Duta AEON Kids Republic 2023 milik Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah. Baru-baru ini, bertempat di AEON IOI City Mall Putrajaya, telah berlangsung pencarian Duta Kanak-Kanak Kid Republic, iaitu rangkaian jenama fesyen di bawah AEON.
Daripada 1706 penyertaan, seramai 24 orang telah disenarai pendek sebagai finalis pencarian Duta AEON Kids Republic, bertemakan “Kids Who Create the Future”.
Mereka telah bertanding dalam dua kategori iaitu kategori A, 5-8 dan kategori B, 9-12 tahun.
Kesemua finalis telah diminta untuk memilih salah satu daripada 12 kotak yang tersedia. Di dalamanya mengandungi mainan dan soalan. Mereka kemudiannya diminta untuk menjawab satu soalan berkaitan peranan mereka dalam mencipta masa depan.
Semua finalis cukup comel dan bergaya. Namun ada yang masih malu-malu dan ada yang memang memiliki tahap konfiden yang tinggi bila berada di depan khalayak ramai.
Panel juri adalah terdiri daripada Ms. Low Ngai Yuen selaku Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan AEON Malaysia, Prichelle Lim, Partnership Manager for Singapore and Manager of theasianparent, Gillian Hung (Mama G), Fashion Icon and International Consultant; Designer and Founder of MMAG, and Advisor of Malaysian Official Designers Association (MODA) dan Ruzaidi Zaman, Store Manager di AEON Putrajaya.
Kids Republic
Kids Republic merupakan bahagian fesyen di bawah AEON, bagi kanak-kanak merangkumi pelbagai jenama dan jenis untuk setiap majlis dan aktiviti.
Kids Republic mencari kanak-kanak yang aktif dan berminat untuk mengambil bahagian dalam pencarian ini. Kami mahu mengetengahkan impian dan aspirasi mereka! Kids Republic adalah untuk Kanak-kanak Yang Mencipta Masa Depan!
Pencarian ini juga bertujuan untuk AEON mengikuti perkembangan kanak-kanak itu secara terus agar dapat menzahirkan fesyen yang lebih tepat dengan kegiatan harian mereka.
Hadiah Untuk Duta Kids Republic:
1. Pemenang Utama akan mendapat baucar AEON Gift bernilai RM2000 dan elaun pakaian setahun bernilai RM1200.
2. Pemenang Kategori akan mendapat baucar AEON Gift dan hadiah istimewa berjumlah RM1500.
3. Hadiah saguhati istimewa pula akan diberi kepada peserta yang disenarai pendek.
Gelaran Duta Kids Republic Puteri Aisya
Akhirnya gelaran Duta Kids Republic 2023 milik si comel Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah. Dia memang salah seorang perserta yang cukup menonjol dan memiliki keyakinan tinggi. Tak hairan jika dia dipilih sebagai pemenangnya.
Selain itu, pemenang kategori A ialah Muhammad Yusha Harris bin Muhd Yuzri Nizal (lelaki) dan Naira Alisha binti Mohammad Aimil Fariz (perempuan).
Manakala untuk kategori B ialah Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad (lelaki) dan Puteri Aisya Carlysa (perempuan) yang juga Duta Kids Republic 20123.
Tahniah untuk semua peserta yang terlibat. Korang semua hebat!
Senarai Finalis Pencarian Duta AEON Kids Republic:

Kategori A (5 – 8 tahun):
- Muhammad Yusha Harris bin Muhd Yuzri Nizal
- Ahmad Yezriq bin Ahmad Yazran
- Shiv Aarryan Ganesan
- Kourosh El Rayyan bin Ramin Toutian Esfahani
- Zayn Nayl bin Muhamad Faiz
- Airis Amanda binti Mohd Norhafizi
- Jadi Jesslyn
- Priesshah A/P Hariintran
- Alina Baig binti Mirza Mumtaz Baig
- Airis Haura Nur Inara binti Mohd Zulazman
- Emma Sophia binti Dzulfadli Husni
- Evareyhana binti Kamaruzzaman
- Audree Elena binti Shahrizan Effedey
- Naira Alisha binti Mohammad Aimil Fariz
Kategori B (9 – 12 tahun):

- Muhammad Reezqi Rayqal bin Ahmad Naim
- Awang Naqiff Akmal bin Awang Bakri
- Jayden Ooi Chun Eng
- Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad
- Tuan Muhammad Adam Reezqie bin Tuan Mohd Asmawi
- Ammar Hazim bin Ahmad Nazam Hilmi
- Koh Jee Yen
- Joshiyta A/P Jeyasudhan
- Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah
- Wan Nur Zara Damia binti Wan Abdul Halim
Pelancaran Kelab VIP
Selain itu, pada majlis yang sama turut diadakan pelancaran salah satu ciri yang didatangkan bersama apps iAEON – Very Important Parents (VIP) Club.
Pelbagai keistimewaan, faedah serta ganjaran yang ditawarkan kepada ahli menerusi VIP Club.
Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai promosi AEON boleh layari https://aeongroupmalaysia.com.
Leave a Reply