KSL Esplanade Hotel Klang bakal jadi detinasi penginapan terbaik jika berkunjung ke Klang. Lepas ni kalau ke Klang, stay saja kat hotel ni. Memang selesa.
KSL Esplanade Hotel Klang ini merupakan milik KSL Holdings Berhad dan telah dirasmikan pada Mac 2023 lalu.
KSL Esplanade Hotel Di Tengah Kawasan Membangun
Terletak hanya 10 minit dari pusat bandar Bukit Tinggi Klang, KSL Esplanade Hotel menawarkan penginapan bertaraf 4 bintang, dengan fasiliti yang bertaraf tinggi, hotel ini juga mudah diakses melalui lebuhraya KESAS, SKVE dan NKVE.
Hotel yang dibina atas tanah seluar 18 ekar yang mengelilingi KSL Bandar Bestari ini adalah merupakan projek mega daripada pemaju dari Johor Bahru yang memiliki KSL City Mall, Hotel-hotel KSL dan resort di Johor Bahru.
Menariknya, ia merupakan struktur binaan pencakar langit pertama dibina di Bandar Bestari Klang, ternyata ia menjadi kelebihan KSL Hotel untuk mengukuhkan jenamanya memandangkan tiada premis perniagaan lain yang setara dengan bangunan setinggi 23 tingkat itu.
Semestinya produk utama KSL Hotel adalah ruang penginapan yang merangkumi sejumlah 403 bilik kontemporari dan moden termasuk Superior, Deluxe, Family, Premier dan Executive Suite untuk tetamu menginap dengan penuh privasi dan selesa.
Tawarkan Keselesaan Untuk Para Pelanggan
KSL Esplanade Hotel yang bertujuan untuk meningkatkan pelancongan melalui pelaburan yang inovatif dan berterusan dalam infrastruktur hospitaliti menepati dengan kehendak pelanggan pada masa kini.
Semestinya produk utama KSL Esplanade Hotel adalah ruang penginapan yang merangkumi sejumlah 403 bilik kontemporari dan moden termasuk Superior, Deluxe, Family, Premier dan Executive Suite untuk tetamu menginap dengan penuh privasi dan selesa.
Sebaik melangkah masuk ke Bilik & Suite Tetamu KSL Esplanade Hotel Klang, pasti para pelanggan kagum dengan kebersihan dan dekorasi bilik yang simple dan moden dengan susunan perabut yang membuatkan bilik nampak lebih luas.
Hotel ini ada lebih kurang total 403 bilik penginapan termasuk 214 Bilik Superior, 134 Bilik Deluxe, 20 Bilik Keluarga, 29 Bilik Premier, 4 Suite Eksekutif dengan 2 Bilik Tidur, 1 Suite Junior dan 1 Suite Deluxe yang akan menjadi pilihan pelanggan mereka untuk menginap nanti.
Menjamu Selera
Untuk menikmati hidangan, restoran utama iaitu Birch Restaurant terletak di level 3A, KSL Esplanade Hotel. Ia menyajikan hidangan lazat oleh chef-chef berpengalaman untuk sarapan, makan tengah hari, hi-tea dan makan malam dengan harga berpatutan.
Sepanjang bulan Ramadan, turut diadakan buffet berbuka yang menyajikan pelbagai masakan yang semuanya sedap. Harganya juga amat berpatutan dengan kualiti yang ditampilkan.
Selain itu, pakej untuk sahur juga turut tersedia bagi yang menginap di hotel itu sepanjang Ramadan. Jadi, tak perlu risau nak keluar untuk bersahur di awa pagi.
Terletak bersebelahan dengan kolam renang, gymnasium dan taman permainan kanak-kanak.
Selain itu, turut menjadi kebanggaan mereka ialah Sora Skybar yang terletak di tingkat paling atas, sekali gus menawarkan pemandangan panorama bandar Klang. Bolehlah lepak di sini menikmati keindahan bandar Klang.
Hotel ‘Mesra’ Kanak-Kanak
Hotel ini juga antara hotel yang boleh dikatakan ‘mesra kanak-kanak’. Jadi, ibu bapa boleh menginap di sini tanpa risau anak-anak akan rasa bosan. Selain kolam renang yang besar dan selesa, terdapat taman permainan yang boleh dikunjungi anak-anak.
Baca ini juga: Staycation Tak Perlu Jauh
Sambil ibu bapa bersenam di gim, anak-anak boleh mandi kolam atau bermain di taman permainan.
Kemudahan Lain Yang Tersedia Di KSL Esplanade Hotel Klang:
Menepati status hotel bertaraf empat bintang, KSL Esplanade Hotel juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti lain yang serba moden dan terkini.
KSL Esplanade Hotel menawarkan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang memuaskan untuk pelanggan mereka yang menginap disini, termasuklah:
✅ Bar atas bumbung/ rooftop bar dengan view kehijauan dan permandangan bandar,
✅ Kedai kopi/ coffee shop,
✅ Pusat kecergasan/ fitness center,
✅ Spa Onsen untuk berendam hilangkan stress dan kepenatan,
✅ Ruang acara/ event space,
✅ Bilik Mesyuarat,
✅ dan banyak lagi kemudahan.
Alamat: KSL Esplanade Hotel, No 1, Persiaran Bestari 2 / KS09, 41200 Klang, Selangor.
Website: www.kslesplanadehotel.com
Facebook: www.facebook.com/KSLEsplanadeHotel
Instagram: www.instagram.com/kslesplanadehotel
Leave a Reply