Wang Tidak Patuh Syariah. Boleh Salurkan Ke Baitulmal MAIS

Wang Tidak Patuh Syariah. Boleh Salurkan Ke Baitulmal MAIS

Wang Tidak Patuh Syariah. Boleh Salurkan Ke Baitulmal MAIS. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baru-baru ini telah melancarkan Kempen Bulan Kesedaran Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitulmal MAIS.

Sis Wawa rasa teruja sungguh bila berkesempatan untuk hadir sama di majlis pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitulmal MAIS 2023, di Dewan Syarahan & Muzakarah Islam Masjid Negeri Shah Alam.Ramai yang hadir ke majlis tersebut.

Wang Tidak Patuh Syariah. Boleh Salurkan Ke Baitulmal MAIS

Menerusi kempen itu yang bermula 15 November sehingga 13 Disember 2023, MAIS mengajak orang ramai untuk membersikan harta yang diperolehi agar kehidupan yang dilalui penuh dengan keberkatan.

MAIS juga berharap agar masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memastikan setiap aktiviti atau perniagaan yang diceburi adalah bertepatan dengan hukum syarak.

Majlis Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah

Wang Tidak Patuh Syariah. Boleh Salurkan Ke Baitulmal MAIS

Majlis Perasmian Seminar Harta Halal Harta Berkat dan Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitulmal MAIS Tahun 2023 ini telah disempurnakan oleh Y.A.D Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.

Menurut beliau, pada tahun lalu, Baitulmal hanya berjaya kumpul 1.8 juta (wang tak patuh syariah), ia dikira masih sikit dibanding dengan keseluruhan populasi di Negeri Selangor. Mungkin kesedaran belum menyeluruh dan masih ramai yang alpa mengenai keberkatan harta yang dicari.

Terlebih dahulu, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor.

Dua Panel Jemputan Yang Hebat

Wang Tidak Patuh Syariah. Boleh Salurkan Ke Baitulmal MAIS

Dua orang panel hebat telah dijemput untuk berkongsi tentang topik-topik yang berkaitan iaitu Dr. Abdul Rahman bin A. Shukor, daripada UM yang membentangkan topik bertajuk “Keberkatan Harta Dalam Kehidupan”.

Manakala panel kedua ialah Dr. Haji Zaharuddin Hj Abdul Rahman, Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdn Bhd yang berkongsi tentang “nstrumen Pengurusan & Perniagaan Patuh Syariah”.

Sesi ceramah keduanya penuh informatif dan banyak ilmu yang telah dikongsikan dengan para hadirin.

Beri Kesedaran Kepada Masyarakat Tentang Wang Tidak Patuh Syariah

MAIS Lancar Bulan Kesedaran Wang Tidak Patuh Syariah

Mungkin masih ramai yang tidak tahu mereka boleh menyalurkan wang tidak patuh syariah itu kepada Baitulmal MAIS.

Sebagai sebuah organisasi ulung yang bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta-harta orang Islam, MAIS berperanan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seluruh umat Islam betapa pentingnya mengurus harta dengan sempurna berlandaskan hukum syarak.

Semoga kempen ini dapat memberikan lebih pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan untuk memastikan pendapatan dan harta yang dimiliki itu halal untuk hidup berkat.

Baca ini juga: Bulan Faraid dan Harta Pusaka 

Pentingnya Penyucian Harta Daripada Wang Tidak Patuh Syariah

Rasanya semua umat Islam sedia maklum, untuk hidup diberkati, wajib untuk kita memastikan pendapatan dan harta yang kita miliki adalah daripada sumber yang halal. Begitu juga, sebagai ibu bapa, wajib pastikan kita menyediakan keperluan anak-anak kita seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang halal. Jangan sesekali pandang mudah ye.

Bayangkan kalau kita makan dan minum dan pakai daripada sumber yang tak patuh syariah dan tak halal, ia kemudiannya akan menjadi darah daging kita dan keturunan kita. Ia akan memberi kesan kepada amal ibadah kita. So, jangan ambil mudah soal ini!

Peluang Untuk ‘Sucikan’ Wang Tak Patuh Syariah

Wang Tidak Patuh Syariah. Boleh Salurkan Ke Baitulmal MAIS

Sebagai manusia, kita bukan maksum dan tak terlepas daripada berbuat dosa dan kesilapan. Begitu juga, mungkin ada yang pernah terlibat dalam perkara-perkara yang melibatkan wang tak patuh syariah. Tentu hidup tak tenteram dan dibayangi rasa bersalah. Apa yang patut dilakukan dengan wang tak patuh syariah itu?

Andai ada yang pernah tersilap langkah dan ingin bertaubat, masih ada jalannya untuk ‘menyucikan’ wang yang tak patuh syariah itu. Misalnya yang diperoleh daripada transaksi riba, hasil jualan barang curi, duit rasuah, hasil rompakan, loteri & perlindungan insuran konvensional.

Bagi yang ingin melupuskan wang tidak patuh syariah bolehlah dibuat secara tunai atau cek di kaunter Baitulmal ibu pejabat atau pejabat-pejabat agama Islam daerah Selangor atau secara online di website www.mais.gov.my.

Hasil kutipan wang tak patuh syariah nanti akan digunakan untuk maslahah umum seperti bantuan pendidikan, perubatan dan pembinaan infrastruktur.

#mais

#baitulmal

#bulankesedaranwangtakpatuhsyariah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *