwin dengan En suami. Ikan-ikan besar ni pun kenal lepas kahwin. Kalau dulu, ikan besar yang sis kenal hanya ikan aye atau ikan tongkol. Yelah, famili sis bukan orang senang. Adik beradik pun ramai.

Berbeza suami, daripada kecil memang dah belajar makan ikan besar-besar sebab arwah ayahnya memang jenis ke laut walau pun kerja makan gaji. Jadi, dah terbiasa makan ikan besar segar. Sebab itu sekarang, dia fussy bab ikan. Kalau ikan tak cukup segar, dia memang takkan beli.

Kami sanggup ke pasar di Klang atau Kuala Selangor untuk membeli ikan yang fresh. 

Oh ye, berbalik pada masak taucu, mula-mula makan dulu, sis tak love langsung. Rasa pelik pun ada. Tapi memandangkan ia antara favourite suami, ikutkan je lah kan. Lama-kelamaan..hmm…sedap juga rupanya.

Apa Itu Taucu?        

Sedikit info tentang taucu ni ye. Taucu ni diperbuat daripada kacang soya yang diperap bersama garam dan beberapa bahan lain. Ia kemudiannya diperap untuk tempoh tertentu sebelum boleh dimakan. Rasanya memang unik, ada rasa masin dan lemak kacang soya.

Dikatakan ia berasal dari negara China tapi Sis yakin di negara kita ni pun ramai yang suka masakan taucu kan?

Okaylah. Jom kita cuba resipi Ikan Jenahak Masak Taucu ni ye. Kali ni sis masak dua keping je untuk tiga orang makan sebab ikan tu saiznya boleh tahan besar.

Jangan risau. Sangat mudah memasaknya dan bahan pun ringkas je. Kata orang, campak-campak je terus jadi. Dan..sedap yang penting!

Boleh cuba juga resipi ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *