Ayam Lemon…Ada Sunquick Dan Lemon, Gerenti Jadi Punya!

Ayam Lemon…Rahsianya Sunquick Dan Lemon, Gerenti Jadi

Ayam lemon memang disukai oleh kebanyakan anak-anak. Tak pedas, ada rasa masam dan manis. Ini kan budak, kita orang dewasa ni pun suka kan?

Tapi, agaknya susah tak nak masak ayam lemon ni? Masakan ini antara menu favourite anak, tiap kali ke restoran Chinese muslim, mesti pesan ni. Akhirnya, gigih sis Wawa cari resipi. Buat sendiri lagi puas hati.

Rasa seronok bila tengok anak makan dengan berselera. Walau pun tak pedas, tapi hidangan ini mempunyai tarikan tersendiri.

Bahan Tak Banyak Sangat pun

Siapa suka minum minuman oren tentu aka nada stok Sunquick kat rumah kan? Ha..itulah antara rahsia kesedapan masakan ni.

Sebenarnya dalam bab memasak, kadangkala kita suka ubah suai ikut selera kita sendiri kan? Asal tahu resipi asas, kita akan ‘alter’ ikut cita rasa. Tak salah pun. Asalkan sedap dan kena selera. Yelah, nak makannya kita. Tentulah nak ikut tekak kita kan?

Resipi lain ada di sini: https://wawaazwa.com/2021/09/09/kerang-masak-kam-heong-gerenti-sedap-senang-je-resipinya/

Perap Dulu Sekejap Ayam Sebelum Goreng

Untuk bagi ayam lemon itu lagi rangup, perap dulu sekitar 5-20 minit sebelum goreng. Ramuannya akan lebih terasa lagi.

Apa lagi, jom cuba.

AYAM LEMON

Bahan-Bahan Untuk Masak Ayam Lemon:

1kg ayam – sebaiknya isi saja

Sedikit jus Sunquick

5-7 ulas bawang putih – racik halus

2 biji lemon – 1 biji disagat kulit, belah dua. 1 biji hiris

Sedikit sos masam manis

1 sudu makan bancuhan tepung jagung

Sedikit air

Minyak masak

 

Bahan Perapan Ayam:

Sedikit kicap cair

Sedikit tepung jagung

1 biji telur

 

Bahan Salutan:

Serbuk roti secukupnya

 

Cara Memasak Ayam Lemon:

Ayam Lemon…Rahsianya Sunquick Dan Lemon, Gerenti Jadi

Mula-mula, sediakan bahan perapan ayam. Satukan kicap cair, tepung jagung dan telur ke dalam satu bekas. Masukkan hirisan ayam. Gaul. Biar seketika.

Kemudian ketika hendak menggoreng, celup ayam tadi ke dalam serbuk roti dan goreng. Bila ayam masak, angkat dan toskan.

Ayam Lemon…Rahsianya Sunquick Dan Lemon, Gerenti Jadi

Dalam kuali berbeza, masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih. Setelah terbit bau, masukkan kulit lemon yang disagat, sos masam manis dan sedikit jus Sunquick. Setelah itu, perah lemon. Kacau rata.  Masukkan air jika perlu. Jangan lupa check rasa. Biar cukup masam dan manisnya. Boleh tambah garam jika perlu.

Masukkan pula sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau seketika.

Akhir sekali, masukkan hirisan lemon dan tutup api. Letak ayam ke dalam bekas menghidang dan tuang sos lemon ke atasnya.

Terpulang sama ada hendak banyak sos atau tidak. Boleh juga gaul ayam terus ke dalam sos lemon ketika masih di dalam kuali, tapi sis lebih suka tuang ketika nak menghidang agar ayam kekal rangup.

Ayam Lemon…Rahsianya Sunquick Dan Lemon, Gerenti Jadi

Siap! Mudah je kan?  Cuba tau!

 

 

 

12 Comments

  1. Wahh mcm sedap je resepi ni, simple resepi, i will try.. tq for sharing😍

    1. Sama-sama. Cuba ye. Mudah jer.

  2. tenq sharing, sedappp mau cuba

    1. Sama-sama. Jgn lupa cuba 🙂

  3. Norsunita binti Abu Bakar

    September 27, 2021 at 12:52 pm

    Wowww…sedap

  4. FARAH HANANNI BINTI ABU BAKAR

    September 27, 2021 at 1:07 pm

    nk try jgk la☺️

  5. Wowww…… Blh try ni…

    1. Simple je resipinya. Mesti menjadi.

  6. Thank you for sharing. Will try it!

    1. hope you’ll like it 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *