Pengeluaran Wang KWSP, Siapa Layak Mohon?

Pengeluaran Wang KWSP

Pengeluaran wang KWSP, ia hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Bahkan ada NGO, misalnya Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat yang sedang memperjuangkan untuk meminta kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP bersasar kepada golongan yang sangat-sangat memerlukan ketika ini.

KWSP dicarum oleh semua pekerja swasta. Inilah salah satu bentuk simpanan untuk hari tua kelak kerana kakitangan swasta tak ada pencen macam kakitangan kerajaan.

PENGELUARAN WANG KWSP UNTUK MEREKA YANG TERKESAN

Sejak pandemik Covid-19 melanda, cukup ramai rakyat di negara kita ini yang terkesan.  Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tak menentu. Ditambah dengan kenaikan barangan keperluan dan sebagainya. Aduh, memang amat-amat mencabar!

Itu adalah satu hakikat yang tak boleh disangkal. Tengok sekeliling, berapa ramai yang hilang kerja dan punca pendapatan? Yang berniaga terpaksa tutup perniagaan dan sebagainya. Yang semakin hari semakin banyak dikelilingi hutang kerana pendapatan tak dapat menampung perbelanjaan.

PENGELUARAN WANG KWSP AKAUN 2

Untuk membantu, kerajaan telah pun membenarkan beberapa pengeluaran daripada akaun 2 seperti i-Lestari dan i-Citra.

Pengeluaran Wang KWSP
Foto: Pexels

Jenis Pengeluaran Wang KSWP Daripada Akaun 2

Mungkin ramai yang belum tahu, terdapat beberapa kategori  yang membolehkan pencarum mengeluarkan duit daripada akaun 2 tanpa perlu menunggu kerajaan mengumumkan sebarang bentuk pengeluaran.

Antaranya:

  1. Pengeluaran setelah cukup umur 50 tahun. Semua pencarum yang sudah cukup umurnya 50 tahun boleh membuat pengeluaran daripada akaun 2.
  2. Untuk membeli rumah.
  3. Untuk pendidikan sama ada diri sendiri atau anak-anak.
  4. Bina rumah.
  5. Ansuran pinjaman rumah.
  6. Pengeluaran untuk mengerjakan haji (untuk umat Islam)
  7. Untuk kesihatan – perbelanjaan perubatan atau peralatan perubatan. Terdapat 36 penyakit kritikal tersenarai.

Sebenarnya ada lagi beberapa perkara yang membolehkan pengeluaran daripada akaun 2.

Pengeluaran Wang KWSP,

Nak tahu lebih detail, boleh layari laman web rasmi KWSP

Pengalaman Peribadi Buat Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2

Kali ini Sis Wa nak berkongsi pengalaman peribadi pengeluaran duit daripada KWSP, iaitu akaun 2. Sejak kerja, Sis Wa tak pernah keluarkan duit daripadA KWSP. Sebabnya, itu adalah simpanan untuk ‘hari tua’. Tak ada keperluan untuk mengeluarkannya.

Namun, enam tahun lepas, apabila suami diuji dengan masalah kesihatan, waktu itu lah sis Wa baru tahu rupanya akaun 2 boleh dikeluarkan untuk menjelaskan bil-bil perubatan untuk suami. Sebelum itu, memang tahu boleh buat pengeluaran untuk kesihatan. Tapi ingatkan hanya untuk diri sendiri sahaja. Rupanya, pengeluaran kesihatan untuk pasangan dan ibu bapa pencarum juga boleh dibuat.

Okay, di sini sis Wa kongsikan pengalaman sendiri ye.

Pengeluaran Wang KWSP Untuk Perubatan Suami

Tahun 2016, suami terpaksa menjalani rawatan untuk penyakit buah pinggang dan perlu memulakan rawatan hemodialysis di sebuah hospital swasta di Shah Alam. Ketika mula-mula dimasukkan ke wad, sangkakan  pihak insurans boleh cover, so tak adalah risau.

Tapi rupanya insurans tidak boleh ‘cover’ sebab penyakit suami adalah ‘polysistic kidney’ dikira punca kerosakan buah pinggang adalah ‘jenis keturunan’. Jadi, semua bil kena tanggung sendiri. Waduh..pening kepala, ribuan ringgit tu!

Pengeluaran Wang KWSP Bayar Bil Perubatan Suami

Jadi, ketika discharged, ada lagi sejumlah bil yang tertunggak. So, sis Wa decide untuk memohon pengeluaran daripada akaun 2.  Mujur pihak hospital yang beritahu. Kalau tak, memang tak tahu.

Caranya, pergi minta borang pengeluaran untuk kesihatan, isi dan sertakan sekali dengan bil-bil hospital yang tertunggak. Jadi, pihak KWSP akan bayar terus ke akaun hospital itu.

Selain itu, sis juga buat ‘pay and claim’ bermaksud, bayar dan tuntut kemudian. Suami menjalani dialisis tiga kali seminggu di sebuah pusat perubatan swasta jadi perlu ‘top up’ RM50 untuk setiap kali rawatan kerana melebihi jumlah yang dibayar oleh SOCSO.

Setiap tiga bulan, sis akan buat claim. Sis kumpulkan semua bil-bil dialisis itu, isi borang dan minta pengesahan daripada doktor yang merawat suami, kemudian pergi ke KWSP. Jangan lupa, sertakan semua bil yang tertunggak itu. Yang ini pihak KWSP akan masukkan terus ke akaun kita.

Dapatlah ‘bernafas’ sikit bila dapat claim. Dan, at least kita ada cash untuk ‘rolling’.

Pengeluaran Semua Wang Dalam Akaun KWSP

Ehh..boleh ke keluarkan semua duit dalam KWSP? Termasuk akaun 1? Jawapannya, MEMANG BOLEH! TAPI, bukan semua pencarum boleh keluarkan walau pun orang itu berpenyakit kronik. Pengeluaran ini di bawah kategori bawah hilang upaya.

Untuk pesakit buah pinggang yang sudah menjalani rawatan hemodialysis macam suami sis, memang boleh keluarkan semua duit di dalam KWSP tak kira akaun 1 atau 2. Ini kerana, penyakit ini adalah sejenis penyakit SEUMUR HIDUP TAK BOLEH SEMBUH dan tak mampu lagi bekerja. Kecuali, buat transplan (tukar buah pinggang). Jadi, boleh keluarkan semua duit dalam KWSP (atas pilihan diri sendiri lah ye. Tak nak keluarkan tak pe…)

Pihak KWSP akan tengok, apakah tiada lagi caruman dibuat? Sebab ada pesakit dialisis memang tak mampu bekerja lagi dan ada yang masih boleh bekerja. Faktor itu diambil kira. Untuk mohon, perlu pengesahan daripada doktor bahawa pencarum sudah tidak lagi mampu bekerja.

Step seterusnya, selepas memohon, pencarum akan menghadap dan dinilai oleh panel Perubatan KWSP. Apabila benar-benar layak, maka kebenaran pengeluaran penuh akan diberikan.

Penyakit lain, sis tak sure sangat. Tapi kalau penyakit itu masih ada peluang untuk sembuh (selepas dinilai oleh panel kesihatan KWSP), rasanya memang tak boleh keluarkan semua. Kecuali claim untuk bil-bil perubatan dan peralatan perubatan.

Ini sepanjang yang sis tahu. Tak tahulah kot sehari dua ni (ketika sis menulis catatan ini) dah berubah polisi. Nak senang, pergi je ke KWSP berdekatan. Tak gitu?

Simpanan KWSP Untuk Hari Tua?

Kalau kerja kerajaan, ada pencen. Tapi untuk pekerja di sektor swasta, duit KWSP itulah simpanan untuk hari tua.

Tapi, keadaan yang makin meruncing sekarang membuatkan ramai pencarum yang ingin mengeluarkan duit mereka. Bukan untuk berfoya-foya tapi demi survival kesan daripada pandemic.

Ramai yang cakap, memang duit itu untuk hari tua, tapi kalau sekarang nak hidup sehari-hari pun dah struggle giler, macam mana?

Sis pun secara peribadi, kalau dapat keluarkan duit KWSP tu, memang nak! Hihi. Boleh juga buat modal dan dikeluarkan bila kecemasan. Tapi bagi mereka yang masih stabil ekonominya, tak payahlah. Simpan je.

INSENTIF KERAJAAN (i-Suri) Pengeluaran Wang KWSP

Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri.

i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Faedah

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP.
  • Bantuan Kematian: RM2,500.

Boleh baca ini juga: Persatuan Suri Rumah Malaysia

Siapakah Yang Boleh Mencarum

Diri Sendiri (Isteri)

Suami Kepada Pasangan Yang Layak

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Had Bayaran 

Minimum (RM sahaja)

Tiada had

Maksimum (RM sahaja)

RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Apakah Yang Anda Perlukan

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Nota: Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat KWSP berhampiran atau layari website www.kwsp.gov.my

Peringatan penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

 

 

9 Comments

  1. Tq kak wa infonya.. rupanya boleh ya keluarkan KWSP akaun 1 tu ikut certain condition.

    1. Ye nett. tp dengan syarat lah…dan ada panel penilai Kesihatan KWSP yang akan tapis sama ada benar-benar layak ke tak..

  2. Info sangat berguna bab kwsp, kalau boleh jangan keluar laa better simpan dulu

    1. Kalau tak terdesak elok simpan je…tapi untuk yang memerlukan kiranya ada jalan untuk keluarkan duit KWSP.

  3. Padat info ttg kwsp yg ramai tak tahu. Tq wawa semoga beri manfaat pd semua

    1. Tq. Harap dapat bagi info pd orang lain sb masih ramai yang tak tahu.

  4. Ooo baru tahu boleh kuar utk pasangan juga

    1. YE..dulu pun tak tahu..ingat utk diri sendiri..Utk pasangan dan parents pun boleh. Pengeluaran drp akaun 2.

  5. Ramai orang marah kalau kita keluar duit KWSP ni. Tapi dorang tak berada dalam kasut kita kan. Kalau ada pilihan memang tak nak keluar duit KWSP ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *