Asam limau nipis viral di Tik Tok. Rasa masam dan manisnya memang sedap tau. Boleh dijadikan kudapan ringan saat menonton TV atau sebagai pencuci mulut selepas makan makanan yang heavy.
Mulanya sis Wawa agak risau juga..sedap ke idok? Rupanya sedap wehh!! Rasa masam dan manis yang seimbang memang memikat selera. Mudah je pun nak membuatnya. Tapi sis gabungkan limau nipis dengan lemon.
Asam Limau Nipis Viral Di Tik Tok
Bahan-bahan Asam Limau Nipis Viral:
2-3 biji limau nipis saiz besar – hiris nipis
2 biji lemon – hiris nipis
Gula
Serbuk cili – pilihan
Cara Buat Asam Limau Nipis Viral Di Tik Tok:
Mula-mula, potong limau dan lemon nipis-nipis. Masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan gula dan gaul sebati dengan hirisan lemon dan limau tadi.
Kemudian masukkan sedikit serbuk lada jika nak ada sedikit rasa pedas. Gaul lagi. Tapi serbuk cili ni option ye. Tak bubuh tak pe. Tapi sis suka ada rasa pedas-pedas sikit. Lagi umph!
Siap!!!
Semak artikel ini juga: Cara Tanam Pandan Tanpa Tanah
Apa Pula Khasiat Limau Nipis?

Sistem imuniti yang lemah akan mendedahkan tubuh badan kepada pelbagai jenis virus, bakteria dan patogen luar. Antara cara untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan adalah dengan pengambilan vitamin C.
Vitamin C dapat membantu untuk meningkatkan imunisasi badan dengan menyokong fungsi sel darah putih yang membantu untuk menyingkirkan patogen dan kuman dari luar. Buah limau nipis merupakan sejenis buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C dan dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
1.Kaya dengan sumber antioksidan
Antioksidan merupakan antara komponen penting yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia dapat mencegah tekanan oksidatif yang menjadikan sel badan rosak. Hal ini dapat menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kerana berlakunya kerosakan sel badan. Buah limau nipis mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi di mana ia bertindak sebagai antioksidan yang dapat menyekat tekanan oksidatif.
2.Mencegah penyakit anemia
Pernah tak korang mengalami masalah cepat penat dan letih? Hal ini mungkin terjadi jika korang mempunyai masalah kekurangan sel darah merah ataupun anemia. Anemia adalah satu keadaan apabila badan mengalami kekurangan sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen k eseluruh badan.
Kekurangan oksigan akan menjadikan penghidap anemia berasa cepat penat dan tidak bermaya. Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi. Pengambilan makanan yang tinggi zat besi dan tinggi vitamin C seperti buah limau nipis di dalam satu hidangan dapat meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam badan.
3.Menjaga tekanan darah
Tekanan darah boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pengambilan garam, stress, tidur yang tidak mencukupi dan pelbagai lagi. Tekanan darah yang tinggi dapat mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan strok ataupun angin ahmar.
Buah limau nipis mengandungi kandungan kalium yang tinggi di mana kalium dapat membantu untuk meningkatkan pengembangan salur darah. Ini sedikit sebanyak dapat menurunkan paras tekanan darah.
4.Menjaga kesihatan kulit
Buah limau nipis mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang dapat mencegah kerosakkan sel kulit. Ianya turut kaya dengan vitamin C di mana komponen ini dapat membantu di dalam penghasilan kolagen untuk kulit.
5.Bantu Cegah penyakit kardiovaskular
Penyakit kardiovaskular merupakan antara penyakit yang berbahaya dan dapat mengundang maut. Buah limau nipis mengandungi kandungan magnesium dan kalium yang dapat membantu otot jantung untuk mengecut dan mengendur. Jantung yang mengecut dan mengendur dengan baik dapat mengawal paras tekanan darah di paras normal.
6.Tak Naikkan gula darah
Paras gula yang tinggi di dalam darah dapat menyebabkan pelbagai jenis komplikasi seperti kerosakkan mata, buah pinggang dan luka yang lambat sembuh.
Pengambilan makanan dan minuman manis yang tidak terkawal dapat menyebabkan paras gula yang tidak terkawal. Antara altenatif lain untuk menggantikan minuman manis adalah dengan memasukkan buah-buahan di dalam minuman seperti buah limau nipis untuk memberikan rasa di dalam minuman. Cara ini bukan sahaja sihat tetapi turut tidak meningkatkan gula di dalam darah.

7.Bantu Cegah kanser
Kanser adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal. Sel-sel ini kemudiannya menyerang sel-sel yang berhampiran dengannya. Buah limau nipis mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang dapat mencegah kerosakkan sel. Kerosakan sel ini yang dapat menyebabkan penyakit kanser.
Bagaimana buah limau nipis dapat membantu untuk menurunkan berat badan? Buah limau nipis mengandungi kandungan asid sitrik. Asid ini membantu untuk meningkatkan metabolisma badan di mana kalori dan tenaga dapat digunakan dengan segera.
9.Beri tenaga dengan segera
Buah limau nipis mengandungi kandungan vitamin B yang dapat membantu untuk penghasilan tenaga. Hal ini kerana vitamin B diperlukan untuk metabolisma karbohidrat. Korang boleh membuat jus buah limau atau menambah buah ini ke dalam minuman lain.
Cara ini bukan merupakan antara cara yang sihat kerana tidak mengandungi gula tambahan.
Baca ini juga: Peria Pahit Tapi Kaya Khasiat
Apa Pula Khasiat Lemon?

Tentu ramai yang sedia maklum, buah yang satu ini memangf kaya khasiat dan mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Berikut adalah beberapa khasiat lemon:
- Sumber Vitamin C: Lemon adalah sumber vitamin C yang baik, membantu meningkatkan sistem imun tubuh dan melindungi daripada jangkitan.
- Detoksifikasi: Lemon membantu dalam proses detoksifikasi badan dengan merangsang fungsi hati dan sistem pengeluaran.
- Tingkatkan Pencernaan: Lemon merangsang produksi air liur dan enzim pencernaan, membantu dalam proses pencernaan.
- Penyegar Mulut: Air lemon boleh digunakan sebagai penyegar mulut semulajadi untuk mengatasi masalah nafas tidak enak dan mengurangkan plak gigi.
- Bantu Turunkan Tekanan Darah: Kandungan kalium dalam lemon dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Mengurangkan Berat Badan: Kandungan serat dalam lemon dapat membantu mengawal selera makan dan memberikan rasa kenyang, membantu dalam pengurangan berat badan.
- Mengatasi Sembelit: Air lemon dapat membantu melonggarkan usus dan merangsang pergerakan usus, membantu mengatasi masalah sembelit.
- Kesihatan Kulit: Penggunaan luaran air lemon dapat menyegarkan dan mencerahkan kulit, serta membantu mengurangkan jerawat dan bekas jerawat.
- Bantu Kurangkan Radang Sendi: Kandungan antiradang dalam lemon dapat membantu kurangkan radang pada sendi dan otot.
Perlu diingat bahawa walaupun lemon mempunyai banyak manfaat, sesetengah orang mungkin mempunyai reaksi alergi atau masalah kesihatan tertentu yang perlu diambil kira sebelum mengambil lemon secara berlebihan. Selalu dapatkan nasihat daripada doktor jika ada keraguan.
Leave a Reply