Buffet Ramadhan 2023, Fairfield By Marriott Sajikan Aneka Masakan Asli Melayu

Buffet Ramadhan 2023, Fairfiled By Marriott Sajikan Aneka Masakan Asli Melayu

Buffet Ramadhan 2023, Fairfield By Marriott Sajikan Aneka Masakan Asli Melayu. Tak lama lagi Ramadhan bakal menjengah tiba. Tentu seluruh umat Islam teruja untuk menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan itu kan?

Bulan itu ditunggu-tunggu kerana pada bulan itulah tiap kebaikan yang dibuat akan digandakan pahalanya.  Masing-masing sedaya upaya akan tingkatkan amal ibadah masing-masing.

Selain itu, sudah pasti ibadah puasa yang akan mengajar umat Islam erti kesyukuran dan pengorbanan kerana menahan diri daripada lapar dan dahaga.

Buffet Ramadhan 2023

Buffet Ramadhan 2023, Fairfiled By Marriott Sajikan Aneka Masakan Asli Melayu

Antara saat yang paling dinanti sudah tentunya saat iftar atau berbuka puasa. Pasti pelbagai juadah ingin dinikmati. Selera pun lain macam bila seharian berpuasa kan. Kalau boleh, semua nak makan.

Selain masak atau beli makanan di bazaar Ramadhan, rakyat Malaysia juga gemar berbuka puasa di luar. Contohnya bersama rakan niaga dan kawan-kawan.

Bahkan ada kalanya, nak juga bawa famili berbuka di luar terutamanya bila hujung minggu. Yelah, tak perlulah isteri /mak penat masak.

So, banyak kafe dan hotel yang menawarkan pelbagai buffet Ramadhan termasuklah Fairfield by Marriott ini.

Tema Serambi Selera di Restoran Lesung

Buffet Ramadhan 2023, Fairfiled By Marriott Sajikan Aneka Masakan Asli Melayu

Fairfield by Marriott Kuala Lumpur akan menyediakan buffet Ramadhan daripada 24hb Mac 2023, Jumaat, hingga 19hb April 2023 bertempat di Lesung.

Ia menawarkan buffet iftar yang pastinya bakal memenuhi cita rasa semua.  Dengan suasana yang selesa dan santai dan seleksi makanan yang pelbagai, tentu dapat memuaskan hati para pengunjung.

Fairfield Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pahang, hanya lima minit berjalan kaki daripada stesen monorail and LRT. Jadi, kalau risau terperangkap di dalam jem, boleh ke sana dengan menaiki pengangkutan awam itu. Mudah dan cepat.

Selain itu, bertemankan panorama indah Kuala Lumpur, pasti seronok menikmati iftar bersama keluarga dan rakan taulan.

Surau Selesa di Level S

Selain makanan yang sedap, suasana yang selesa, surau juga turut dititikberatkan saat berbuka puasa di luar.

Jangan risau, di Fairfield, tersedia surau yang luas dan cukup selesa untuk membolehkan para pelanggan menunaikan solat dengan selesa. Boleh nampak view KLCC lagi tau daripada surau.

Antara Daya Tarikan Buffet Ramadhan 2023

Selain pelbagai lauk-pauk yang sedap seperti gulai ikan tenggiri tempoyak, sambal udang petai, nasi minyak nusantara, aneka masak lemak, aneka kerabu, aneka kuih-muih dan manisan, turut dihidangkan asam pedas ekor lembu belimbing buluh dan Sup gearbox yang merupakan antara tarikan utama.

Selain itu, sudah tentu tak sempurna kalau Ramadhan tanpa bubur lambuk. Jadi, bubur lambuk juga turut tersedia di soup station bersama aneka sup lain.

Terdapat juga stall lain termasuk durian dan buahan tempatan termasuklah durian D24 yang pastinya akan jadi tarikan utama nanti.

Bila Dan Berapa Harga Buffet Ramadhan 2023?

Serambi Selera 2023, di Lesung Fairfield by Marriott Kuala Lumpur akan bermula pada 24 Mac 2023 hingga 19 April 2023 Para tetamu akan berpeluang untuk menikmati pelbagai juadah tradisi Melayu yang lazat-lazat belaka dengan harga RM. RM148nett (dewasa) and RM78nett (kanak-kanak) berumur 5 – 11 tahun.

Namun, berita baik untuk yang menempah awal, boleh jimat RM40 dengan harga RM108nett
(dewasa sahaja)
. Para tetamu juga dinasihatkan untuk membuat tempahan dan RSVP tiga hari sebelumnya.

Untuk RSVP, boleh hubungi  03-2777 7777 (ext.747) atau WhatsApp +60 10-760 5455 / +60 18-918 7561 (Mr. Saiful – Restaurant Manager)

website https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulfi-fairfield-kuala-lumpur-jalan-pahang/dining/

1 Comment

  1. Wah! dah ada yang buka tempahan untuk iftar. menarik ni. menu yang disajikan pun nampak sedap. kena cuba nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *