Kari ayam ala Bangladesh ini sedang viral. Nampak cukup mudah. Main campak-campak je. Tak payah nak tumis bagai. Apa lagi, wajiblah kita try kan?
Kari Ayam ala Bangladesh
Bahan-bahan:
4-5 ketul daging ayam
2-3 sudu makan santan kotak
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
Sedikit buah pelaga
Sedikit daun kari
2 pokok daun ketumbar – ambil batang dam daunnya
1 paket kecil rempah kari ayam
Sepaket kecil serbuk cili
1 sudu makan cili giling
2-3 biji kentang – belah empat
1 biji tomato – belah 4
3 batang cili hijau besar – belah dua
Cili padi hijau – pilihan
Garam
Minyak masak
Air
Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak Kari Ayam ala Banglaesh:
Mula-mula bersihkan ayam dan perap dengan cuka dan serbuk kunyit. Biarkan dalam 10 minit. Cuci bersih. Tak apa kalau serbuk kunyit masih ada.
Di dalam kuali, masukkan daging ayam, bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan juga hirisan kentang. Gaul sebati.
Masukkan pula erbuk kari dan serbuk cili.
Terus masukkan hirisan tomato, cili besar hijau, daun kari, akar ketumbar serta cili padi hijau.
Tuang sedikit minyak masak dan sedikit air. Hidupkan api dan mulakan memasak.
Setelah naik bau karinya dan ayam mula empuk, masukkan daun ketumbar dan sedikit santan. Gaul lagi. Gunakan api perlahan dan biar kari mereneh. Dari semasa ke semasa jangan lupa kacau. Tambah air lagi jika kari terlalu pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat. Tadaaa..siap!
Cuba resipi ini juga: Ayam Masak Merah Serai
Kari ayam ala Bangladesh Yang Viral
Uihh…sedap tak ye kari ayam ala Bangladesh ni? Ini semua gara-gara Tiktok. Asyik FYP saja di wall sis Wa, maka hati meronta-ronta nak mencuba.
Memandangkan suami penggemar kari, maka sis decide nak try masak kari ayam ala Bangladesh ni.
Selalunya sis masak kari, mesti tumis dulu rempah ratusnya. Agaknya bagaimana rasa kalau tak ditumis dulu?
Suami sis yang sebenarnya lagi teruja nak try masak kari ayam ala Bangladesh ni. Nak juga rasa katanya. Pagi-pagi lagi dah pergi pasar, beli bahan untuk masak.
Jarang Masak
Sebenarnya, sejak tinggal berdua dan anak duduk di asrama, kami dah jarang masak. Bukan apa, kami ni tak reti masak dalam kuantiti yang sedikit. Akhirnya ke tong sampah. Tak elok kan?
So, kami sepakat, masak bila anak balik atau ada tetamu nak datang. Ha…barulah berbaloi masak. Tak gitu?
Berbalik pada kari ayam ala Bangladesh ini, banyak juga video di Tiktok sis tengok. Semua bagi respons bagus.
Ada tak yang tak pernah makan daging kerbau? Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang belum pernah makan.
Sedap tak kari versi ni? Kata suami (yang lagi terror dalam bab memasak ni), aromanya lagi semerbak wangi. Satu rumah berbau harum kari. Dari segi rasa, untuk sis, lebih kurang kita je.
Ada tak antara korang yang pernah masak dan rasa? Apa pendapat korang pula? Cuba share.
Seperti lembu dan kambing, macam-macam masakan boleh dimasak menggunakan daging kerbau termasuklah kari. Tak kalah sedapnya daripada kari daging lembu tau!
Baca ini juga: Tempat Menarik Di Maran
Jom Semak Khasiat Daging Ayam:
Kadang kala, kita ni pandai makan je tanpa mengetahui apa khasiat makanan tersebut. Apa khasiat daging ayam agaknya ye?
Ada jenis nutrisi seperti protein yang tinggi iaitu sebesar 18 gram dalam 100 gram daging ayam. Namun, kandungan daging ayam tidak hanya sekadar protein saja.
Sejumlah nutrisi seperti kalsium, magnesium, fosfor, kalium, natrium, juga beberapa vitamin. Vitamin pada kandungan daging ayam seperti vitamin C, vitamin B1, vitamin D, vitamin B-12, vitamin A, vitamin K, folat, juga riboflavin dan niacin.
Beri Rasa Kenyang
Untuk kadar kalori daging ayam memang tinggi. Dalam 100 gram daging ayam, terdapat 302 kalori yang dihasilkan. Kadar kalori ini bagus untuk menambah jumlah energi dalam tubuh kita.
Oleh sebab itu, kita akan tetap akan merasa kenyang dengan memakan daging ayam walaupun tanpa karbohidrat. Namun, ada baiknya bila semua nutrisi kamu dapatkan agar tubuh tidak lemas dan kekurangan energi.
Bantu Pembentukan Otot
Protein yang tinggi dalam kandungan daging ayam membantu untuk memaksimumkan pembentukan otot. Selain itu, protein juga membantu untuk menguatkan otot-otot tubuh.
Umumnya, manfaat ayam ini dipilih oleh mereka yang sedang melakukan pembentukan otot melalui gym. Dalam hal ini, bahagian ayam yang sesuai untuk menambah massa otot adalah bagian dada dan paha dengan jumlah protein 25 sampai 30 gram dalam satu potongnya.
Menjaga Kekuatan Gigi
Menjaga kekuatan dan kesihatan gigi kini dapat dilakukan dengan memakan daging ayam secara rutin. Kandungan zat fosfor dapat memberikan manfaat memperkuat kesehatan gigi terutama bagi anak-anak.
Meningkatkan Metabolisme Tubuh
Jumlah vitamin B6 yang ada menghasilkan manfaat pada ayam untuk meningkatkan metabolisme tubuh.
Kandungan vitamin B6 pada daging ayam berfungsi untuk mendorong enzim dan proses metabolisme tubuh yang digunakan untuk menjaga kesihatan pembuluh darah, sumber energi, dan pembakaran kalori.
Bantu Hilangkan Stres
Manfaat ayam lainnya adalah kandungan vitamin B5 dan tryptophan yang ada pada daging ayam memungkinkan untuk menghilangkan stres.
Zat ini dapat memberikan efek tenang pada saraf manusia, sehingga dapat memperbaiki suasana hati dan meningkatkan pengeluaran serotonin yang ada pada otak.
Membuang Racun dalam Tubuh
Selain untuk membentuk massa otot, kandungan protein dalam daging ayam juga berguna membantu sistem yang ada dalam tubuh untuk membuang racun-racun yang berbahaya.
Racun-racun ini umumnya berasal dari makanan dan minuman yang kita makan. Untuk itu, memakan daging ayam secara rutin haruslah dijalani.
Mengatur Kadar Kolesterol
Beberapa beranggapan bahwa daging ayam banyak mengandung kolesterol jahat. Padahal sebaliknya, manfaat mengambildaging ayam adalah adanya kandungan niacin yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol jahat.
Oleh sebab itu, disarankan untuk memakan daging ayam tanpa lemak dan diolah dengan cara direbus secara rutin.
Merawat Kesehatan Kulit
Kandungan vitamin C di dalam daging ayam juga tidak kalah baiknya untuk kesihatanmu. Vitamin C yang ada dalam kandungan daging ayam membuat kulit sihat dan mengandung zat antioksidan yang bagus untuk kulit tubuh.
Mencegah Alzheimer
Manfaat ayam selanjutnya adalah mencegah penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah penyakit yang menyerang fungsi otak yang ditandai dengan penurunan daya ingat, kemampuan bercakap, juga perubahan perilaku lainnya.
Vitamin B dalam daging ayam memberikan manfaat untuk meningkatkan fungsi otak dan mencegah Alzheimer.
Membantu Menurunkan Berat Badan
Manfaat ayam dalam membantu menurunkan berat badan disebabkan adanya kandungan protein yang tinggi dalam daging ayam. Daging ayam banyak dipilih oleh mereka yang sedang menjalani program penurunan berat badan.
Sebab daging ayam mampu memberikan efek kenyang yang lebih lama dan boleh menekan frekuensi makan setiap hari.
Tingkatkan Kesihatan Jantung
Vitamin B6 dalam daging ayam memainkan peranan penting bagi tubuh. Kandungan daging ayam yang satu ini membantu untuk mencegah serangan jantung.
Oleh sebab itu, memakan daging ayam secara rutin juga mampu meningkatkan kesihatan jantung.
Sumber: Khasiat Daging Ayam
Leave a Reply