Kerang Masak Kam Heong Gerenti Sedap, Senang Je Resipinya

Kerang Masak Kam Heong Gerenti Sedap, Senang Je Resipinya

Kerang masak Kam Heong biasa dihidangkan di restoran yang menyajikan masakan Cina. Untuk sis Wawa, masakan ini ada nostalgia tersendiri. Dulu waktu bercinta dengan En. Suami, kami selalu lepak di Uptown Damansara.

Kebetulan tak jauh daripada ofis Karangkraf yang pada ketika itu masih beroperasi di Taman Tun Dr Ismail.

Kerang Kam Heong Jadi Kegemaran

Salah satu makanan yang kami suka makan, kerang masak Kam Heong di sebuah gerai kat situ. Boleh dikatakan tiap kali pergi mesti order. Bila ofis dah berpindah ke Shah Alam, lepas kahwin pun duduk Shah Alam, terus tak lagi ke Uptown Damansara. Rasa jauh bebenor pulak. Hihi.

Tapi masakan tu tetap dalam ingatan. Sesekali akan masak dan Alhamdulillah, menjadi. Sangat sedap. Rasa terimbau kenangan zaman bercinta dulu..cewah!

Apa Khasiat Kerang?

Di sini sis kongsikan antara khasiat kerang untuk kesihatan kita. Ia kaya dengan kandungan zat besi. Zat itu sangat penting untuk membentuk hemoglobin iatu protein khusus yang bertugas untuk membawa oksigen dalam darah ke seluruh tubuh.

Tanpa hemoglobin dalam darah, organ-organ tubuh tidak akan berfungsi dengan baik kerana kurang oksigen. Dengan memakan kerang boleh membantu meningkatkan hemoglobin dalam darah.

Selain itu, untuk berfungsi dengan baik, sistem saraf dalam tubuh kita memerlukan vitamin B kompleks. Salah satunya ialah vitamin B12. Kekurangan Vitamin B12 berisiko menyebabkan kerosakan saraf hingga penurunan fungsi otak.

Maka, ambillah manfaat vitamin B12 yang terkandung dalam kerang. Makan kerang boleh membantu menjaga fungsi s,istem saraf, terutama pada bahagian otak.

Kerang juga punya kandungan zinc di dalamnya. Mineral ini sangat penting untuk mengembangkan sel yang membentuk sistem kekebalan tubuh.

Zinc dapat bertindak sebagai antioksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan akibat peradangan. Selain itu, memakan makanan yang mengandung zinc juga boleh membantu proses penyembuhan luka.

Okay, itu serba sedikit tentang khasiat kerang. Berbalik pada resipi kita, untuk memasak kerang, seeloknya jangan rebus terlalu lama. Barulah ia gebu, segar, tak ‘kering’ atau ‘terlebih masak’.

Resipi lain ada di sini: https://wawaazwa.com/2021/09/06/masak-lemak-cili-padi-jering-tua-tumis-style-tak-kurang-sedapnya/

KERANG MASAK KAM HEONG

Bahan-bahan:

1kg kerang – rebus sekejap, buang separuh kulit

2 sudu makan serbuk kari – sis pakai kari daging

1 sudu teh serbuk cili

1 biji bawang Bombay sederhana besar – potong halus

3 ulas bawang putih – potong halus

Beberapa tangkai daun kari

1 batang serai – ketuk

6-8 biji cili padi merah – ikut kepedasan yang dikehendaki

1 inci Halia – racik halus

2 sudu makan sos tiram

2 sudu makan kicap manis

1 sudu teh kicap Caramel

Garam dan gula secukupnya

Air secukupnya

Minyak masak

Cara Memasak Kerang Masak Kam Heong:

Mula-mula rebus kerang dahulu. Jangan lama sangat. Buang separuh kulitnya. Kemudian, dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan daun kari. Goreng hingga terbit wangi.

Setelah itu masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Gaul sekata.

Setelah itu, masukkan sos tiram dan hirisan cili. Tambah air secukupnya. Gaul lagi.

Masukkan pula kicap manis dan kicap caramel. Kacau sekata. Setelah itu, masukkan kerang yang sudah direbus tadi. Gaul lagi hingga sebati.

Bila sudah sebati, bolehlah diangkat. Siap. Makan panas-panas..mantap!

TIP REBUS KERANG SUPAYA GEBU:

Masak air hingga mendidih. Kemudian masukkan kerang yang dah dibersihkan. Biarkan 10 saat saja, terus tutup api. Biar selama sekitar seminit kemudian masukkan pula ke dalam air berisi ais. Barulah boleh dikopek kulitnya. Tapi, kena tengok saiz kerang juga. Kalau lebih kecil, kena pendekkan masa. Kena pandai agak-agak. Asalkan kerang itu separuh masak. Barulah nampak gebu! 🙂

14 Comments

  1. Besttnyee. Nanti nk try lah!

    1. Sila2..ikut je step. Gerenti jaddi 🙂

    1. Sila cuba. Ikut je resipi tu. Insya-allah menjadi.

  2. Pergh..memang sedap ni

  3. Sedapnya, nanti nak try lah. terima kasih share resipi dan tip.

    1. sama-sama. Harap sudi cuba ye sis.

  4. Wahh..menarik sgt ni sis 😍😍😍

    1. Hihi. Ni tokey nasi Arab mantopp nih.

  5. terbaek la masak kerang cmnie. dulu prnah makan, memang sedap. dh syer resipi nie dh dlm grup fmly dennn,

    1. Terima kasih support :).Ikut je resipi tu, insya Allah menjadi.

  6. Kicap caramel tu kicap apa kak.. kak wa punya masakan memang tip top. Tak pernah tak sedap.

    1. Memang namanya kicap Caramel. Ada je jual di pasar raya-pasar raya. Bubuh dalam mi goreng pun best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *