AEON Lancarkan Peraduan Win Smile Of Love Win A Cruise

 AEON Lancarkan Peraduan Win Smile Of Love Win A Cruise

AEON lancarkan peraduan Win Smile Of Love Win A Cruise. AEON tidak pernah lupa untuk menghargai dan menggembirakan hati para pelanggan setianya dengan pelbagai kempen dan peraduan.

Bahkan, kali ini ia muncul dengan peraduan yang cukup istimewa dengan hadiah yang istimewa juga.

AEON Lancarkan Peraduan Win Smile Of Love Win A Cruise

 AEON Lancarkan Peraduan Win Smile Of Love Win A Cruise

Sempena bulan Februari yang terkenal sebagai bulan kasih sayang ini, bertempat di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju, AEON CO. (M) BHD atau AEON, sebuah syarikat terkemuka rangkaian pasar raya di Malaysia, teruja untuk mengumumkan pelancaran kempen, “Smile of Love – Win A Cruise Contest” dengan kerjasama Resorts World Cruises.

Pelancaran itu turut dihadiri oleh wakil media dan influencer. Manakala tetamu-tetamu VIP pada majlis itu ialah Ong Hsieh Lien, Penolong Naib Presiden, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Resorts World Cruises, Nikki Lee, Ketua Pemasaran AEON Mall dan Koh Mei Leng, Pengurus Besar – Ketua Sistem Pembayaran AEON Credit servis.

Dengan menyertai kempen ini, para pelanggan AEON akan berpeluang untuk memenangi pakej percutian mewah di atas kapal Genting Dream by The Resort World Cruises. Tentu teruja mendengarnya kan?

Cara Menyertai Peraduan “Smile Of Love Win A Cruise Contest”

Berminat? Bagaimana nak sertai peraduan Win Smile Of Love Win A Cruise? Tak susah pun.  Korang boleh mencuba nasib untuk memenangi percutian di atas kapal Genting Dream selama 3H/2M untuk dua orang oleh Resort World Cruise dengan cara membuat pembelian minimum RM38 (Ahli AEON) dan RM58 (Bukan ahli AEON) dalam gabungan dua resit pada hari yang sama di kedai-kedai F&B, Snek & Pawagam di AEON Mall.

Tempoh kempen akan berlangsung bermula pada 10hb Februari hingga 7hb Mei 2023. Setiap bulan, lapan orang pemenang akan dipilih.

Kempen Smile of Love bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggannya atas kesetiaan mereka dan sokongan berterusan dengan membeli-belah di AEON Mall.

Resorts World Cruises

 AEON Lancarkan Peraduan Win Smile Of Love Win A Cruise

Untuk kempen Win Smile Of Love Win A Cruise ini, AEON sangat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Resort World Cruises.

Ia menawarkan pelayaran penuh gaya dan eksklusif untuk setiap orang yang menyertai pelayaran di atas kapal mewah itu. Pastinya pengalaman yang dinikmati amat berbeza.

Kolaborasi di antara AEON and Resorts World Cruises ini adalah pada saat yang paling tepat kerana Genting Dream melakukan pelayaran daripada Port Klang setiap minggu, menawarkan siri dua atau tiga malam ke destinasi popular termasuklah Penang, Singapura dan tak lama lagi ke Phuket.

The Genting Dream, ‘A Resort Cruising at Sea’ menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti santapan percuma di tempat terpilih, menampilkan masakan antarabangsa dan Asia yang bervariasi, serta sudut untuk menikmati snek kegemaran sepanjang hari.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti:

  • Sebagai Kapal Pesiar Mesra Halal Standard OIC/SMIIC* Pertama di Dunia, pengembara Muslim akan mendapat akses kepada makanan dan minuman Halal yang diperakui di bahagian khusus di restoran The Lido, yang turut menyediakan masakan vegetarian.
  • Ruang solat juga disediakan di atas kapal untuk kemudahan tetamu Islam.
  • Tawaran inklusif lain yang menarik juga disediakan untuk tetamu termasuklah persembahan pentas antarabangsa yang menakjubkan dan tayangan filem di teater Zodiac berkapasiti 999 tempat duduk yang mengagumkan.
  • Taman air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air.
  • Rope Courses dan ziplines.
  • Rock Climbing Wall dan banyak lagi. aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga. Pasti percutian tak akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik.

 AEON Lancarkan Peraduan Win Smile Of Love Win A Cruise

Jadi, rugi kalau korang semua tak rebut peluang keemasan ini. Siapa tahu korang bakal menjadi salah seorang pemenang peraduan Win Smile Of Love Win A Cruise ini kan? Bolehlah bawa orang tersayang untuk menikmati percutian eksklusif ini bersama-sama.

Tentunya percutian di atas kapal ini akan menjanjikan 1001 pengalaman yang amat menarik dan akan dikenang sepanjang hayat. Good luck!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web dan laman sosial mereka di :

Website: www.aeongroupmalaysia.com

Facebook AEON Mall: https://www.facebook.com/AEONMallMY

Instagram: AEON Retail Malaysia | aeonmallmalaysia

 

 

2 Comments

  1. Siapalah agaknya yang bertuah dapat hadiah percutian atas cruise ni. Jelesnyer.

  2. nak menang jugak plsss… hehehe ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *