Cucur Bilis Kentang
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 biji kentang – potong dadu
1 labu bawang besar – dadu
Segenggam ikan bilis
Sedikit garam
Sedikit cili kisar /hirisan cili padi – pilihan
Air masak secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak Cucur Bilis Kentang:
Mula-mula potong dadu ubi kentang dan bawang besar. Sis guna bawang Bombay. Ketepikan. Setewlah itu, masukkan ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum. Masukkan air dan kacau.
Masukkan sedikit cili kisar jika nak ada sedikit rasa pedas atau potongan cili padi kalau nak lebih pedas. Ini pilihan masing-masing. Kemudian, gaul adunan hingga sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
Panaskan minyak di dalam kuali. Sudukan sedikit adunan tepung tadi. Letakkan beberapa ekor ikan bilis di bahagian atasnya dan tuang perlahan ke dalam kuali. Lakukan hingga selesai.
Goreng hingga cucur berwarna kekuningan. Sis lebih suka kalau cucur ini lebih garing ye.
Setelah masak, angkat dan toskan. Siap!! Sedap dimakan bersama sambal sardin. Gandingkan pula dengan teh o atau kopi o panas. Pehhhh!!!
Boleh tengok resipi sambal sardin di sini: https://wawaazwa.com/2022/04/25/sambal-sardin-bunga-kantan-sedap-penuh-aroma/
Kegemaran Seisi Keluarga
Cucur bilis kentang ini kegemaran sis Wawa sefamili. Makan hari-hari pun boleh. Simple dan bahan pun tak banyak yang digunakan. Bahan yang memang sedia ada di rumah kita kan.
Cucur bilis kentang versi sis ini memang sangat garing dan rangup. Sebenarnya ada trik atau cara bagaimana nak buat cucur bilis ini garing. Lebih best, bila masa gigit bilis tu, terasa teksturnya yang rangup. Pehhh!
Idea Suami
Ada orang akan kisar ikan bilis dan dimasukkan ke dalam adunan tepung. Ada juga yang menggaulkan bilis terus ke dalam adunan tepung. Tapi sis Wawa tak buat macam tu.
Memandangkan suami suka bilis di dalam cucur itu garing, jadi sis improvise sikit. Tak letak di dalam adunan tepung, tapi DI ATAS. Sama seperti kita nak buat cucur udang. Nanti tengok gambar step by stepnya. Boleh faham.
Tengok rupa, tak adalah cantik sangat kan? Tu sis akui…TAPI, sedap amat tauuu! Tak tipu! Bilis yang garing tambah kesedapan saat kita mengunyah cucur tu.
Cucur bilis kentang ini juga biasanya sis akan letak sekali dengan bawang besar, nak bagi lagi manis. Tapi kalau anak kecil tak suka bawang, tak payah letak. Nak tambah umph, tambah hirisan cili padi.
Cucur Bilis Ini jadi Kegemaran Tetamu
Cucur bilis kentang sis ini juga pujaan ramai tau. Hihi. Anak-anak sedara pun suka. Yang pelik, boleh pulak dorang makan bawang kat dalamnya. Atau orang konfius dengan kentang tu ke..ntah lah.
Cucur ini mudah sangat disediakan. Kalau tetamu tiba-tiba datang, inilah yang selalunya sis sajikan. Bahan konfim ada kat rumah. Kalau nak tau, ada beberapa kawan suami yang rupanya suka dengan cucur udang versi sis ni tau. Siap suruh isteri dorang belajar dengan sis.
Ehh..tak ada rahsia pun…yang penting kena gigih sikit sebab kena letakkan ikan bilis itu di bahagian atas tepung yang kita sudukan itu bila kita nak goreng. Renyah sikit laaaa.
Sis juga suka bentuknya leper kerana akan buat ia lebih garing berbanding bulat. Tak apa rupa hodoh asal rasa sedap! Selamat mencuba!
NURUL ASHILA BINTI KHALID
June 24, 2022 at 11:59 amSedapnyeeeee
nettyahhiyer
July 5, 2022 at 6:28 amSedapnya kak.. saya kalau buat cucur sokmo tak jadi.. nanti nak try resepi kak wa.