Singgang Kepah ini memang cukup mudah dimasak. Bahkan, bahan yang diperlukan juga amat ringkas. Yang penting, ia menyihatkan!
Bila dah kerja sendiri, nak shopping pun tak perlu tunggu hari minggu. Bahkan Sis Wawa suka shopping waktu hari kerja. Sebab orang tak terlalu ramai sangat. Stres juga kalau sesak. Kalau nak shopping barang hiasan rumah, biasa sis Wawa akan ke IKEA Damansara. Banyak pilihan di sana yang tentunya ‘up to date’ dengan harga berpatutan.
Hari ini, balik shopping, lapar pulak tapi nak yang simple saja. Tengok ada stok kepah dalam peti ais. Teringin nak masak singgang. Korang pernah try masak singgang guna kepah? Biasa kita dengar singgang ikan dan singgang daging kan? Try lah. Sedap tau.
Singgang Kepah Super Mudah
Bahan-bahan Singgang Kepah:
1kg kepah- bersihkan
2 biji bawang merah kecil – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 labu bawang Bombay – hiris
2 inci kunyit hidup – hiris
1-2 inci lengkuas – hiris kasar/ketuk
1 batang serai
4 batang cili padi – pilihan
1 keping asam gelugur
Air
Sedikit mushroom seasoning – pilihan
Garam
Cara Memasak Resepi Singgang Kepah:
Masukkan air secukupnya ke dalam sebuah periuk. Seeloknya gunakan air bertapis. Setelah itu, terus saja masukkan hirisan kunyit hidup, bawang merah, bawang besar, bawang putih, lengkuas, serai yang diketuk dan asam gelugur.
Masak hingga air menggelegak dan kuah bertukar kekuningan.
Setelah itu, bolehlah dimasukkan kepah yang siap dibersihkan. Kemudian, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit mushroom seasoning (pilihan).
Semak rasanya apakah sudah cukup masam dan masinnya. Kalau suka lebih masam, tambah asam gelugur. Masukkan juga cili padi jika ingin rasa pedas (pilihan).
Biarkan ia mereneh dan bila cengkerangnya terbuka, menandakan kepah itu sudah masak.
Setelah itu bolehlah tutup api. Sedia dihidangkan dengan nasi putih. Atau boleh juga diratah begitu saja. Sedap!! Untuk orang diet pun sesuai ni tau sebab tak gunakan minyak.
Ekstra! Pastikan beli kepah yang segar, barulah terasa manis kepahnya bila dimasak nanti.
Singgang, Masakan Sihat
Kalau sebut ‘singgang’, dah terbayang akan negeri pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Di negeri-negeri itulah masakan ini terkenal.
Sis Wa berasa dari negeri Terengganu. Jadi, daripada kecil sudah diajar makan singgang. Digandingkan pula dengan budu..pehh!!!
Selalunya ikan tongkol atau ikan aye yang dimasak singgang. Selain itu, daging juga sedap dimasak singgang. Namun, sebenarnya macam-macam boleh dimasak singgang termasuklah makanan laut seperti ketam, sotong dan kepah.
Tip Beli Kepah
Berikut ialah tips untuk memilih kepah:
-Pilih kepah yang didinginkan atau disimpan di atas air batu.
– Jangan pilih kepah yang cengkerangnya retak atau pecah.
– Pilihlah isi kepah yang berwarna seperti mutiara dan sedikit atau tidak berbau.
Khasiat Kepah
Kepah (Polymesoda erosa) atau ada yang memanggilnya sebagai Siput Gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan. Ia kaya akan protein, zat besi, seng, magnesium, dan vitamin B12.
Awas Bagi Yang Ada Elergi!
Kepah adalah salah satu alergen makanan yang paling umum. Ia memiliki campuran rasa manis hingga masin, tekstur lembut tergantung pada jenis dan jenis memasaknya.
Seperti tiram, udang, ikan dan makanan laut lainnya, kepah juga boleh menyebabkan alahan atau alergi. Jika anda memiliki alergi, maka sebaiknya harus elakkan makan kepah.
Alergi tidak hanya menyerang orang dewasa, tetapi juga boleh terjadi pada kanak-kanak.
Dalam beberapa kes, alergi terhadap makanan laut dapat menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa. Oleh itu, penting untuk mengenali gejalanya dan dapatkan rawatan segera jika kesan itu terjadi.
Gejala alergi biasanya akan muncul dalam beberapa minit atau satu jam setelah makan. Gejala tersebut boleh berupa gejala yang ringan, sederhana atau berat.
Wanita hamil dan menyusu, anak kecil, orang tua, dan orang dengan sistem kekebalan yang lemah (seperti pesakit HIV/AIDS, kanser, dan diabetes) diharuskan untuk menggelakkan kepah mentah atau kepah yang tidak dimasak dengan betul.
Manfaat Kepah Dari Sudut Kesihatan
Berikut ini adalah beberapa manfaat kerang kepah bagi kesihatan.
Tingkatkan Kekebalan Tubuh
Kepah mengandung mineral penting lainnya yakni seng. Mineral ini bermanfaat untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Mineral ini diperlukan untuk mengembangkan sel yang membentuk pertahanan sistem kekebalan tubuh.
Selain itu, seng juga dapat berperanan sebagai antioksidan yang boleh membantu melindungi tubuh kita daripada kerosakan akibat peradangan.
Bantu Turunkan Berat Badan
Kepah termasuk makanan yang rendah kalori dan tinggi protein. Oleh itu, dengan memakan kepah ini sangat baik untuk yang ingin menurunkan berat badan.
Selain itu, ia juga mengandungi asid lemak Omega-3 yang dapat membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Dengan memakan kepah, ia dapat mencegah kita mengambil kalori berlebihan, seterusnya membantu menurunkan atau mempertahankan berat badan.
Baik Untuk Otak
Kepah mengandungi vitamin B12 dan asid lemak omega-3 yang baik. Kadar vitamin B12 dan Omega-3 yang tidak mencukupi dalam darah dapat meningkatkan risiko untuk mengalami masalah perkembangan otak pada anak-anak dan masalah dengan fungsi otak yang sihat pada orang dewasa.
Cuba resepi ini juga: Kepah Masak Cili Mentega
ila
February 3, 2023 at 8:51 pmnyaman nih.
wawaazwa
February 10, 2023 at 8:48 pmSedap dooh kata orang Terengganu 🙂
Myzan
February 5, 2023 at 9:40 pmselama ni main kaut jer kalau beli kepah. rupanya kena pilih jangan amik yang pecah. baik, terima kasih.
wawaazwa
February 10, 2023 at 8:48 pmBetul tu…kena pilih yang segar…baru rasa manisnya.