Bihun Goreng Tomyam Sedap Penuh Aroma

Bihun Goreng Tomyam Sedap Penuh Aroma

Bihun goreng tomyam sedap dan ringkas je resepintya. Pun begitu, bihun goteng tomyam ini tetap sedap.

Jom tengok cara buatnya. Cukup mudah tapi sedap!

BIHUN GORENG TOMYAM

BAHAN-BAHAN BIHUN GORENG TOMYAM:

1 bungkus bihun – rendam seketika dengan air sejuk

Sedikit daging – untuk perencah

1 batang serai – racik

5-7 helai daun limau purut – hiris halus

7-10  biji cili padi merah – hiris

1-2 sudu makan pes tomyam

2-3 sudu makan sos ikan

1 batang lobak merah – hiris halus

203 biji limau nipis – perah air

Air secukupnya

Garam secukupnya

Minyak masak

Bahan Tumbuk:

7 biji bawang merah – tumbuk

9 ulas bawang putih – tumbuk

1-2 sudu makan udang kering

CARA MEMASAK BIHUN GORENG TOMYAM:

Bihun Goreng Tomyam Sedap Penuh Aroma

Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk/kisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.

Masukkan pula daging dan kacau sebati.

Bihun Goreng Tomyam Sedap Penuh Aroma

Setelah daging masak, bolehlah masukkan pes tomyam dan serai serta daun limau purut yang telah diracik halus tadi. Tambah sedikit air.

Bihun Goreng Tomyam Sedap Penuh Aroma

Kemudian, masukkan bihun yang telah direndam dengan air sejuk tadi.  Gaul sekata. Masukkan oula hirisan lobak merah. Gaul lagi,

Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah air lagi untuk melembutkan bihun.

Bihun Goreng Tomyam Sedap Penuh Aroma

Masukkan lada hitam dan juga perahan limau nipis. Gaul sebati. Jika suka pedas, boleh tambah hirisan cili ke dalam bihun itu. Lagui umph!

Siap! Mudah je kan? Jangan lupa cuba tau bihun goreng tomyam ni!

Boleh cuba resepi ini juga: Bubur Lambuk Utara

Asal Usul Bihun

Ada yang panggil, mihun, ada yang panggil bihun. Tapi, ia adalah sama.

Menurut Wikipedia, Bihun/mihun atau mi Siam (di Selatan Malaysia) merupakan nama salah satu jenis makanan dari China yang berbentuk seperti mi namun lebih tipis. Bahan bihun sendiri diperbuat daripada tepung beras.

Makanan ini sangat terkenal dari negara China hingga sejauh kawasan Asia Selatan termasuk India.

Khasiat Bihun

Bihun juga memiliki kandungan zat yang baik untuk kesihatan. Bihun memiliki kandungan tenaga sebanyak 360 kilo kalori, 4.7 gram protein, 82.1 gram karbohidrat, 0.1 gram lemak, kalsium 6 miligram, fosforus 35 miligram, dan zat besi 1 miligram. Hasil ini didapatkan berdasarkan penelitian terhadap 100 gram mi bihun, dengan jumlah yang dikonsumsi 100%.

Cara Lembutkan Bihun

Terdapat pelbagai jenis bihun yang terjual di pasaran. Namun, ada yang teksturnya lebih keras dan bila dimasak, ia tidak begitu sedap. Ha…bagaimana caranya nak jadikan bihun lebih lembut?

Sebenarnya ada petua bagaimana nak buat bihun lebih lembut. Antaranya:

  1. Rendam Guna Air Panas

Rendam guna air panas. Biar dalam 15 minit. Bila rasa bihun dah lembut terus pindahkan bihun ke dalam air sejuk atau boleh lalukan bawah air paip. Tekstur bihun itu akan jadi lebih sedap dan kenyal.

  1. Masukkan Lebih Banyak Air Bila menggoreng

Satu cara lain, rendam bihun dengan air sejuk. Toskan. Selepas menumis semua bahan, masukkan air dan masukkan bihun. Besarkan api supaya bihun terus direbus. Cara ini juga dapat lembutkan bihun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *