Kay’s Steak & Lobster Raikan 26 Anak Yatim Dengan Hidangan Kayangan Sempena Majlis Berbuka Puasa

Kay’s Steak & Lobster

Kay’s Steak & Lobster raikan 26 anak yatim dengan hidangan kayangan sempena majlis berbuka puasa.

Seramai kira-kira 26 orang anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera telah diraikan di dalam majlis buka puasa bertempat di Kay’s Steak & Lobster cawangan Ampang.

Sajikan Yang Terbaik

Kay’s Steak & Lobster

Sebelum masuk waktu berbuka, sempat diadakan majlis tahlil buat arwah ayah kepada En. Aizuddin Khalid, Pengarah Urusan Kay’s Steak & Lobster yang baru sahaja meninggal dunia sehari sebelum event berlangsung.

Setelah azan berkumandang, terlebih dahulu para tetamu dihidangkan dengan kurma, air mineral dan kuih-muih sebelum solat berjemaah.

Solat maghrib itu telah diimamkan oleh salah seorang anak-anak daripada Rumah Bakti Nur Syaheera.

Kay’s Steak & Lobster

Setelah selesai solat maghrib, barulah para tetamu disajikan dengan hidangan utama pada hari itu.

Sesungguh Kay’s Steak & Lobster ingin menyajikan yang terbaik kepada tetamu-tetamu istimewa hari itu.

Maka, sudah pastilah dua hidangan paling popular dan menjadi kesukaan ramai di restoran semi fine dine ini jadi pilihan. Apa lagi kalau bukan tomahawk dan lobster! Memang beruntung sungguh semua yang hadir hari itu. Dapat menikmati juadah berbuka kayangan!

Kay’s Steak & Lobster

Tapi untuk berbuka puasa, Head Chef telah membuat sedikit pengubah suaian terhadap hidangan daripada kebiasaan  iaitu nasi mandy lobster selain tomahawk.

Baca ini juga: Cafe Markisa

Kay’s Steak & Lobster

Tergambar keseronokan di wajah anak-anak bila melihatkan hidangan lobster dan tomahawk dihidangkan di depan mata. Masing-masing makan penuh selera.

Memang seperti yang diduga, setiap hidangan yang disajikan sangat sedap. Daripada kuih muih, minuman sehinggalah hidangan istimewa mereka.

Ternyata memang tepat sekali mengapa restoran ini menjadi pilihan ramai kerana hidangannya yang cukup lazat.

Kay’s Steak & Lobster

Turut hadir ialah penyanyi Adira Suhaimi yang mesra melayan anak-anak itu berbuka puasa. Anak-anak ini juga turut diberikan duit raya sebelum balik.

Kay’s  Steak & Lobster Tawar Hidangan Kayangan Dengan Harga berpatutan

Kay’s Steak & Lobster

Andai korang penggemar hidangsn stik dan udang galah, memang wajib berkunjung ke restoran ini.

Tidak cukup dengan pelbagai hidangan lazat yang disajikan serba mewah, tiga premis restoran yang berkosnepkan semi fine dining ini sememangnya akan memberikan pengalaman berbeza buat para pengunjung.

Restoran ini mula beroperasi pada tahun 2014, di lokasi pertamanya di putra Height, Subang Jaya. Kemudian dua cawangan lagi telah dibuka iaitu di Liberty Arc Ampang pada tahun 2021 dan di IO! Conezion, Putrajaya.

 Dijamin Halal

Bagi yang beragama Islam, jangan risau. Restoran ini menyediakan hidangan yang halal. Menurut En. Aizuddin, cita rasa Malaysia tetap diketengahkan dalam menyajikan menu di restoran mereka tanpa melupakan keenakan sajian asal tersebut.

Bahkan, semua makanan di restoran ini adalah dijamin halal. Menurutnya lagi, hidangan paling popular iaitu lobster thermidor asalnya merupakan resipi Perancis dan menggunakan wine.

Namun di restorannya, mereka menggunakan bahan lain untuk mengolah menu ini mengikut cita rasa tempatan. So, jangan risau.

Baca artikel ini juga: Buffet Ramadhan Di Westin Hotel Kuala Lumpur

Kay’s Steak & Lobster

Secara peribadi, mengalami sendiri pengalaman berbuka di Kay’s Steak & Lobster ini, memang sis Wawa puas hati sangat. Teruja saat melihat chef memotong tomahawk di mata kita sendiri.  Ia dihidangkan dengan tiga jenis sos yang semuanya sedap.

Untuk hidangan nasi mandy lobster, rasanya memang sedap. Ia juga cukup mengenyangkan.

Beef Wellington Jadi Pilihan Ramai

Kay’s Steak & Lobster

Salah satu hidangan yang baru saja dimasukkan ke dalam menu restoran adalah Beef Wellington.

Tambah En. Aizuddin, mereka telah membuat keputusan untuk memasukkan hidangan Beef Wellington dalam menu restoran memandangkan permintaan yang tinggi daripada para pelanggan terhadap hidangan tersebut.

Sebenarnya hidangan itu diperkenalkan pada Disember lalu sempena hari Natal. Ternyata ia kekal mendapat sambutan ramai daripada para pelanggan dan ini membuatkan mereka akhirnya mengambil keputusan untuk menjadikan ia menu kekal di restoran.

 Promosi Khas Ramadhan

Kay’s Steak & Lobster

Manakala sepanjang Ramadhan, Kay’s Steak & Lobster turut menyediakan set nasi dan biasanya untuk hari biasa memang tiasda nasi. Tapi untuk Ramadhan, ada hidangan nasi platter iaitu nasi daging Danok yang menggunakan daging wagyu serta nasi ayam percik.

Selain itu, turut diperkenalkan GIFT CARD dan para pengunjung boleh memperoleh diskaun sehingga 30%.

Limited Edition Gift Card

RM90 = Gift Card Value RM100 (Discount 10%)

RM160 = Gift Card Value RM200 (Discount 20%)

RM350 = Gift Card Value RM500 (Discount 30%)

^ Tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk melihat menu dan harga hidangan lain, boleh layari laman web Kay’s Steak & Lobster:

Website:https://www.kaysteaklobster.com/

Facebook: https://www.facebook.com/kaysteaklobster/

 

 

 

 

4 Comments

  1. MasyaAllah bgusnya owner restaurant..Alhamdulillah rezki adik2 bleh makan lobster! Besttttnyaaa..semoga owner dimurahkan rezkii berlipat kali ganda asbab bahagiakn ank2 yatim🤲🏻🫶🏻

  2. FARAH HANANNI BINTI ABU BAKAR

    April 10, 2023 at 9:59 pm

    wow sedapnye..😋

  3. Norsunita bt abu bakar

    April 10, 2023 at 10:28 pm

    Sedapnya….

  4. Uii.. mengancam betul steak tu kak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *