INTEC Lahirkan Akauntan Bertauliah Diiktiraf Dunia Menerusi PAC

INTEC Lahirkan Akauntan Bertauliah

INTEC lahirkan akauntan bertauliah atau chartered accountant yang diiktiraf dunia menerusi PAC (Professional Accounting Centre).

INTEC atau International Education Centre (Pusat Pendidikan Antarabangsa) atau Kampus Satelit UiTM Seksyen 17 merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (UK) ialah badan global untuk akauntan profesional untuk mereka yang mempunyai cita-cita mencari kerjaya yang lebih luas dalam perakaunan, kewangan dan pengurusan.

Baca ini juga: Amalan Zikir Sepanjang Anak Menghadapi Peperiksaan

INTEC Lahirkan Akauntan Bertauliah

PAC di INTEC

INTEC lahirkan akauntan bertauliah. INTEC telah mengambil peluang untuk menawarkan program perakaunan profesional seperti CAT, ACCA, CFAB dan ICAEW dan MICPA. Dalam tempoh dua tahun penubuhan, INTEC telah menerima Status Platinum sebagai Approved Learning Partner oleh ACCA dan kini merupakan penyimpan rekod institusi yang melahirkan akauntan bertauliah yang bertaraf dunia!

Professional Accounting Centre (PAC) di INTEC merupakan BPP Certified Tuition Provider. Bahan-bahan pembelajaran yang  digunakan telah diakreditasi oleh BPP sebagai salah satu pusat yang menyediakan pembelajaran yang diluluskan untuk ACCA di seluruh dunia.

Ini menjadi salah satu bukti mengapa PAC berjaya mengekalkan kadar kelulusan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Matlamat PAC adalah untuk melahirkan akauntan bertauliah yang berkualiti.

INTEC lahirkan akauntan bertauliah. Majoriti pensyarah PAC adalah Jurulatih Bertauliah BPP dan memiliki kelayakan ACCA. Adalah penting untuk menyampaikan maklumat yang betul kepada para pelajar untuk mengikuti ACCA dan seterusnya berkembang sebagai Akauntan Bertauliah ACCA.

INTEC Lahirkan Akauntan Bertauliah

INTEC lahirkan akauntan bertauliah. Kesemua pensyarah mempunyai pengalaman terlibat di dalam industri, seperti juruaudit luar, juruaudit dalaman, akauntan, pengawal kewangan, pemilik firma audit di Malaysia, penganalisis kewangan, perunding cukai, pengurus kewangan, dan lain-lain.

PAC memiliki pensyarah-pensyarah muda yang gigih dan bertenaga, yang bersedia untuk memberikan sokongan dan bimbingan peribadi kepada para pelajar. Ini membuatkan pelajar akan berasa selesa bila berinteraksi dengan para pensyarah.

Ribuan Graduan PAC

INTEC Lahirkan Akauntan Bertauliah

INTEC lahirkan akauntan bertauliah. Sehingga kini, sejak penubuhan PAC di INTEC, PAC telah berhasil menghasilkan 2,932 graduan, berdasarkan tempoh peperiksaan ACCA dan FIA September 2022 baru-baru ini dan PAC telah berjaya melahirkan 35 Prize Winners daripada CAT, 5 daripada FIA, 26 daripada ACCA, 5 ACCA Top affiliates.

Prize Winners Award ialah mereka yang mencapai markah tertinggi dalam setiap peperiksaan CAT, FIA dan ACCA. Para pelajar dari seluruh dunia akan bersaing untuk mendapat markah tertinggi dan dianugerahkan gelaran Prize Winners.

Kadar mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian dengan ACCA dari INTEC ialah 6-8 bulan. Kebanyakan pelajar mendapat penempatan pekerjaan dengan empat firma Besar -EY, KPMG, Deloitte dan PWC.

Program Perakaunan Profesional di Kolej Pendidikan INTEC (pelajar sepenuh masa) termasuk the Nurture and Development Program (NDP).

Antara program tersebut ialah Personal Branding Talks, Industry Sharing Session, Digital skills, Case study competitions and MOCK interviews. Bahkan para pelajar sering mendapatkan penempatan kerja (untuk pelajar akhir tahun) walaupun masih sebelum menerima keputusan akhir ACCA mereka.

Keistimewaan ACCA

  • Tiada percubaan maksimum tetapi mesti melengkapkan semua kertas ACCA yang layak dalam tempoh 7 tahun.
  • Markah lulus hanya 50% untuk kedua-dua program ACCA dan FIA-ACCA.
  • Setelah menyelesaikan semua kertas ACCA yang layak, pelajar diberikan gelaran ACCA affiliate. Affiliate kemudiannya akan melengkapkan pengalaman kerja selama 3 hingga 5 tahun dengan menyerahkan Rekod Pengalaman Praktikal (PER) mereka kepada ACCA untuk mendapatkan status ahli ACCA.
  • Kelayakan ACCA diiktiraf seluruh dunia.
  • Mudah untuk memasuki BIG4 dengan kelayakan ACCA.
  • Ahli ACCA akan mempunyai ‘ACCA’ di belakang nama mereka.

Tahniah INTEC lahirkan akauntan bertauliah bertaraf dunia.

Untuk keterangan lanjut, layari website INTEC ini.

Boleh baca artikel lain juga: Jangan Takut Biar Anak Belajar Hidup Susah

2 Comments

  1. Bagus juga kalau anak dapat sambung belajar kat INTEC ini.

  2. recognition ni memang penting buat siapa yang ambil course account untuk upskilling. terima kasih share info ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *