Resepi Cendawan Enoki Goreng

Resepi Cendawan Enoki Goreng

Resepi Cendawan Enoki Goreng

resepi cendawan enoki goreng

Bahan-bahan:

2 pek cendawan enoki – potong
Tepung goreng serba guna BESTARI
Sedikit Air
Lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak Resepi Cendawan Enoki Goreng:

Resepi Cendawan Enoki Goreng

Mula-mula, potong cendawan kepada saiz yang dikehendaki. Berhati-hati kerana ia mudah terlerai.
Dalam satu mangkuk, masukkan tepung Bestari dengan sedikit air. Kacau rata. Kemudian masukkan sedikit serbuk lada sulah. Kacau lagi.

Ambil cendawan Enoki dan celupkan ke dalam adunan tepung dan air tadi.

Resepi Cendawan Enoki Goreng

Setelah itu, masukkan ke dalam tepung yang kering. Biarkan tepung bersalut sepenuhnya pada cendawan.

Panaskan minyak di dalam kuali dan bila minyak benar-benar panas, bolehlah masukkn satu persatu cendawan enoki. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.

Resepi Cendawan Enoki Goreng

Siap!! Sedap dimakan sebagai kudapan ringan atau boleh dijdikan lauk tambahan untuk dimakan dengan nasi.

Resepi Cendawan Enoki Goreng Viral dan Simple

Resepi Cendawan Enoki Goreng

Mudah je kan nak membuat resepi Cendawan Enoki Goreng ni kan. Bahan pun tak banyak dan tak susah pun nak dapat. Hanya gunakan tepung serba guna bestari. Senang kan?

Bila dah viral, sis Wa pun try lah juga membuatnya sendiri. Memang sedap. Anak pun suka. Ratah macam tu je dah sedap.

7 Khasiat Cendawan Enoki?

Resepi Cendawan Enoki Goreng

Korang sebenarnya dah biasa dengar tak tentang cendawan enoki ni? Bubuh dalam tomyam  dan sup pun sedap tau.

Di negara kita lebih dikenali dengan nama cendawan jarum emas atau cendawan musim sejuk.

Cendawan yang turut dikenali dengan nama Flammulina velutipes ini merupakan sejenis kulat yang boleh dimakan. Ia berasal dari negara China, Jepun dan Korea.

Cendawan ini mula mendapat tempat dan digunakan dalam banyak resepi seperti goreng celup tepung, dicampur dalam sambal tumis, dicampur dalam tomyam, goreng dengan sos tiram dan macam-macam masakan lain-lain lagi.

Kiranya cendawan enoki ini dah popular di kalangan rakyat di negara kita ni.

Selain sedap, tahu tak apa khasiatnya? Cendawan merupakan kulat yang baik untuk badan kita. So, jangan lupa selepas ini masukkankan dalam masakan cendawan enoki sekali tau.

Ha….tinggi tau khasiat yang terkandung dalam cendawan ini. Antaranya:

1.Cendawan Enoki Rendah Kandungan Kalori

Kandungan kalori dalam cendawan enoki hanya 20 kal dan sangat sesuai bagi korang yang sedang dalam proses diet. Misalnya, dijadikan kudapan waktu lapar. Boleh cuba resepi yang dikongsikan di atas ni ye.

2.Kuatkan Sistem Imun

Cendawan enoki mempunyai khasiat terbaik untuk menguatkan sistem imun dalam badan kita. Setiap orang memerlukan bekalan nutrien yang mencukupi untuk menghasilkan pertahanan terhadap bakteria dan penyakit.

Butang putih cendawan meningkatkan kematangan sel-sel sistem imun yang dipanggil ‘sel dendritik’, daripada sumsum tulang.

3.Tinggi Kandungan Kalsium Dan Fosforus

Kandungan kalsium dan fosforus dalam cendawan enoki sangat tinggi dan baik untuk memperkuatkan tulang dan gigi.

4.Membantu Hilangkan Lemak Perut

Ada yang menghadapi masalah perut buncit? Nak kempiskan perut yang boroi? Cuba tukarkan lauk harian dengan enoki!

Cendawan ini mengandungi asid linoleik, sejenis makronutrien yang amat penting untuk badan. Malah, makronutrien ini juga dapat mengurangkan lemak di perut yang menjadi punca buncit!

5. Mencegah Anemia

Cendawan enoki boleh dijadikan sebagai sumber besi yang baik yang dapat diserap oleh tubuh dalam pembentukan sel darah merah terutamanya kepada pesakit anemik yang dicirikan mempunyai tahap rendah besi dalam badan yang boleh menyebabkan pelbagai masalah.

6. Bantu Melawan Kanser Atau Tumor

Ekstrak cendawan ini boleh membantu menghalang pertumbuhan sel kanser payu dara. Ekstrak ini juga turut boleh mematikan sel-sel kanser payudara dan menghalang pembentukan koloni sel kanser.

7.Dapat Bantu Kawal Gula Dalam Darah

Cendawan ini mengandungi banyak serat. Tak dinafikan, serat memiliki banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Antaranya, serat dapat mengurangkan kolesterol dalam badan dan mengawal kadar gula dalam darah. Jadi, cendawan ini sangat sesuai dimakan oleh pesakit diabetes type 2.

Seterusnya dapat mengurangkan kesan insulin sambil mengehadkan pengumpulan lemak dalam badan.

Bila dah tau macam-macam khasiat cendawan ni, jangan lupa masukkan ia dapat diet harian korang ye.

Foto: Pexels, Freepik dan koleksi peribadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *