Daging Dendeng Balado memang sedap. Makan dengan nasi putih panas-panas pun dah cukup. Takde lauk lain pun takpe. Dah cukup buat kita makan bertambah!
Masakan ini dikatakan salah satu masakan Minang yang popular. Bahkan banyak versi dan cara pembuatannya. Ikut selera kita memasing lah yek.
Ada Proses Nak Memasaknya
Ramai yang tak suka masak masakan ini sebab renyah katanya. Bahkan ada yang tak pernah masak sendiri. Lebih mudah beli je katanya. Ya, agak renyah sebab ada beberapa proses perlu kita buat. Tapi, bila dah pernah masak, tak susah pun sebenarnya.
Rebus, Tumbuk Dan Goreng
Biasanya daging lembu akan direbus terlebih dahulu, kemudiannya akan ditumbuk hingga lembut tapi bukan hancur. Setelah itu, barulah digoreng garing. Ha..teksturnya yang garing memang menambah keenakan masakan ini.
Tapi untuk kali ni, sis Wawa sengaja tak goreng dahulu daging tu sebab gigi tengah tak sihat. Kang payah nak makan.
Tapi terpulang pada selera. Ramai yang suka jika daging itu digoreng hingga garing dulu. Tapi, pernah cuba tak yang tak digoreng? Sedap juga sebenarnya. Lembut je dagingnya. Tambah lagi sis guna daging batang pinang.
Rebus Daging, Letak Halia Sikit
Sebelum masak, daging kena direbus dulu. Letak sikit hirisan halia untuk kurangkan bau hamis daging. Tapi sebaiknya jangan masukkan asam keping kerana tekstur daging akan jadi lebih keras dan kenyal.
Ketika rebus, bahagian atasnya ada macam ‘buih-buih pekat’. Ha…buang tau lapisan tu. Tak elok untuk kesihatan 🙂
Nak Lagi Sedap, Tumbuk Atau Giling Ramuannya
Zaman sekarang, dah senang. Blender je semua bahan, siap. Tapi ada beza tekstur bahan yang kita yang kisar dan yang kita tumbuk atau giling. So, kali ni, gigih sis giling guna batu cobek. Fuhh berpeluh. Tapi bila makan, sedap tak terkata, hilang penat!
Apa lagi, jom try.
DAGING DENDENG BALADO
BAHAN-BAHAN MASAK DAGING DENDENG BALADO:
1kg daging batang pinang – bersihkan, hiris
20-25 batang cili besar merah
Segenggam cili padi
5 biji bawang merah – racik
3 ulas bawang putih – racik
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak
CARA MEMASAK DAGING DENDENG BALADO:
Mula-mula, rebus dahulu daging yang telah dibersihkan. Biarkan sejuk dan barulah ditumbuk satu persatu.
Tumbuk kasar atau giling cili besar merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Letak sedikit garam untuk lebih mudah menumbuk/giling.
Setelah itu, panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan yang telah ditumbuk/giling tadi hingga terbit bau dan pecah minyak.
Masukkan daging yang telah direbus dan ditumbuk tadi. Gaul sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar seketika dan tutup api.
Siap! Mudah je kan? Cuba tau!
Asal Daging Dendeng Balado
Baca nama resepi pun dah dapat agak, ia masakan dari Padang, Indonesia. Dikatakan, jika mengikut versi Minangkabau, mungkin hidangan dendeng yang paling popular di Indonesia digelar sebagai dendeng balado atau dendeng batokok adalah khusus daripada Padang, Sumatera Barat,
Ia diperbuat daripada daging lembu yang nipis dipotong kemudian kering dan digoreng sebelum ditambah dengan cili dan bahan-bahan lain.
Resepi ini pun sedap: Ikan Jenahak Masa Taucu
Netty
September 17, 2021 at 2:25 pmWah! Tq kak nanti nak try. Ada lagi sepeket daging kat rumah ni.
Wawa azwa
September 17, 2021 at 4:48 pmSila try. Sedap tau.
wawaazwa
September 26, 2021 at 2:55 amSilakan..kalau nak ada tekstur rangup, goreng dagingnya lepas rebus. Dua-dua versi sedap je sebenarnya..hihi.
farah
September 17, 2021 at 3:38 pmsedapnye sis…
Wawa azwa
September 17, 2021 at 4:50 pmAlhamdulillah mmg sedap. Follow je resipi ni.
wawaazwa
September 26, 2021 at 2:55 amsila cuba. nak lagi best, goreng dagingnya lepas rebus.
Anie Mohamed
September 19, 2021 at 1:52 pmWowww!! Kena cuba nihh… confirm sedap! :))
wawaazwa
September 26, 2021 at 2:52 amInsya-Allah resipi ni menjadi kalau dicuba..:)
wawaazwa
October 15, 2021 at 1:18 pmSila cuba..insya-Allah sedap 🙂