Resepi Kari Telur Rebus Pekat Gerenti Sedap

Resepi Kari Telur

Resepi Kari Telur Rebus 

Bahan-bahan:

Resepi Kari Telur

3-4 biji telur ayam – cuci dan rebus

Setengah kotak kecil santan kotak

1 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga cengkih

Sedikit buah pelaga

5 ketul bunga lawang

Sedikit daun kari

1 akar daun ketumbar – ambil akarnya

1 paket kecil rempah kari ayam

2-3 sudu makan cili kisar

2-3 batang terung – potong kecil

1 biji tomato – belah 4

3 batang cili hijau besar – belah dua

Cili padi hijau – pilihan

Garam dan gula secukupnya

Minyak masak

Air

Bahan Kisar:

3 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 labu bawang Bombay

3 inci halia

Cara Memasak Resepi Kari Telur Rebus:

Resepi Kari Telur

Mula-mula bersihkan telur dan rebus hingga masak. Biarkan sejuk dan kupas kulitnya.

Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga bertukar warna keemasan. Angkat dan toskan.

Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelage. Tumis hingga terbit bau wangi.

Resepi Kari Telur Rebus

Setelah itu, masukkan serbuk kari yang sudah dicampur sedikit air dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak dan kari masak. Masukkan juga sebahagian daun kari dan akar daun ketumbar.

Kemudian masukkan hirisan terung. Gaul sekata dan biar seketika hingga minyaknya mula naik. Boleh masukkan air sedikit jika perlu.

Kemudian masukkan santan dan gaul sekata. Terus masukkan pula hirisan tomato, cili besar hijau serta cili padi hijau. Gaul lagi. Dari semasa ke semasa jangan lupa kacau. Tambah air lagi jika kari terlalu pekat. Sesuaikan ikut selera sama ada nak kari pekat atau agak cair.

Resepi Kari Telur

Akhir sekali, apabila terung sudah empuk, masukkan telur dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan ia mereneh beberapa minit agar semua bahan sebati.

Setelah itu, tutup api dan tabur sebahagian lagi daun kari yang berbaki. Tutup periuk supaya aroma karinya makin naik.

Resepi Kari Telur

Siap!

Resepi Simple Tapi Sedap

Resepi kari telur gerenti sedap ini mudah je nak memasaknya. Cuma Sis Wa lagi suka telur rebus itu digoreng dahulu. Cara korang macam mana?

Memandangkan kentang tak ada, so sis gandingkan dengan terung. Uih. Sedap jugak tau.

Ikutkan jarang sangat sis masak kari telur sebab anak tak suka. Dia tak suka makan telur yang masih utuh. Kalau nak bagi dia makan, kena pecahkan telur.

Kemudian biar kuning dan putih telur sebati. Kalau telur dadar, telur hancur, omelet ke, dia okay je. Kalau telur rebus, dia akan makan putihnya saja. Begitu juga kalau telur mata. Entah kenapa.

Tapi sebenarnya kari telur ada makanan kesukaan sis dan suami juga. Kalau digandingkan dengan pulut kuning pun best kan? Waduh!

Telur Ayam Tinggi Protein

Kadang kala, kita ni pandai makan je tanpa mengetahui apa khasiat makanan yang kita makan itu. Apa khasiat telur ayam agaknya ye?

elur merupakan makanan tinggi protein yang sangat sesuai untuk diambil terutamanya pada waktu pagi sebagai energy booster.

Sebenarnya, ramai yang takut nak makan telur kerana telur kuning dikatakan ada kolesterol.

Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi. Malah telur ada banyak jenis vitamin yang penting untuk keperluan tubuh badan.

Ada kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.

Antara khasiat telur ayam ialah:

  1. Bekalkan Sumber Tenaga
  2. Menurunkan Berat Badan
  3. Bagus Untuk Kulit
  4. Multivitamin Semulajadi!
  5. Baik Untuk Otak
  6. Baik Untuk Mata
  7. Sumber Vitamin D
  8. Bantu Untuk Tidur
  9. Baik Untuk Rambut & Kuku
  10. Mencegah Penyakit Jantung
  11. Mengurangkan Risiko Kanser
  12. Meningkatkan Massa Otot
  13. Tingkatkan Hormon Dopamin

Jom ikuti bagaimana cara sis masak Kari Telur. Mungkin korang ada versi korang sendiri kan. Tapi, mungkin bila tengok versi sis, teringin nak cuba pula. Yang penting, sedap!

Nak tahu apa rahsia kari telur lebih sedap? Kena masukkan lebih banyak halia. Cubalah.

 

Boleh cuba juga resepi telur hancur ini.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *