Lala Masak Lemak Cili Padi, Tambah Lada Sulah Rasanya Lagi Menyerlah!

LLala Masak Lemak Cili Padi, Tambah Lada Sulah Rasanya Lagi Menyerlah!

Lala masak lemak cili padi, tentu ramai yang sukakannya. Betul tak? Nak masak pun bukan susah sangat. Bahan yayang diperlukan pun tak banyak.

Secara peribadi, sis lebih suka kerang daripada lala. Sebab rasa tak puas makan sebab isinya sikit. Tapi memandangkan suami dan anak suka, layankan je lah. Bukanlah tak suka, cuma kalau ada kerang, sis capai kerang dulu lah..:)

Khasiat Lala

Merupakan makanan yang bernutrisi tinggi. Dikatakan, di dalam 100gram lala, mengandungi protein tinggi asid amino, yang mudah dicerna. Lala juga mengandungi asid lemak omega 3 yang baik bagi kesihatan jantung.

Lala juga hidup di kawasan yang lebih kurang sama dengan kerang, remis, kupang dan siput sedut. Iaitu di kawasan pantai berlumpur dan berpasir.

Antara lokasi yang berpotensi untuk lala ditemui adalah di kawasan pantai berlumpur semenanjung Malaysia. Seperti Pantai Kuala Selangor, Pantai Remis, Pantai Sekinchan, Pantai Sg Lang.

Namun begitu ia bergantung kepada pasang surut laut dan juga musimnya. Adakala ia sukar untuk ditemui berikutan cuaca buruk. Saiz lala adalah lebih besar daripada remis dan kerang. (sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Lala)

Macam-macam Masakan

Sama macam makanan laut lain, lala boleh dimasak dengan pelbagai cara. Kadangkala sis masak ala-ala rebus je. Ikut mood.

Cara sis, lala direndam dulu dengan hirisan cili padi. Katanya salah satu petua untuk buang kotoran dalam lala.

Begitu juga masak lemak cili padi. Macam-macam cara memasaknya. Ada yang guna bawang, ada yang langsung tak guna. Terpulang pada cita rasa. Untuk sis, memang tak guna bawang langsung.

Selain itu, salah satu ‘rahsia’ (konon lah..hihi) untuk buat masak lemak cili padi itu lagi umph, sis letak serbuk lada sulah di dalamnya. Pernah cuba tak? Ha…cuba sendiri dan rasakan kelainannya. Atau bubuh lada hitam pun boleh. Terpulang.

Resipi lain di sini: https://wawaazwa.com/2021/09/26/ayam-lemonada-sunquick-dan-lemon-gerenti-jadi-punya/

LALA MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-Bahan:

1kg lala – bersihkan

Santan segar – boleh juga guna santan kotak

1 inci kunyit hidup

30 biji cili padi hijau – terpulang pada kepedasan yang kita nak

3 batang serai – dua kisar, 1 ketuk

1 helai daun kunyit

1 kiub ayam

Garam secukupnya

 

Cara Memasak Lala Masak Lemak Cili Padi:

Lala Masak Lemak Cili Padi, Tambah Lada Sulah Rasanya Lagi Menyerlah!

Mula-mula, rendam lala dengan hirisan cili padi untuk keluarkan kotoran. Tapis dan asingkan. Kisar kunyit hidup, cili padi dan dua batang serai. Ketepikan.

Di dalam periuk, masukkan santan dan tuang bahan kisar tadi. Kacau rata. Kemudian masukkan kiub ayam, diikuti sebatang serai yang diketuk.

Setelah itu, masukkan daun kunyit dan seterusnya bolehlah masukkan lala. Kacau sebati. Masukkan pula sedikit serbuk lada sulah, gaul sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Biarkan ia mereneh seketika dan bolehlah tutup api. Sedia dihidangkan. Mudah je kan?

 

 

 

 

 

4 Comments

  1. Waaahhhhhh npok sedakkk

  2. Tak tahu pulak rahsianya kena letak lada sulah. Lepas ni bolehlah try

    1. haah. memang lain rasanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *