Pencuci muka terbaik 2023. Hansaegee Nature Aloe AC Bubble Cleanser bantu miliki kulit bersih dan sihat serta kurangkan minyak pada muka. Sesuai untuk semua jenis kulit, sama ada kulit berminyak, kulit kering atau jenis kulit kombinasi, dan ia memberikan kesan yang menakjubkan.
Memiliki kulit yang sihat sudah pasti jadi idaman semua orang tak kira lelaki atau wanita. Sebab itu, sangat penting untuk menjaga kulit muka supaya bersih daripada sebarang noda. Bila kulit bersih dan sihat, tak perlu pun kita mekap tebal dan kita pun akan rasa lebih yakin diri.
Salah satu yang paling utama dan langkah pertama dalam basic skincare routine penjagaan kulit adalah membersihkan kulit muka. Ia adalah langkah yang penting untuk menanggalkan kotoran dan solekan pada kulit muka. Apabila kulit muka bersih, barulah dapat menyerap produk penjagaan kulit dengan baik.
Namun, ramai yang mengalami masalah jerawat dan kulit muka berminyak. Bila menggunakan pencuci muka yang tak sesuai ia akan memburukkan lagi keadaan.
Mereka yang memiliki kulit berminyak lebih cenderung untuk memiliki pori besar pada wajah. Jadi, sangat penting untuk menjaga kulit wajah dari awal untuk mengatasi masalah ini. Salah satu adalah dengan memilih pencuci muka yang bagus dan terbaik untuk kulit wajah kita.
Punca jerawat ni ada banyak, antaranya:
- Stress
- Kurang tidur
- Pemakaian produk yang tidak sesuai dengan kulit
- Kulit berminyak menyebabkan pori tersumbat
- Perubahan hormon ketika datang bulan atau hamil
- Pemakanan
- Faktor genetik
- Cuaca
Pencuci Muka Aloe Vera – Pencuci Muka Berasaskan Air
Pencuci muka aloe vera daripada jenama Hansaegee Nature ini merupakan pencuci muka berkonsepkan ‘water based cleanser’ dan berkesan untuk menangani masalah kulit berminyak.
Aloe Vera Cleanser ini merupakan salah satu produk diperbuat dari Korea yang terkenal berkualiti tinggi. Ia merupakan skincare untuk kulit berminyak yang sangat berkesan dan patut dicuba.
Hansaegee Nature AC Clean Bubble Cleanser ini adalah pencuci muka terbaik kerana ia selamat digunakan kerana:
- Paraben-Free
- Sulfate-Free
- Alcohol Free
Bahan Utama Pencuci Aloe Vera
Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini menggunakan 12 jenis ekstrak tumbuhan semula jadi.
Manakala dua bahan utamanya adalah aloe vera dan tea tree oil yang sememangnya bagus untuk kulit kita.
Aloe Vera mengandungi pelbagai nutrisi, vitamin A, C, E, B12, protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, dan zat besi. Kebaikan aloe vera untuk wajah adalah dapat mengatasi masalah jerawat. Selain menyerap kelebihan minyak yang jadi penyebab jerawat, aloe vera juga punya sifat anti-inflamasi. Aloe vera bersifat antibakteria, antivirus, dan antiseptik.
Aloe vera juga mampu mengatasi kulit kering kerana ia mengandungi 98% air yang membantu melembapkan kulit. Bahkan, aloe vera juga boleh menyerap lebihan minyak pada kulit.
Manakala tea tree oil pula memiliki banyak manfaat untuk tubuh, salah satu kebaikan tea tree oil bagi kulit wajah adalah untuk meredakan atau mengatasi jerawat. Memilih pencuci wajah yang mengandungi tea tree oil juga salah satu cara mencegah jerawat dan sesuai untuk kulit sensitif.
Bezanya, tea tree oil tidak menyebabkan kesan sampingan seperti kulit yang memerah, kering, atau mengelupas.
Bila digunakan pada kulit wajah, tea tree oil akan ‘menyapu’ bersih minyak berlebihan yang ada.
Baca ini juga: Khasiat Daun Kari Untuk Kecantikan Dan Kesihatan
Kelebihan Pencuci Muka Terbaik Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature
Memandangkan ia adalah cecair dalam botol, tetapi sebaik sahaja kita mengepamnya keluar, ia akan serta-merta keluar sebagai buih gebu yang lembut di tangan. Ia akan membersihkan pori-pori dengan sangat mendalam dan melembabkan kulit. Ini kerana kandungan aloe vera di dalamnya dipercayai boleh membantu melembapkan kulit muka kerana tumbuhan ini tinggi dengan kandungan air (H20) yang tentu sahaja bagus untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering. Pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature juga tak memberikan sebarang iritasi pada kulit, jenis ringan.
Biasanya pencuci muka jenis buih boleh membersihkan kulit dengan baik, tetapi ia menjadikan kulit sangat kering selepas mencucinya. TETAPI cleanser Aloe vera ini berbeza, ia adalah pembersih berkualiti baik, membersih hingga jauh ke dalam liang kulit dan kulit kekal lembap serta tidak kering. Ia adalah pembersih muka yang SANGAT LEMBUT, LEMBAP & BERBUIH.
Teruja Pertama Kali Guna
Menariknya tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, ia jenis buih pembersih yang tak mengeringkan kulit selepas dicuci. Selepas guna, kulit rasa lebih bersih dan lembap.
Selain itu, kulit muka kita pun tak rasa kering dan tak tegang. Pendek kata, rasa selesa saja lepas guna pembersih muka ini. Waktu pertama kali pakai pun dah terasa best.
Sis Wawa excited bila pertama kali cuba aloe vera cleanser ini dulu. Mulanya ingatkan ia berbentuk gel atau liquid yang kurang berbuih.
Sebaliknya, bila dipam, automatik akan keluar buih lembut. Wah…memang syok betul.
Cara Guna Hansaegee Nature Aloe Vera AC Bubble Cleanser
Macam mana nak guna? Tak susah pun nak guna aloe vera cleanser ni.
1.Pertama, basahkan tapak tangan dan muka kita.
2.Kemudian, tekan dan pam keluar. Tengok daripada jenis packaging botolnya, mesti kita akan ingat jenis pencuci muka liquid atau gel. Tapi sebenarnya jenis berbuih. Bila kita tekan dan pam, automatik keluar buih lembut yang banyak.
Buih pencuci muka aloe vera AC clean bubble ni sangatlah gebu, ringan, halus dan lembap. Dapat bayangkan betapa seronoknya cuci muka dengan buih yang banyak.
3.Setelah itu bolehlah sapu pada keseluruhan kulit wajah yang basah tadi sambil gosok/urut muka perlahan. Ketika ini, buih akan semakin banyak keluar bila diurut/gosok. INGAT! Muka mesti dalam keadaan basah sepenuhnya barulah buih akan banyak.
Setelah itu, bolehlah cuci bersih. Rasa bersih dan ringan je kulit wajah. Secara peribadi, pengalaman selepas menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera AC Bubble Cleanser ini, kulit wajah terasa lebih lembut dan lembap. Sangat sesuai untuk kulit muka sis Wawa yang jenis kering kerana kandungan aloe veranya melembapkan kulit. Ia juga mudah digunakan, hanya perlu pam. Buihnya yang gebu dan lembut juga menghasilkan rasa nyaman saat disapu ke muka.
Kesimpulannya, cleanser ini juga sesuai untuk kulit berminyak dan kulit sensitif kerana terdapat aloe vera dan tea tree oil di dalamnya.
Brand: Hansaegee Nature
Website: https://hansaegee.com/
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Leave a Reply