Sengkuang adalah antara sayuran ubi yang banyak digunakan dalam masyarakat Malaysia seperti pecal, rojak dan macam-macam lagi. Teksturnya yang renyah dan ada rasa manis serta sedikit garing, membuatkan ia sering digunakan dalam hidangan seperti rojak buah, pecal, acar timun, dan salad. Tapi, tahu tak apa khasiatnya kepada kesihatan kita?
Sis Wawa memang suka sayur ini, apatah lagi kalau dibuat sengkuang calit. Mak aii!! Terbayang-bayang kesedapannya.
Asal Usul Sengkuang
Sengkuang, juga dikenali sebagai jicama atau ubi sengkuang, adalah sejenis sayur akar yang popular dalam masakan Malaysia.
Ubi sengkuang atau bengkuang (nama saintifik: Pachyrhizus erosus) ialah spesies tumbuhan menjalar. Ia bertaburan asal dalam benua Amerika terutamanya di Mexico.
Dikatakan sayur ini disebarkan pelayar Sepanyol ke Asia melalui kepulauan Filipina. Dari sana ia pergi ke China dan bahagian lain di Asia Tenggara.
Ia sebenarnya tergolong dalam kategori kekacang. Namun, bahagian kekacang pada sengkuang adalah toksik kerana mengandungi rotenone yang berbahaya untuk kesihatan terutama jika diambil pada dos yang tinggi. Justeru yang sering dijadikan hidangan hanyalah akarnya.
Buah sengkuang mempunyai kulit yang kasar dan berwarna coklat, manakala isinya berwarna putih. Ia merupakan sumber yang baik untuk serat makanan dan nutrisi seperti vitamin C serta beberapa mineral.
Sengkuang tergolong dalam kategori tanaman singkat masa yang sangat popular dimakan segar atau dimasak sebagai sayur, hidangan salad dan merupakan bahan penting dalam rojak.
Ciri-Ciri Sengkuang
– Berbentuk bulat seperti gasing atau bulat lonjong ( panjang ).
– Kulit nipis bewarna coklat muda atau perang muda berukuran antara 10 – 15cm diameter.
– Isinya bewarna putih berair ( juicy ) serta rangup ( crunchy ) dan manis rasanya.
– Pokok tumbuh menjalardi atas tanah.
– Daunnya berbulu hijau tua dan berbentuk oval.
– Bungà bewarna biru keunguan atau putih
Khasiat Sengkuang Patut Kita Tahu
Ia tinggi karbohidrat dalam bentuk serat makanan. Ia terdiri daripada 86-90% air; ia mengandungi hanya jumlah surih protein dan lipid.
Rasa manisnya berasal daripada inulin oligofruktos (juga dipanggil frukto-oligosakarida) yang merupakan prebiotik. Sengkuang mempunyai lemak tepu, kolesterol, dan natrium yang sangat rendah. Ia juga merupakan sumber vitamin C yang baik.
Agaknya apa khasiat yang dibawanya dari sudut kesihatan kita? Antaranya:
Melindungi Diri Daripada Radikal Bebas
Dalam kehidupan seharian, kita sering terdedah dengan radikal-radikal bebas yang datang daripada persekitaran serta pemakanan.
Radikal bebas ini boleh menyebabkan kerosakan sel dalam badan seterusnya membawa kepada terjadinya penyakit dan menurunkan taraf kesihatan individu. Justeru, pengambilan antioksida dalam pemakanan adalah penting bagi membantu badan melawan radikal bebas serta melindungi daripada kerosakan sel.
Sengkuang kaya dengan antioksida seperti vitamin E dan C, selenium dan beta-karotena yang baik bagi membantu badan melawan radikal bebas, seterusnya mengurangkan risiko kepada penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes dan obesiti.
Bantu Turunkan Kadar Kolesterol
Kolesterol dalam badan dihasilkan oleh hati. Kolesterol terbahagi kepada dua, iaitu kolesterol baik (HDL kolesterol) serta kolesterol jahat (LDL kolesterol).
Kadar kolesterol jahat yang tinggi dalam badan boleh membawa kepada penyakit seperti sakit jantung, hiperlipidemia dan sebagainya. Serat larut, seperti yang terkandung di dalam sengkuang membantu mengawal kadar kolesterol dalam badan dengan menghalang hati daripada menghasilkan kolesterol yang berlebihan.
Kawal Tulang Rapuh
Kajian membuktikan bahawa sengkuang mampu mencegah penyakit tulang rapuh atau osteoporosis. Kandungan isoflavon dalam sengkuang berupaya menghalang kehilangan jisim tulang dan menaikkan penyerapan kalsium ke dalam tulang.
Tangani Masalah Sembelit
Sembelit terjadi apabila proses pencernaan dalam badan tidak berfungsi dengan baik serta pengambilan air dan serat yang kurang dalam diet seharian.
Sengkuang mengandungi serat dan kandungan air yang tinggi, bermanfaat untuk membantu mengurangkan sembelit.
Selain itu, kajian juga mendapati sengkuang mengandungi inulin, sejenis prebiotik yang mampu menggalakkan pergerakan usus sebanyak 31 peratus bagi individu yang mengalami sembelit.
Tingkatkan Jumlah Bakteria Baik Dalam Perut
Tahukah korang, badan kita sebenarnya mengandungi bakteria yang tersendiri, dikenali sebagai bakteria baik atau probiotik yang membantu dalam memelihara kesihatan.
Namun, bakteria ini memerlukan “makanan” iaitu prebiotik bagi berfungsi dengan baik. Sengkuang mengandungi inulin, iaitu prebiotik yang membantu meningkatkan bakteria baik dalam badan serta mengurangkan bakteria jahat seterusnya memastikan probiotik tersebut dapat berfungsi dengan sebaiknya.
Turunkan berat badan
Sayur yang terbaik untuk diet. Ini kerana ia merupakan makanan yang tinggi nutrisi tapi rendah kalori. Ia mengandungi serat dan air yang tinggi di mana boleh membantu anda untuk berasa kenyang lebih cepat dan lama.
Inulin yang terdapat dalam sengkuang boleh membantu kita kawal selera makan dengan menjadikan kita rasa kenyang lama. Malah, serat inulin dalamnya juga mengekalkan paras gula pada tahap normal dan mengelakkannya daripada meningkat secara mendadak selepas makan.
Kesihatan sel darah
Darah berfungsi untuk menghantar oksigen serta zat-zat lain ke seluruh tubuh badan. Justeru, sel darah yang sihat adalah penting bagi memastikan komponen-komponen yang diperlukan oleh badan tersebut dapat dihantar dengan baik.
Sayur ini berkhasiat untuk peredaran darah yang baik kerana sengkuang mengandungi zat besi serta kuprum yang penting untuk sel darah yang sihat.
Bantu Kawal Tekanan Darah
Tekanan darah yang baik adalah penting bagi mengelakkan risiko terjadinya penyakit-penyakit seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi serta strok.
Tekanan darah yang tinggi ini terjadi apabila salur darah menjadi keras akibat keradangan. Menurut kajian, potassium, seperti yang terdapat didalam sengkuang dapat membantu mengurangkan tekanan darah dengan menganjalkan kembali salur darah seterusnya mengurangkan risiko strok dan sakit jantung.
Kurangkan Risiko Pembekuan Darah
Proses pembekuan darah adalah penting bagi mengelakkan badan kehilangan darah saat ditimpa luka dan sebagainya.
Walau bagaimana pun, sekiranya pembekuan darah berlaku secara berlebihan, ini akan mengakibatkan penyumbatan salur darah seterusnya meningkat risiko serangan jantung dan strok.
Menurut kajian, pengambilan jus sayur ini sebanyak 500ml mampu mengurangkan risiko pembekuan darah. Tetapi, kajian lebih mendalam perlu dijalankan bagi mengenalpasti kesan sampingannya dalam pengambilan seharian.
Tingkatkan Prestasi Senaman
Senaman bukan sahaja penting bagi atlet, namun setiap individu juga perlu melakukan senaman dan aktiviti fizikal dengan kerap bagi mengelakkan daripada penyakit serta memastikan badan kekal sihat dan cergas.
Salah satu komponen penting yang membantu dalam meningkatkan prestasi senaman dan aktiviti fizikal adalah nitrate, yang juga boleh didapati di dalam sayur ini. Namun, kajian lebih mendalam perlu dijalankan bagi memastikan dos yang sesuai serta kesan sampingannya terhadap kesihatan secara menyeluruh.
Antipenuaan
Sayur ini mengandungi sebatian saponin, alkaloid, terpenoid, flavonoid dan tanin. Pigmentasi pada kulit berpunca daripada radiasi ultraviolet dapat dihalang melalui sebatian ini. Saponin menjaga kulit daripada rosak disebabkan oleh radikal bebas yang berlaku akibat penyerapan sinaran ultraviolet.
Banyak kan sebenarnya khasiatnya? Nutrisi yang tinggi di dalamnya membuatkan sengkuang mampu melindungi tubuh badan. Mungkin pelbagai resipi baru melibatkan sengkuang boleh dicipta lebih banyak supaya lebih ramai amalkan makanan ini.
Cara Penyimpanan Supaya Tahan Lama
Sengkuang perlu disimpan kering, antara 12 dan 16 °C (53 dan 60 °F). Oleh kerana suhu sejuk akan merosakkan akar, maka ia hendaklah tidak disejukkan.
Akar segar disimpan pada suhu yang sesuai akan tahan selama sebulan atau dua.
Baca ini juga: Resepi Tempe Crispy
Beza Sengkuang Dan Sengkuang Cina
Selain sengkuang biasa atau turnip dalam bahasa Inggeris, terdapat juga sengkuang Cina. Ada beza keduanya dari segi rupa, rasa dan cara masak.
Sengkuang Cina atau water chestnut dalam bahasa Inggeris berbentuk lebih bulat dan kecil.
Leave a Reply