Resepi Burger Ala Prosperity Khairul Aming. Mudah Rupanya Nak Buat

Resepi Burger Ala Prosperity Khairul Aming. Mudah Rupanya Nak Buat

Resepi burger ala prosperity Khairul Aming. Sedap dan mudah rupanya nak buat sendiri burger ‘McMing’ ini. Bahkan lebih jimat dan boleh dinikmati seisi keluarga sepuasnya.

Burger Ala Prosperity Khirul Aming Yang Tengah Viral

Sekarang memang tengah viral resepi burger ala prosperity yang dikongsikan oleh influencer terkenal, Khairul Aming. Burger ‘McMing’ .

Sana sini orang kongsi resepi burger ala prosperity Khairul Aming ni di semua platform media masa. Aih! Tak boleh jadi ni. Teruja sungguh nak cuba jugak. Sedap dok? Lagi pula, bila buat sendiri, boleh makan puas-puas, dan sudah tentu lebih jimat berbanding beli daripada ‘jenama terkenal’ tu.

Bila belek bahan-bahannya, taklah susah sangat nak cari. Yang penting, mudah rupanya nak buat. Sos black pepper tu boleh buat lebih, simpan dalam peti sejuk. Nanti bila nak buat lagi burger ala prosperity Khairul Aming ni, tak susah-susah nak masak sos lagi. Jimat masa dan tenaga.

Oh ye, ikutkan resepi burger ala prosperity Khairul Aming ni guna oblong. Tapi sis Wawa guna patty daging lembu yang biasa tu.

Sedap? Memang sedap weh! Bubuh lebih lada hitam. Cubalah. Rugi tak cuba tau. Kalau suka, boleh bubuh daging burger double. Peh! Tapi next time sis Wawa nak guna oblong pulak.

Cuba semak resepi ini juga: Sup Ayam Khairul Aming

Resepi Burger Ala Prosperity Khairul Aming Yang Viral

Bahan-bahan Resepi Burger Ala Prosperity Khairul Aming:

Resepi Burger Ala Prosperity Khairul Aming. Mudah Rupanya Nak Buat

2 keping patty daging lembu

5 – 7 biji cendawan Shiitake – cincang

1 labu bawang Holland – 2/3 cincang halus, selebihnya hiris (untuk bubuh dalam burger nanti)

2 keping roti burger bulat

3 ulas bawang putih

4-5 sudu makan serbuk lada hitam – sebaiknya tumbuk sendiri

Mentega secukupnya – untuk tumis dan sapuan pada roti

2 sudu makan sos tiram

Sedikit stok ayam (tapi sis guna Cukup Rasa sebab stok ayam tak ada)

1-2 sudu makan kicap manis

Sedikit tepung gandum

Cukup rasa secukupnya

Air secukupnya

Cara Masak Resepi Burger ala Prosperity Khairul Aming:

Resepi Burger Ala Prosperity Khairul Aming. Mudah Rupanya Nak Buat

Mula-mula masukkan mentega ke dalam kuali. Setelah mentega cair, masukkan hirisan bawang Holland.

Resepi Burger Ala Prosperity Khairul Aming. Mudah Rupanya Nak Buat

Seketika kemudian, masukkan bawang putih. Tumis hingga terbit bau dan bawang layu.

Seketika kemudian, masukkan bawang putih. Tumis hingga terbit bau dan bawang layu.

Masukkan hirisan cendawan Shiitake tadi, Kacau lagi.

Seketika kemudian, masukkan bawang putih. Tumis hingga terbit bau dan bawang layu.

Setelah itu, masukkan sedikit tepung gandum dan kacau sebati.

Resepi Burger Ala Prosperity Khairul Aming. Mudah Rupanya Nak Buat

Kemudian tambah air secukupnya dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.

Resepi Burger Ala Prosperity Khairul Aming. Mudah Rupanya Nak Buat

Masukkan pula sos tiram dan kicap manis. Perasakan juga dengan Cukup Rasa atau stok ayam. Kacau perlahan.

Setelah menggelegak, tutup api dan biar agak sejuk. Kemudian bahan tumisan itu dikisar. Tak perlu terlalu hancur.

Kemudian, tuang semula ke dalam kuali. Kacau perlahan. Gunakan api perlahan.

Resepi Burger Ala Prosperity Khairul Aming. Mudah Rupanya Nak Buat

Dalam masa yang sama, panas sedikit mentega dan goreng daging burger. Jangan terlalu masak ye nanti kering dan tak ‘juicy’.

Angkat dan bakar pula roti burger yang sudah disapu sedikit mentega.

Resepi Burger Ala Prosperity Khairul Aming. Mudah Rupanya Nak Buat

Ambil daging burger dan celup ke dalam sos tadi. Seeloknya sos agak pekat, barulah daging burger tersalut elok. Kemudian letakkan di atas roti burger yang dah dibakar sedikit tadi.

Bubuh sedikit hirisan bawang Holland dan lapis dengan roti lagi.

Siap!! Sedapnya. Anak sis pun cakap, ‘ada rasa’ macam burger berjenama terkenal tu walau pun taklah 100%…hehehe…

Dah habis rupanya stok kentang kat rumah. Kalau tak, hidangkan burger  ni dengan kentang goreng.

Sis suka kalau lada hitamnya lagi kuat. Tapi terpulanglah pada selera korang. Selamat mencuba!

Oh ye, sos selebihnya, bubuh dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Boleh guna lagi nanti.

Tip Buat Sendiri Daging Burger Yang Sedap

Berikut adalah beberapa tip untuk membuat daging burger yang sedap:

1.Pilih Daging Berkualiti: Pastikan memilih daging yang berkualiti tinggi, seperti daging lembu atau campuran daging lembu dan babi, untuk hasil burger yang lebih lazat dan empuk.

2.Perasakan Dengan Garam Dan Lada Hitam: Gunakan garam dan lada hitam secukupnya untuk memberikan rasa yang seimbang pada daging. Anda juga boleh menambahkan serbuk paprika untuk sedikit kepedasan.

3.Tambahkan Bawang: Tambahkan bawang besar dan bawang putih yang dicincang halus ke dalam adunan daging untuk memberikan rasa yang kaya dan aroma yang sedap.

4.Campurkan Telur: Telur berfungsi sebagai pengikat dan memberikan kelembutan pada daging burger. Campurkan satu biji telur ke dalam adunan daging.

5.Bentuk dengan Rapi: Bentuk adunan daging menjadi burger dengan ketebalan dan saiz yang seragam untuk memastikan masakan yang merata.

Tip Goreng Daging Burger Agar ‘Juicy’

1.Panaskan kuali leper/Pemanggang: Panaskan pemanggang atau penggorengan dengan sedikit minyak sebelum memasak burger. Ini membantu mencapai permukaan yang keemasan dan mengunci kelembapan daging.

2.Jangan Terlalu kerap Balik-balikkan Burger: Biarkan burger memasak dengan baik di setiap sisi tanpa sering balik-balikkan ia. Ini membantu membentuk kerak yang enak.

3.Tambahkan Keju: Jika suka keju, letakkan sekeping keju di atas setiap burger pada minit terakhir memasak, dan tutup pemanggang untuk memastikan keju meleleh dengan sempurna. Waduh!

4.Hidangkan dengan Roti yang Sesuai: Pilih roti burger yang berkualiti untuk menambahkan dimensi rasa yang baik. Sapu sedikit mentega (jika suka), panaskan/bakar roti sebentar sebelum disajikan.

5.Tambah sayuran seperti salad, timun dan tomato juga. Ia akan menambahkan kecrunchan dan rasa yang menyegarkan.

Boleh try resepi ini juga: Sup pumpkin Lemak Berkrim

1 Comment

  1. Aduh! tak sabarnya nak buat.. gewam je tengok kengkawan share.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *