Resepi Kari Ikan Bawal Hitam. Sedap Macam Kat Restoran

Resepi Kari Ikan Bawal Hitam. Sedap Macam Kat Restoran

Resepi kari ikan bawal hitam. Sedap macam makan kat restoran. Santan tak perlu banyak dan guna santan kotak je. Tapi tetap sedap tau.

Nak tahu macam mana nak masak kari ikan bawal hitam yang sedap ni? Semak di bawah.

Resepi Kari Ikan Bawal Hitam

Bahan-bahan Resepi Kari Ikan Bawal Hitam:

1 ekor ikan bawal hitam – potong dan cuci dengan asam jawa dan limau kasturi

5 biji bawang merah – kisar

Satu pek kecil serbuk kari

3 ulas bawang putih – kisar

1 inci halia – kisar

3-5 biji tomato – potong

1/2 kotak kecil santan Kara

Cili hijau besar – belah dua

7-10 batang bendi

1 sudu makan halba campur

Rempah 4 beradik (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)

2 sudu makan cili kering kisar

1 sudu kecil biji sawi

Sedikit air asam jawa

2 batang terung – potong kecil

Daun kari

2 batang daun ketumbar – hiris daunnya. Akarnya potong dan masukkan ketika menumis

Garam secukupnya

Serbuk kunyit

Sedikit mushroom seasoning

Air secukupnya

Minyak masak

Cara Memasak Resepi Kari Ikan Bawal Hitam:

Resepi Kari Ikan Bawal Hitam. Sedap Macam Kat Restoran

Mula-mula panaskan sedikit minyak dan goreng ikan separuh masak. Terlebih dahulu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Ini untuk mengelakkan ikan hancur bila dimasak. Angkat dan toskan.

Oh ye. Pastikan ikan yang digunakan segar, barulah dapat rasa kemanisan ikan itu bila dimasak. Selain itu, sangat penting untuk memastikan ikan dicuci bersih. Kalau tak cukup bersih, boleh mempengaruhi kesedapan masakan kita nanti tau.

Resepi Kari Ikan Bawal Hitam. Sedap Macam Kat Restoran

Gunakan minyak yang sama, tumis halba campur, rempah 4 sekawan. Masukkan pula bahan kisar, buah tomato, daun kari, biji sawi dan akar ketumbar. Tumis seketika.

Selalunya tomato masuk kemudian tapi kali ni sengaja masuk awal. Tapi ikut selera masing-maaing jugak lah ye.

Resepi Kari Ikan Bawal Hitam. Sedap Macam Kat Restoran

Masukkan pula rempah kari dan cili kisar. Kacau sekata hingga rempah masak. Api jangan terlalu besar kerana rempah kari mudah hangus.

Tak sedap kalau ada bau hangus nanti.

Resepi Kari Ikan Bawal Hitam. Sedap Macam Kat Restoran

Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi.

Resepi Kari Ikan Bawal Hitam. Sedap Macam Kat Restoran

Masukkan pula bendi, terung dan cili hijau. Kalau agak-agak tak cukup kuah, tambah air lagi.

Resepi Kari Ikan Bawal Hitam. Sedap Macam Kat Restoran

Setelah itu, masukkan sedikit santan. Jangan banyak sangat ye. Kari ikan tak perlu pekat macam kari daging. Santan sis Wawa guna santan kotak je. Kalau ada santan segar, boleh guna. Terpulang.

Kemudian bolehlah masukkan air asam jawa secukupnya. Kacau sekata.

Resepi Kari Ikan Bawal Hitam. Sedap Macam Kat Restoran

Dah mendidih, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi.

Kacau perlahan-lahan supaya ikan tak hancur. Perasakan dengan garam dan mushroom seasoning secukupnya. Biarkan ia mereneh dan memekat.

Resepi Kari Ikan Bawal Hitam. Sedap Macam Kat Restoran

Semak rasa. Kalau semua okay, akhir sekali, taburkan hirisan daun ketumbar. Tutup api.

Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Resepi Kari Ikan Bawal Hitam. Sedap Macam Kat Restoran

Taraaa…dah siap. Gandingkan pula sambal belacan. Pehh! Memang padu!

Cuba resepi ini juga: Kari Telur Rebus

6 Tip Cuci Ikan Untuk Hilangkan Bau Hanyir

Foto: Pexels

1.Gunakan lemon atau limau kasturi/nipis

Hiris lemon dan perah ke dalam bekas berisi ikan. Sambil itu, boleh gosokkan kulit ikan dengan hirisan lemon tadi. Atau boleh juga gunakan limau nipis atau limau kasturi.

2.Daun jambu batu

Pernah dengar petua ini? Ini juga salah satu petua untuk hilangkan hanyir ikan. Cara ini biasa digunakan di kampung-kampung kerana mudah nak dapatkan daun jambu batu.

Caranya, ambil beberapa helai daun jambu batu, bersihkan dan kemudian ramaskan daun dalam bekas yang berisi air. Setelah itu, masukkan ikan ke dalam bekas berisi air daun jambu batu tadi Biar seketika dan cuci bersih.

3.Gunakan campuran serbuk kunyit, garam dan tepung jagung

Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan sapu pada ikan.  Perap sehingga 30 minit atau lebih. Terpulang pada anda jika ingin membilas ikan sehingga bersih atau guna sahaja pes tersebut untuk menggoreng ikan.

4.Guna cuka

Campurkan cuka dalam air dan rendam ikan di dalamnya untuk seketika. Cuka dapat mengurangkan sehingga 50 peratus bau hanyir ikan. Selepas rendam, bilas dengan air bersih.

5.Rendam dalam air garam

Selepas dibersihkan, rendam ikan dalam air garam selama 15 minit. Semua bau hanyir akan hilang.

6.Campuran pes asam jawa dan garam

Boleh juga cuci dengan pes asam jawa dan garam, Lumur pada ikan dan biar seketika. Kemudian barulah dicuci bersih. Selamat mencuba!

Baca ini juga: Asam rebus ikan kembung

1 Comment

  1. MasyaAllah.. kenapa nampak sedap sangat kari ikan bawal ni. Wajib untuk dicuba ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *