Masak Lemak Cili Padi Jering Tua

Masak Lemak Cili Padi Jering Tua Tumis Style, Tak Kurang Sedapnya

Masak lemak cili padi jering tua ada sejarah tersendiri bagi Sis Wawa. Bagi yang dah mengikuti blog sis, tentu pernah baca kisah sis dan masak lemak cili padi jering ni. First time tengok, sis ingatkan masak lemak cili padi nugget! Hahaha..

Memang lawak bila dikenang-kenang. Macam mana boleh jadi nugget? Yelah, malam, suasana bawah khemah kenduri pun bukan terang sangat. Seumur hidup masa tu tak pernah lagi tengok jering masak lemak cili padi. Makan apatah lagi. Tak tahu macam mana boleh timbul idea itu nugget sedangkan itu jering tumbuk.

 Jering Kaya Khasiat Walau Busuk

 Sebenarnya jering turut mengandungi khasiat tertentu jika diambil dalam kuantiti yang sederhana. Kandungan protein yang tinggi dalam buah ini dapat membantu pembentukan tisu dalam tubuh.

Kandungan protein dalam buah ini adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kandungan protein dalam kacang hijau dan kacang soya.

Ia juga dikatakan dalam mencegah anemia kerana ia juga kaya dengan zat besi di mana zat besi ini sangat penting untuk mencegah dan mengatasi kekurangan pengeluaran sel darah merah di dalam tubuh.

Selain kandungan zat besi dan protein, zat lain yang terdapat dalam buah ini adalah kalsium dan fosforus.

Kedua-dua bahan ini adalah bahan yang diperlukan oleh tulang. Kalsium dan fosforus boleh mencegah kehilangan tulang (osteoporosis).

Boleh juga cuba resipi ini: https://wawaazwa.com/2021/09/02/ikan-jenahak-masak-taucu-sedap-dan-mudah-je-membuatnya/

Awas Jangan Makan Masak Jering Berlebihan!

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa, pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan keracunan dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap fungsi buah pinggang disebabkan kehadiran asid djenkolik di dalamnya. So, makan berpada-pada ye…

Okaylah. Kali ni sis nak share resipi jering masak lemak cili padi, tapi versi tumis. Kebanyakan orang tak tumis dulu kan. Memang boleh. Tapi kali ni sis sengaja nak cuba versi tumis, inspirasi daripada satu resipi daripada Indonesia yang pernah sis tengok.

Kemudian, masukkan beberapa biji telur yang dah direbus. Memang sedap!

Bahan-bahan Untuk Masak Lemak Cili Padi Jering Tua:

Masak Lemak Cili Padi Jering Tua Tumis Style, Tak Kurang Sedapnya

1kg jering tua – buang kulit

1 kotak santan saiz sederhana besar

Ikan bilis

2 batang serai – satu ketuk, satu kisar

Sedikit cili padi hijau – ikut kepedasan yang kita nak

Halia

Kunyit hidup

Daun Kunyit- hiris

Telur ayam – rebus

Garam dan gula

Minyak masak

Cara Memasak Masak Lemak Cili Padi Jering Tua:

Masak Lemak Cili Padi Jering Tua Tumis Style, Tak Kurang Sedapnya

Mula-mula rebus jering tua tadi sekitar 15 – 30 minit, kemudian tutup api dan toskan. Kemudian kisar bahan-bahan seperti halia, kunyit hidup, cili padi dan serai hingga hancur.

Jering yang sudah agak sejuk, tumbuk menggunakan lesung batu.

Setelah itu, panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga agak wangi, kemudian masukkan ikan bilis. Goreng sekejap. Setelah itu, masukkan jering yang dah ditumbuk tadi.

Masak Lemak Cili Padi Jering Tua Tumis Style, Tak Kurang Sedapnya

Masukkan pula santan dan sedikit air. Kacau perlahan. Setelah itu masukkan hirisan daun kunyit.

Masak Lemak Cili Padi Jering Tua Tumis Style, Tak Kurang Sedapnya

Masukkan telur rebus yang telah dikupas kulit ke dalam masak lemak cili padi jering tua, tambah garam dan gula secukup rasa. Menggunakan api agak perlahan, biarkan ia mereneh.

Angkat dan masak lemak cili padi jering tua sedia dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas. Tak perlu lauk lain lagi dah. 🙂

2 Comments

  1. Terliur tengok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *