Nina Mirza Buktikan Suri Rumah  Mampu Berjaya Jadi Blogger Hebat

Nina Mirza Buktikan ESuri Rumah Bolewg Berjaya Jadi Blogger Hebnat

Nina Mirza buktikan suri rumah mampu berjaya jadi blogger hebat. Asalnya tulis blog untuk isi masa lapang atau saar dia ber’me time’.

Tapi siapa sangka, suri rumah dan ibu kepada lima anak ini mampu menempatkan dirinya sebagai salah seorang blogger terkenal terutama berkaitan masakan. Bahkan berpeluang berkerja sama dengan pelbagai brand/client yang ternama. Hebatkan?

Ha…siapa belum kenal si empunya diri yang kecil molek dan awet muda ini bolehlah ke blognya  Nina Mirza .

Nina Mirza Serius Berblog Lepas Berhenti Kerja

Nina Mirza

Nina mula menulis blog sejak 2011 selepas berhenti kerja dan kini fulltime blogger yang gemar kongsikan perihal resipi, tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel, review produk dan event.

Blog Nina berkonsepkan resepi yang mudah, simple, cepat dimasak. Kalau resepi kek, Nina suka kongsikan resepi sukatan cawan, tanpa bakar, tanpa mixer yang mudah untuk beginner.

Tak hairan lah Resepi Kek Pisang Viral Nina Mirza cukup popular. Kat memana group resepi merata orang share! Sampai gambar pun kena kipnap.

Buat yang kenali Nina Mirza sejak awal dia blogging, blog Nina dulu ala-ala rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan hanya kongsi resepi aje, agak bosan tapi kini kat blog Nina Mirza lebih versatile.

Nina dah keluar kepompong , dah mula berkongsi tentang tentang diri sendiri, pengalaman mengandung bersalin, tentang tips kewanitaan, tentang kecantikan, tentang parenting, review produk, food review, tempat cuti-cuti sekolah yang menarik, dan macam-macam lagi laaa…. Menarik!

Rekemen korang yang belum kenali Nina Mirza  follow dan lepak santai baca blog Nina. Korang boleh cuba pelbagai resepi mudah dari Nina Mirza.

Menulis Blog Waktu Me Time

Biasanya Nina menulis sebelum tidur, semasa pantau anak tuisyen or sikit-sikit draft masa dalam kereta time tunggu anak balik sekolah. Kadang tu weekend sebab waktu weekend anak-anak semua sibuk menembak. So ni lah masa Nina spend my me time.

Blogging memang bukan mudah,  struggle tapi sebab passion, satu kepuasan bila dapat share content daripada hati dengan pembaca.

Husband Nina paling sporting sebab sentiasa menggalakkan apa saja minat Nina. Husband Nina banyak bantu uruskan kerja rumah, bantu tengokkan anak. So ruang yang ada Nina manfaatkan dengan menulis blog.

Dapat Job Review Client Ternama

Nina Mirza

Jangan tak tahu, husband Nina lah tulang belakang Nina. Dia lah photographer yang selalu snapkan gambar.

Pernah collaborate dengan projek-projek review berjenama seperti Cosmoderm,  McDonald’s, Dumex Dugro, Marmite,Regency Hotel, Cherating Beach Resort, Safi Rania Gold, Yeo’s, Watsons, Legoland, Himalaya, Kidzania,  HardRock Café KL,  Lembaga Zakat Selangor, Aman Palestine, Seng Heng, Nano White, Traveloka, PTPTN,  Zoo Negara, Deeja Cosmetic, Ephyra, Enchanture dan banyak lagi.

Antara Anugerah Diperoleh:

2016–Memenangi Pertandingan SEO Minyak Herba Asmak  Mujarab – saguhati

2017–Memenangi Pertandingan SEO Bedak Asmak – saguhati

2018- Dipilih sebagai duta kecil produk Marmite untuk iklan ‘cooking with Marmite ‘X

foodblogger’

2019- present  Kerjasama dengan projek-projek Kolaborasi bersama McDonalds, Cetaphil,

Lazz Susu Kambing Omar Hana,KFC Malaysia, STEM Academy dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *