AKPK, Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kewangan. Bantu Atur Semula Kewangan secara Percuma

AKPK, Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kewangan. Bantu Atur Semula Kewangan secara Percuma

AKPK, agensi kaunseling dan pengurusan Kewangan, bantu aturkan kewangan. Ia salah satu agensi di bawah Kementerian Kewangan. Khidmat bantuan yang diberikan adalah percuma.

Sebenarnya sis Wawa tahu tentang agensi ini lebih 10 tahun lalu. Masa itu kerja di majalah. Pernah mereka datang ke pejabat untuk berkongsi info tentang ini dan pernah jadi client syarikat kami dulu.

Rupanya masih ramai yang tak tahu bahawa agensi ini mampu membantu mereka yang mempunyai hutang lapuk, yang tak mampu lagi mereka selesaikan komitmen itu secara bulanan. Dengan pertolongan AKPK, penghutang dapat mengatur balik hutang-hutang mereka dengan pihak pemiutang. Tapi, dalam tempoh itu, biasanya 10 tahun, mereka tak boleh buat sebarang bentuk pinjaman.

Apa Itu AKPK?

AKPK

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu individu yang menghadapi masalah hutang dan kewangan. Tujuan utama AKPK adalah untuk memberi khidmat nasihat, penyelesaian, dan bimbingan kepada individu yang berhutang, supaya mereka boleh menguruskan hutang mereka dengan lebih berkesan.

AKPK menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk kaunseling kewangan, perancangan kewangan, dan penyusunan semula hutang. Mereka bekerjasama dengan pihak bank dan institusi kewangan untuk membantu individu mencapai penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan kewangan mereka.

Salah satu program terkenal yang dikelola oleh AKPK adalah Program Pengurusan Kredit (DMP), di mana individu dapat menyusun semula hutang mereka supaya lebih mudah untuk dibayar.

Jadi, AKPK adalah agensi yang membantu individu yang berhutang dan berusaha untuk mengurangkan tekanan kewangan mereka melalui khidmat nasihat dan penyelesaian yang sesuai.

4 Faktor Penyebab Belanja Berlebihan

AKPK, Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kewangan. Bantu Atur Semula Kewangan secara Percuma

 

Gaya hidup

 

 

Membeli barangan hanya semata untuk mendapat perhatian orang lain boleh menjadi kesilapan yang mahal. Sentiasa berbelanja ikut kemampuan.

 

Tren Sosial

.

 

Dalam beberapa tahun yang lepas, media sosial dan pempengaruh telah membawa kesan kepada tabiat pengguna Malaysia. Ini membentuk pemahaman lemah mengenai tabiat kewangan jangka panjang

 

Kurang Kesabaran & Tamak

 

Ada orang yang tidak sabar untuk membina kekayaan dan orang menjadi tamak serta terpesona dengan skim cepat kaya hinggakan kehilangan wang begitu sahaja.

 

Keadaan Tak Diduga

 

 

 

 

Walaupun sudah laksanakan setiap langkah beringat, adakalanya perkara berlaku di luar kawalan anda. Masalah menjadi cukup kritikal hingga anda kehabisan wang simpanan.

 

Kad Kredit

 

-Hanya membayar baki minimum setiap bulan

-Menambah kepada baki belum jelas setiap bulan

-Mencecah had kredit anda

-Kerap memohon pendahuluan tunai

-Terlepas bayaran bil dan lewat membayar bil

-Kad kredit dibatalkan oleh pengeluar kad

Fungsi AKPK

Peranan agensi ini ialah untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran pengurusan wang yang baik agar mereka dapat menjalankan kehidupan dengan kredit yang terurus menggunakan tiga (3) perkhidmatan teras yang berikut:

  1. Pendidikan Kewangan
  2. Khidmat Nasihat Kewangan
  3. Program Pengurusan Kredit

Pendidikan Kewangan

AKPK menyediakan program pendidikan kewangan, bahan-bahan dan khidmat nasihat dalam pengurusan wang dan penggunaan kredit yang betul.

Di samping itu, AKPK juga menawarkan modul-modul yang memenuhi keperluan kewangan khusus kepada empat (4) peringkat kehidupan, iaitu pengajian tinggi, permulaan pekerjaan, famili dan juga persaraan.

Ramai yang terbelit hutang walau pun usia masih muda. Misalnya hutang kad kredit. Antaranya disebabkan tak bijak dalam menguruskan kewangan diri sendiri. Terlalu ingin menonjolkan kehidupan yang mewah sedangkan ia di luar kemampuan. Perbelanjaan melebihi pendapatan.

Terdapat banyak laporan lain menunjukkan golongan muda mengamalkan tabiat kewangan yang buruk. Pada tahun 2015, sebuah tinjauan yang tertumpu kepada golongan Gen Y oleh Institut Kewangan Asia melaporkan bahawa 70% daripada pemilik kad kredit hanya membuat bayaran bulanan wajib manakala 45% tidak membayar pinjaman mereka pada suatu masa tertentu.

Menurut rekod AKPK, lebih daripada 50% pelanggan Program Pengurusan Kredit berusia 40 tahun dan ke bawah. Mengikut Jabatan Insolvensi Malaysia, seramai 64,632 orang rakyat Malaysia berumur 18 hingga 40 tahun telah diisytihar muflis dalam masa lima (5) tahun yang lepas.

Semakin ramai yang menggunakan produk kewangan seperti kad kredit dan pinjaman peribadi secara tidak bijak. Lebih daripada 80% pelanggan AKPK yang menghadapi kesusahan kewangan melibatkan produk kewangan tersebut dan, 40% daripadanya berpunca daripada perancangan kewangan yang lemah. Oleh itu, masih ramai yang tidak mempunyai pendidikan kewangan yang mencukupi untuk menguruskan kewangan sendiri dan menggunakan produk kewangan.

Celik ilmu kewangan adalah kemahiran hidup yang berharga semasa membuat keputusan melibatkan kewangan. Ini termasuk mendapatkan kad kredit, membuat pinjaman pengajian, membeli kereta atau rumah, dan juga memilih pelan perlindungan atau persaraan.

Nasihat Kewangan

Melalui Khidmat Nasihat Kewangan AKPK, pelanggan kami dapat memahami prinsip kewangan penting, kenal pasti cara terbaik mengatasi hutang kewangan, mengubah tabiat pengurusan wang yang tidak berkesan dan merancang untuk mencapai matlamat kewangan mereka.

Jadual Khidmat Nasihat Kewangan

Perkhidmatan ini disediakan di semua cawangan AKPK di seluruh negara dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Harap maklum bahawa pejabat ditutup semasa cuti umum.

 

Cawangan Hari  

Masa

 

Semua cawangan AKPK Isnin – Jumaat 9 pagi – 4.30 petang

 

Kota Bahru dan Kuala Terengganu Ahad – Khamis 9.00 pagi – 4.30 petang

Pengurusan Kredit

Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai yang hilang punca pendapatan atau kurang jumlah pendapatan sedangkan setiap bulan ada hutang-hutang yang perlu dibayar.

Malah, ada hutang yang tertunggak hingga mulai rasa tekanan akibat sukar membayar balik hutang. Tidur tak lena memikirkan bank-bank yang asyik menelefon.

Guna formula 3A untuk mengatasi masalah hutang tidak terurus:

Akui

Bahawa anda mempunyai hutang yang tidak terurus.

  • Jangan terus menafikannya. Akui bahawa anda menghadapi masalah
  • Jangan tambah beban hutang, iaitu termasuk membuat pembayaran barangan atau perkhidmatan guna kad kredit

Analisa

Buat Analisa mengenai keadaan anda untuk menilaikan kedudukan kewangan anda.

  • Kumpul semua penyata pinjaman untuk tentukan jumlah hutang setepat mungkin
  • Bandingkan jumlah bayaran balik hutang anda dengan pendapatan
  • Utamakan bayaran balik hutang anda. Langsaikan pinjaman tertunggak dan hutang yang berkadar faedah paling tinggi terlebih dahulu

Ambil Tindakan

Pembetulan dengan segera.

  • Sediakan belanjawan jika belum ada. Belanjawan ini harus masukkan pembayaran balik hutang bulanan yang perlu sebagai perkara pertama dalam perbelanjaan anda
  • Pertimbangkan sama ada wajar untuk gunakan simpanan atau mencairkan asset pelaburan untuk kurangkan hutang
  • Kurangkan perbelanjaan anda.
  • Carilah cara untuk meningkatkan pendapatan, contohnya dengan mengambil kerja sambilan.
  • Ambil langkah proaktif untuk merundingkan semula syarat-syarat pinjaman dengan pihak pemberi pinjaman anda dan usahakan pelan pembayaran balik yang bersesuaian dengan aliran wang anda.
  • Satukan hutang-hutang anda dengan menggabungkan kesemuanya menjadi satu pinjaman dengan kadar faedah yang tunggal.
  • Pilih untuk mengisytihar muflis, sebagai usaha terakhir.
  • Jika pemberi pinjaman tidak dapat membantu, dapatkan khidmat nasihat kami melalui Program Pengurusan Kredit kami (PPK). PPK merupakan program tersuai yang menggunakan khidmat penasihat kredit kami untuk membantu anda membentuk sebuah pelan pembayaran balik kredit yang disesuaikan melalui rundingan dan dengan persetujuan daripada pemberi perkhidmatan kewangan anda. Perkhidmatan ini disediakan secara PERCUMA

Namun, mungkin kewangan anda sudah terlalu sukar hendak diperbetulkan sendiri. Dah tak nampak ‘jalannya’.

Maka, salah satu cara adalah dengan menyertai program di bawah AKPK ini. Agensi ini bersedia untuk membantu anda mengharungi segala kesukaran kewangan dengan Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Baca ini juga: Faraid Dan Harta Pusaka

Proses Permohonan Sertai Program Pengurusan Kredit

1.Permohonan PPK

  • Untuk memohon sila ke borang atas talian kami di pautan ini di sini.
  • Pilih ‘Individu/Empunya tunggal/PKS’
  • Pilih ‘Individu/Empunya Tunggal’
  • Isikan borang pendaftaran
  • Selepas pendaftaran, pelanggan akan mendapat emel pengaktifan
  • Klik pautan dalam emel pengaktifan dan lengkapkan proses permohonan
  • Pelanggan perlu memberikan salinan nombor kad pengenalan dan bukti pendapatan. Bagi pelanggan yang bekerja sendiri, mereka perlu menyediakan akuan berkanun tentang pendapatan, CCRIS terkini dan mana-mana dokumen guaman, jika ada.

2.Khidmat Nasihat

  • Penasihat kewangan AKPK akan menghubungi anda dan menemuduga melalui telefon.
  • Setelah pendaftaran PPK diluluskan, pelanggan perlu membayar bayaran pertama sebelum PPK dapat diaktifkan.

3.Pembayaran PPK

  • Pelanggan wajib membayar ansuran PPK tepat pada masanya.
  • Pembayaran boleh dibuat melalui cara-cara berikut:
  1. Bayaran melalui Portal Pelanggan (FPX)
  2. Maybank2u.com
  • Apakah perkara yang menentukan PPK yang berjaya?
  1. Ketekadan dan semangat yang kukuh untuk mendapat kawalan ke atas hutang dan meneruskan kehidupan
  2. Disiplin dalam membuat pembayaran secara berkala
  3. Penyesuaian gaya kehidupan
  4. Kesanggupan untuk berkorban demi kebebasan hutang pada masa depan

4.Penjelasan Kredit Sepenuhnya di bawah PPK

  • Pelanggan akan tamat PPK apabila selesai menjelaskan semua hutang, lebih awal atau mengikut jadual.

5.Penamatan PPK

  • PPK akan ditamatkan serta merta sekiranya pelanggan gagal membayar ansuran bulanan
  • Pelanggan dapat menamatkan penyertaan daripada PPK selepas tempoh satu (1) tahun.
  • PPK akan ditarik semula sekiranya mendapat pemberitahuan mengenai kemuflisan atau kematian peserta PPK.

6.Kesan Menyertai PPK

  • Tidak dibenarkan menggunakan kredit sedia ada (jika ada)
  • Kelulusan kad kredit baharu semasa berada dalam PPK tertakluk kepada budi bicara penyedia perkhidmatan kewangan pelanggan.

(Sumber: https://www.akpk.org.my/)

Siapa Yang Layak Mohon?

AKPK, Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kewangan. Bantu Atur Semula Kewangan secara Percuma

Bantuan Pengurusan Kredit AKPK adalah terbuka kepada individu yang menghadapi masalah kewangan dan ingin menguruskan hutang mereka. Individu yang layak termasuklah:

  1. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia.
  2. Individu yang berusia 18 tahun ke atas.
  3. Individu yang mempunyai masalah kewangan yang serius seperti masalah hutang kredit peribadi, pinjaman kenderaan, kad kredit, atau pinjaman lain yang berkaitan.
  4. Individu yang mampu membayar ansuran bulanan berdasarkan perjanjian yang dicadangkan oleh AKPK.

Individu yang ingin memohon bantuan pengurusan kredit AKPK boleh menghubungi mereka secara terus untuk maklumat lanjut mengenai proses permohonan dan syarat-syarat yang diperlukan.

Baca ini juga: Emas 916

Foto: Pexels

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *