Medik Asas PruBSN Tawar Perlindungan Insurans Kesihatan Serendah RM52!

Medik Asas PruBSN Tawar Perlindungan Insurans Serendah RM52!

Medik Asas PruBSN tawarkan perlindungan insurans serendah RM52! Di zaman yang kian mencabar, segala kos makin menaik termasuklah kos perubatan.

Sebab itulah pentingnya untuk mengambil pelan insurans perubatan sebagai satu alternatif bijak untuk mendapatkan peluang rawatan asas yang lebih selesa.

Walau bagaimana pun, masih ramai belum mampu memiliki pelan insurans kesihatan kerana harga pelan insurans kesihatan yang tak begitu ‘mesra poket’ mereka.

Jangan risau. Kini, perlindungan perubatan asas yang mesra poket mampu dimiliki oleh semua, melalui MEDIK ASAS, rider yang menawarkan perlindungan perubatan bijak yang membantu anda berjimat.

Medik Asas ialah ‘rider’ baharu yang diperkenalkan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) dan berasaskan konsep taawun (kerjasama dan tolong-menolong) sebagai sokongan kepada komitmen kelestarian sosial yang berterusan.

 

Medik Asas PruBSN Tawar Perlindungan Insurans Serendah RM52!

Apa Itu Medik Asas PruBSN?

Medik Asas adalah produk berasaskan Syariah. Nikmati perlindungan asas mampu milik yang merangkumi perlindungan perubatan, hospitalisasi dan pembedahan untuk memastikan anda kekal terlindung di saat anda paling memerlukan.

Kelebihan Medik Asas PruBSN

Mampu Milik

Dalam perjalanan hidup, setiap orang pasti akan memerlukan rawatan perubatan. Lindungi diri dan keluarga tersayang dengan perlindungan perubatan asas dari serendah RM52* sebulan.

 

Tiada Had Seumur Hidup

Dapatkan penjagaan dan rawatan perubatan penting sepanjang hidup anda.

**Tertakluk kepada Had Tahunan dan had manfaat individu (jika berkenaan).

 

Kurang Tuntutan, Kurang Bayaran

Dengan kaedah Harga Berasaskan Tuntutan kami yang inovatif, anda boleh nikmati jumlah sumbangan yang lebih rendah jika anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun sebelumnya. Jumlah sumbangan anda mungkin diselaraskan setiap tahun mengikut sejarah tuntutan anda.

 

Manfaat Khas di Hospital Kerajaan

Nikmati manfaat seperti elaun harian dan penjagaan khas untuk warga emas apabila anda mendapatkan rawatan perubatan di hospital kerajaan.

 

** *Kadar sumbangan untuk Medik Asas, untuk perempuan, umur 11 tahun, kelas pekerjaan 2 pada permulaan pelan (berdasarkan Tahap Tabarru` 0).

Bantu Tangani Masalah Kos Perubatan Semakin Meningkat

Medik Asas PruBSN Tawar Perlindungan Insurans Serendah RM52!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail, pihaknya menawarkan rider baharu ini untuk menangani kebimbangan mengenai kos perubatan yang semakin meningkat dan memastikan lebih banyak keluarga mempunyai akses kepada pelan Takaful yang mampu milik.

“Medik Asas PruBSN mampu memenuhi keperluan kira-kira 12.9 peratus rakyat Malaysia yang dilaporkan tidak mendapatkan rawatan perubatan akibat kekangan kewangan dengan menyediakan perlindungan asas kemasukan ke hospital dan pembedahan.” Ujar beliau.

“Medik Asas lebih menonjol berbanding produk perlindungan perubatan tradisional lain yang bermakna sumbangan para pelanggannya akan lebih rendah jika mereka tidak membuat tuntutan malah memberi anda ganjaran menerusi diskaun untuk penolakan Tabarru’.  Tambah beliau lagi.

Pelan Perlindungan Perubatan Asas Sehingga RM100,000 Setahun

Medik Asas menyediakan perlindungan perubatan asas merangkumi penjagaan rawatan bagi pesakit dalam hingga pesakit luar, penyakit utama dan lanjutan manfaat penjagaan sehingga RM100,000 setahun serta perlindungan tanpa had seumur hidup.

Dapatkan perlindungan perubatan asas sehingga RM100,000 setiap tahun dengan Medik Asas, yang merangkumi:

Manfaat Pesakit Dalam • Bilik dan Penginapan Hospital Harian

• Unit Rawatan Rapi / Unit Penjagaan Jantung

• Rawatan dan Prosedur Pembedahan

• Perkhidmatan Dalam Hospital yang Berkaitan

 

Manfaat Pesakit Luar • Pembedahan Harian

• Rawatan Sebelum Masuk dan Selepas Keluar Hospital

• Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan

 

Manfaat Penyakit Utama • Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar

• Rawatan Kanser Pesakit Luar

• Pemindahan Organ

 

Manfaat Penjagaan Tambahan • Penjagaan Khas Warga Emas di Hospital Kerajaan

• Elaun Hospital Kerajaan

• Pengecualian Deduktibel di Hospital Kerajaan

 

Baca ini juga: Hukum Bayar fidyah puasa wajib

EKSTRA!

Warga emas mungkin memerlukan penjagaan dan perhatian khas, termasuk penggunaan alat bantu perubatan. Kerana ini, Medik Asas menyediakan bantuan kewangan untuk mana-mana alat bantu perubatan berikut sehingga had manfaat: kanta intraokular, kaki & lengan tiruan luaran, alat bantuan pendengaran, peranti sendi tiruan luaran, prostesis luaran & implan untuk tulang belakang, prostesis & orthosis untuk anggota badan dan perentak jantung luaran.

Apakah Itu Takaful?

Suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang yang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang dibayar kepada peserta

takaful itu atau kepada benefisiarinya pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu. Seksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Menarik bukan? Kalau berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang perlindungan Medik Asas PruBSN ini, bolehlah ke;

Facebook: https://www.facebook.com/prubsn/

Instagram: https://www.instagram.com/prubsn_official

Linkedin: www.linkedin.com/prudential-bsn-takaful-berhad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *