The Chicken Rice Shop. Sebut saja jenama ini, dah terbayang akan kesedapan nasi ayamnya. Tahun ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah meraikan ulang tahun ke 23. Happy 23rd Anniversary TCRS!!
Rangkaian restoran nasi ayam itu sememangnya jadi pilihan ramai tanpa mengira usia dan kaum. Bahkan, selain variasi nasi ayamnya, terdapat banyak lagi pilihan menu lain yang sudah pastinya dapat memenuhi cita rasa ramai.
Ayam Bakar Oh-Semm
Bagi pelanggan setia TCRS, tentunya sudah tahu tentang hidangan Ayam Bakar Oh-Semm. Kini hidangan ini kembali diperkenalkan atas permintaan ramai. Pasti ramai yang ternanti-nanti akan kemunculannya kembali.
Ayam yang dibakar dengan pelbagai rempah ratus dipadankan pula dengan sosnya yang pedas dan masam. Memang cukup sepadan. Yang suka pedas, boleh cuba.
Bahkan, sos itu juga sedap bila dimakan dengan pai tee. Pernah rasa? Ha..nanti cuba tau.
Serta Sedikit Tentang The Chicken Rice shop
Bila sebut saja The Chicken Rice shop, sudah tentunya orang akan mengaitkannya dengan hidangan nasi ayam. Mula beroperasi sejak tahun 2000, merupakan rangkaian restoran keluarga terbesar yang menyajikan hidangan nasi ayam tradisi Hainan. TCRS mernyajikan nasi ayam steamed, roasted, honey barbecued, dan soy sauce yang menjadi ‘signature dish’ mereka.
Malah, rasa nasi ayamnya yang sedap membuatkan ia jadi pilihan ramai. Kini, ia sudah memiliki 100 oulet di seluruh Malaysia. Selain hidangan utamanya nasi ayam, kini terdapat pelbagai hidangan lain yang disajikan termasuklah hidangan mee. Pendek kata, selera sekeluarga dapat dipenuhi dalam satu bumbung.
Secara peribadi, Sis Wawa suka pai tee dorang yang bagi sis Wawa yang terbaiklah. Hari tu, masa try set Ayam Bakar oh-Semm, sis try cecah pai tee dengan sos ayam bakar yang pedas dan masam tu. Aduh, sedap wehh!
Untuk hidangan nasi ayam, sis Wawa suka roasted chicken. Pendek kata, yang tak pernah rasa, bolehlah cuba. Bila dah cuba, mesti terus jatuh cinta!
Boleh cuba ini juga: Resipi Kari Ayam ala Bangladesh
Ulang Tahun Ke-23
Sempena 23rd Anniversary TCRS kali ini, khas untuk para pelanggan yang disayangi, TCRS telah menganjurkan peraduan istimewa yang menawarkan hadiah sehingga RM50,000! Wah! Menarik kan?
Peraduan itu telah bermula 12 Jun 2023 dan bakal berlangsung hingga 6 Ogos 2023 nanti. Jadi, jangan lepaskan peluang ye. Tapi, korang perlu makan set hidangan Ayam Bakar Oh-Semm untuk sertai peraduan ini.
Set Ayam Bakar Oh-Semm ini boleh dinikmati dalam tiga set menu pilihan iaitu set A (untuk invidividu), Set B (untuk dua orang) dan Set C (untuk empat orang). Pilih yang bersesuaian dengan korang. Set ayam bakar ini akan dikekalkan sebagai salah satu hidangan di dalam menu TCRS. Jadi, jangan risau. Walau pun peraduan sudah berakhir, namun korang masih tetap boleh menikmati hidangan ayam bakar ini ye.
Sertai Peraduan Sekarang!
Tak tahu macam mana nak join? Senang je:
*Belanja minimum RM30 dalam satu resit di mana-mana cawangan TCRS
*Imbas kod QR, isi google form dan muat naik foto resit & profil sedapZ
*Lengkapkan slogan “Saya suka Ayam Bakar Oh-semm & TCRS kerana ___” dan hantar penyertaan anda.
Mudah kan? Peraduan bermula dari 12 Jun – 6 Ogos 2023 sahaja tau.
Jom sertai sekarang dan anda berpeluang untuk memenangi lebih RM50,000 hadiah yang ditawarkan!
Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://www.thechickenriceshop.com/
#thechickenriceday #thechickenriceshop #tcrsmy #AyamBakarOhSemmm #23rdAnniversary #TCRS23
Leave a Reply