Masak Lemak Cili Api Siput Sungai Dengan Keledek

Masak Lemak Cili api Siput

Masak lemak cili api siput sungai dengan keledek. Resipi ini taklah susah sangat nak masaknya. Bahan yang diperlukan pun tak banyak.

Secara peribadi, Sis Wa suka masak lemak cili api yang agak pekat, ada rasa lemak santan dan pedas yang seimbang. Baru berpeluh makan.

Cara Cuci Siput Sungai

Sama macam siput sedut laut, siput sungai ini perlu dipotong bahagian punggungnya dahulu. Selain itu, sis Wa cuci dan gaul sekejap dengan hampas kelapa untuk hilangkan kotorannya. Setelah itu, barulah dicuci bersih.

Masak lemak cili api antara masakan yang paling digemari di Malaysia. Negeri yang paling tersohor dengan masakan ini sudah tentukan Negeri Sembilan. Macam-macam boleh dimasak masak lemak cili padi. Tak kira daging, ayam, sehinggalah seafood.

Cara Masak Berbeza

Cara untuk memasak masak lemak cili api ini juga berbeza-beza. Ada orang bubuh bawang dan ada yang tak letak. Terpulang pada cara dan selera masing-masing. Tak boleh kata cara ini salah atau cara ini yang betul. Asal kena dengan tekak, jalan je lah!

Yang pasti, bila memasak masakan ini, sudah pastilah wajib ada santan dan cili api, selain kunyit hidup. Itu asasnya. Kalau tak, bukan masak lemak cili api namanya. Tapi zaman dah makin moden, ramai yang dah improvise masakan ini. Santan segar diganti dengan santan kotak atau susu cair. Terpulanglah. Tapi untuk sis Wa, tetap perlu guna santan segar. Baru kaw!

Balik Terengganu sempat sis Wa ke pasar. Wah…terjumpa siput sungai. Rasanya dah berbelas tahun tak makan. Apa lagi, terus sambar dua kilo. Gandingkan pula dengan keledek (orang Terengganu panggil ubi stellar), memang ngam.

Balik rumah penat juga nak potong bahagian punggungnya. Sebenarnya first time nak masak siput sungai ni. Alhamdulillah berjaya. Oh ye, sis Wa gonyoh dengan hampas kelapa dulu sebelum cuci bersih.

Masak Lemak Cili api Siput Sungai Dengan Keledek

Bahan-bahan Masak Lemak Cili Api Siput Sungai:

  • 1 1/2kg siput – bersihkan dan buang bahagian punggungnya
  • 3-4 biji ubi keledek – potong
  • 1kg santan pekat
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1 helai daun kunyit – potong/carikkan
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Maggi Cukup Rasa (pilihan)
  • Air

Bahan Kisar:

  • 1 inci kunyit hidup
  • 7 biji cili api – terpulang tahap kepedasan yang kita nak

Cara Memasak:

Masak Lemak Cili api

Cuci siput dengan hampas kelapa. Rendam sekejap. Cuci bersih dan toskan.

Masak Lemak Cili api

Dalam periuk, masukkan santan dan bahan kisar. Gaul sebati. Masak di atas api sederhana besar.

Masukkan pula serai dan daun kunyit.

Kemudian masukkan hirisan keledek. Kena masuk awal supaya ia empuk sepenuhnya. Kacau dari semasa ke semasa kerana santan segar asli boleh berketul. Tak cantik masak lemak kita nanti.

Masak Lemak Cili api

Kemudian bila dah menggelegak, masukkan siput sedut. Kacau sebati. Tambahkan garam dan Maggi Cukup Rasa. Gaul sebati.

Kecilkan api dan biar ia mereneh dan memekat. Semak rasanya. Dah secukup rasa, tutup api. Siap.

Sedap tau masak lemak cili api ni. Rasa lemak santan dan manis keledek bersatu. Mudah je kan? Makan dengan nasi putih panas-panas dan ikan goreng. Cukup.

Boleh cuba resipi ini juga: Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

2 Comments

  1. Pernah sekali makan siput sungai ni masa balik Perak. Tu pun kakak ipar tak sengaja terbeli..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *