Sambal Tempoyak Goreng Bilis
Bahan-bahan Sambal Tempoyak Goreng Bilis:
Tempoyak
Kunyit hidup
Cili padi
Daun kunyit
Bilis
Minyak masak
Gula
Garam
Cara Memasak Sambal Tempoyak Goreng Bilis:
Mula-mula tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat. Gaul dan sebatikannya dengan tempoyak.
Kemudian goreng bilis hingga garing. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Bila minyak cukup panas, tuang adunan tempoyak tadi ke dalamnya serta daun kunyit. Goreng hingga cili masak sepenuhnya.
Kacau sentiasa untuk menggelakkan ia berkerak di bahagian bawahnya. Setelah sambal masak, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Kemudian masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau sebati. Setelah itu, bolehlah diangkat. Tadaaa..siap! Rugi tak cuba tau…
Tempoyak Tak Pernah Mengecewakan
Tempoyak memang tak perah mengecewakan, bagi penggemarnya. Aduhai! Dah terbayang kesedapannya.
Sis Wawa suka makan tempoyak dengan budu. Pehh!! Memang tak perlu lauk lain lagi dah, selain ikan patin masak temoyak. Dulu takat tu je lah yang sis suka. Tapi sejak kahwin dengan orang Selangor, baru reti masak macam-macam menggunakan tempoyak.
Ia salah satu bahan yang diperbuat daripada durian dan makanan tradisi disukai ramai. Yang peliknya, ada orang yang suka makan durian tapi tak suka tempoyak. Ada pula yang tak makan durian, tapi suka tempoyak. Macam-macam peel manusia ni kan. Tapi sis, dua-dua onz!
Buat Sendiri Tempoyak
Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian.
Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Ia juga sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal.
Sebagai antara makanan yang melalui proses fermentasi, ia akan melibatkan beberapa asid laktik bakteria yang berbagai-bagai. Antara jenis bakteria yang biasa digunakan adalah Lactobacillus casei dan Lactobacillus rhamnosus subsp. Fersantum. yang berfungsi menghalang atau membunuh pertumbuhan bakteria yang tidak baik seperti Escherichia coli yang mampu merosakkan buah ini lalu menyebabkannya busuk.
Apa Khasiat Tempoyak?
Selain berfungsi sebagai makanan kegemaran ramai, ia juga biasa dijadikan sebagai bahan pengawet dan perasa makanan yang semula jadi. Penambahannya ke dalam kari atau sambal akan melahirkan aroma dan rasa yang unik ke dalam masakan.
Persoalan yang sering berlegar-legar dalam pemikiran kita adalah, adakah makanan tradisional ini berkhasiat? Jawapannya, ya. Paling penting, ia sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih kurang sama dengan intipati bahan utamanya iaitu buah durian, dengan sedikit tambahan. Berikut adalah khasiat buah durian:
Kaya Tenaga, Mineral Dan Vitamin
Durian, sama seperti buah tropikal yang lain seperti pisang, nangka dan betik, adalah kaya dengan tenaga, mineral dan vitamin. Setiap 100 gram buah ini akan membawa lebih kurang 147 kalori.
Bebas Lemak Tepu Dan Kolesterol
Buah ini mengandungi kandungan gula seperti fruktosa dan sukrosa yang akan membekalkan tenaga dan menyegarkan tubuh badan. Walaupun ia mengandungi amaun lemak yang tinggi berbanding buah yang lain, ia bebas daripada lemak tepu dan kolesterol.
Bagus Untuk Penghadaman
Buah ini kaya dengan serat yang sangat bagus untuk sistem penghadaman. Serat juga akan membantu melindungi mukus di dalam kolon dengan mengurangkan pendedahannya terhadap toksin. Ia dapat membantu menyingkirkan bahan kimia penyebab kanser daripada perut.
Bantu Tubuh Lawan Radikal Bebas
Buah ini adalah sumber antioksidan dan vitamin C yang sangat baik dengan kira-kira 33% RDA. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C dapat membantu tubuh badan melawan agen infeksi dan juga radikal bebas yang sangat berbahaya.
Pelbagai Vitamin
Buah ini adalah sumber vitamin B kompleks, yang merupakan fitur unik untuk buah seperti niacin, riboflavin, asid pantotenik (vitamin B5), pyridoxine (vitamin B6) dan thiamin (vitamin B1). Vitamin-vitamin ini adalah sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita.
Antioksidan
Buah ini mengandungi amaun mineral seperti mangan, tembaga, zat besi dan magnesium. Mangan diperlukan oleh tubuh badan untuk menghasilkan enzim antioksidan, superoxide dismutase (SOD). Tembaga diperlukan untuk penghasilan sel darah merah dan zat besi pula diperlukan untuk pembentukan sel darah merah (RBC). (Sumber:hellodoktor.
Resepi sambal tempoyak ini memang kegemaran sis sekeluarga terutama anak bujang sis. Dia boleh ratah gitu jer..
Mudah sangat membuatnya. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Yang penting, sedap sangat tau. Makan dengan nasi panas ngam habis!
Oh ye. Selain sambal tempoyak ni, sis pun suka Tempoyak Kacau Perak. Katanya resipinya memang salah satu masakan famous di negeri Perak.
FARAH HANANNI BINTI ABU BAKAR
November 1, 2021 at 3:22 pmpasti sedap😋
Fatin Nadhirah
November 2, 2021 at 10:10 amWah. Thanks for sharing. Lps nie bleh laa buat semua menu berasaskn tempoyak😂.
wawaazwa
November 16, 2021 at 5:08 amye sis. mudah je. sila cuba.
Hasnita
July 6, 2022 at 1:06 pmAir tangan wawa tk pernah menghampakan. Rindu nk mkn masakanmu wa
wawaazwa
August 12, 2022 at 4:52 pmHihihi…insya Allah kite buat pot luck sama2 masak nak?
Eswati azni
November 17, 2021 at 11:46 amTeringin tapi kat rmh ni sis sorang je makan tauuu
Myzan
August 12, 2022 at 4:34 pmSedapnya, kita ni dah lah hantu tempoyak. Orang Perak lah katakan, pagi petang siang malam mesti kena ada tempoyak. Nanti nak cuba lah resipi ni.
wawaazwa
August 12, 2022 at 4:51 pmhihihi..rasa rugi sungguh yg tak makan tempoyak kan.