Lempeng Pisang Lemak Manis. Mudah Dimasak Tapi Sedap Teramat

Lempeng Pisang Lemak Manis. Mudah Dimasak Tapi Sedap Teramat

Lempeng pisang kelapa lemak manis. Cukup mudah nak buat tapi rasanya sangat sedap dan wangi baunya. Tambahkan kelapa. Memang memancing selera.

Lempeng adalah sejenis makanan yang popular dalam masakan Malaysia. Ia juga dianggap makanan  kampung sejak zaman dahulu lagi.

 Imbau Nostalgia

Pisang antara buah tempatan kesukaan Sis Wawa. Bahkan, semua makanan berkaitan pisang memang sis suka, termasuklah lempeng.

Tiap kali makan lempeng, terimbau kembali nostalgia waktu kecil dulu kan? Ia juga antara makanan yang sering dihidangkan waktu sarapan. Ada lempeng pisang, ada lempeng manis dan macam-macam lagi. Kemudian, ada juga yang dicecah dengan sambal bilis dan sebagainya. Memang mantap!

Tapi zaman sekarang, ramai yang dah mula ‘tak kenal’ lempeng. Lebih gemar makan pankek.  Itu lempeng mat saleh. Tapi, bagi Sis Wawa, tetap suka ‘pankek Melayu’ ini. Cuma, sesuai dengan peredaran zaman, lempeng pun dah diubah suai. Macam-macam bahan yang dimasukkan dalam lempeng. Tak kisah lah kan.

Terus terang, sis Wawa jarang buat lempeng. Bukan apa, tak reti nak cantik-cantik macam orang lain buat. Tapi, bila teringin, buat jugalah. Pun begitu, walau pun rupa tak berapa nak cantik, tapi yang penting, rasanya kan? Kan? Alhamdulillah, lempeng ini sedap. So, ini ada resepi bagi yang cuba buat sendiri kat rumah. Gerenti tak menyesal. Abaikan rupa parasnya yang tak berapa lawa.

Kalau dulu, kita makan lempeng waktu pagi, untuk sarapan. Zaman sekarang, tak kisah dah. Minum petang boleh, malam pun boleh. Kadang kita ni rasa bosan juga nak makan nasi dan tekak rasa nak makan yang ringan-ringan je. Ha…lempeng ini memang sesuailah.

Cuba ini juga: Pes Nasi Goreng Mudah Dan Jimat

Jenis Pisang Yang Sesuai Buat Lempeng

Lempeng Pisang Lemak Manis. Mudah Dimasak Tapi Sedap Teramat

Nak buat lempeng pisang ni tak semua jenis pisang boleh digunakan. Sebab tak semua pisang boleh dimakan begitu sahaja. Untuk membuat lempeng pisang yang enak, sesetengah jenis pisang lebih sesuai daripada yang lain. Berikut adalah beberapa jenis pisang yang sesuai untuk membuat lempeng:

Pisang Raja

Pisang Raja adalah pilihan utama untuk membuat lempeng pisang kerana ia mempunyai tekstur yang lembut, manis, dan berair. Pisang ini memberikan rasa yang enak dan keharuman kepada lempeng.

Pisang Berangan

Pisang Berangan juga sesuai untuk lempeng pisang kerana ia mempunyai rasa manis dan lembut. Pisang ini biasanya mudah didapati di pasaran tempatan.

Pisang Awak

Pisang Awak adalah jenis pisang yang sering digunakan dalam hidangan Melayu. Ia mempunyai rasa yang manis dan enak apabila digunakan dalam lempeng.

Pisang Emas

Pisang Emas adalah jenis pisang yang manis dengan tekstur yang lembut dan sedikit masam. Ia juga boleh digunakan untuk membuat lempeng pisang yang sedap.

Pisang Nangka

Pisang Nangka boleh menjadi pilihan yang menarik kerana ia mempunyai rasa nangka yang unik dan manis. Apabila digunakan dalam lempeng, ia memberikan rasa yang berbeza dan menarik.

Pilihan pisang untuk lempeng bergantung kepada cita rasa kita sendiri. Namun, yang terpenting adalah memastikan pisang yang digunakan adalah matang dan manis untuk memberikan rasa yang terbaik kepada lempeng pisang.

Okay. dikongsikan resepi lempeng pisang yang cukup simple tapi dijamin sedap. Rugi tak cuba.

Lempeng Pisang Lemak Manis

 Bahan-Bahan:

Pisang yang dah cukup masak

Tepung gandum

Sedikit kelapa parut

2-3 sudu makan susu pekat manis

Secubit garam

Minyak masak

Cara Membuat Lempeng Pisang:

Lempeng Pisang Lemak Manis. Mudah Dimasak Tapi Sedap Teramat

 Lenyekkan pisang hingga halus dalam satu bekas. Tambahkan kelapa parut. Gaul sebati.

Lempeng Pisang Lemak Manis. Mudah Dimasak Tapi Sedap Teramat

Tambahkan pula tepung gandum, secubit garam dan susu pekat manis. Gaul sebati.

Lempeng Pisang Lemak Manis. Mudah Dimasak Tapi Sedap Teramat

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tuang sedikit adunan pisang tadi ke dalam kuali dan leperkan. Sebaiknya guna kuali leper supaya senang dibentuk. Minyak juga tak perlu banyak ye.

Bila dah masak, terbalikkan ke sebelah lagi. Bila dah masak kedua bahagian, angkat.

Siap untuk dimakan. Mudah kan?

Sangat sesuai digandingkan dengan teh o panas atau kopi o panas. Peh!!

Cuba resepi ini juga: Nasi Ayam Claypot

Tips Lempeng Pisang Garing Di Luar Lembut Di Dalam

Untuk membuat lempeng pisang yang garing, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti:

Pilih Pisang Yang Sesuai:

Pastikan anda menggunakan jenis pisang yang sesuai seperti Pisang Raja atau Pisang Berangan yang lembut dan manis. Pisang yang masak dengan baik akan memberikan hasil yang lebih baik.

Adunan:

Kalau mahukan lapisan yang garing, boleh menghancurkan pisang dengan lebih halus sebelum mencampurkannya dengan adunan tepung. Ini akan membolehkan adunan lebih meresap ke dalam pisang dan mencapai garing yang lebih baik.

Suhu Minyak yang Betul:

Panaskan minyak dengan betul sebelum menggoreng lempeng. Minyak yang terlalu panas akan membakar lempeng sebelum ia masak di dalamnya. Suhu yang sesuai adalah sekitar 170-180 darjah Celsius. Pastikan api yang digunakan sederhana. Jika api terlalu besar, lempeng akan cepat hangus di luar tetapi masih mentah di dalam.

Jangan Terlalu Tebal:

Jangan buat lapisan adunan terlalu tebal. Ini akan memastikan bahagian luar menjadi garing tanpa mengorbankan kelembutan bahagian dalam.

Goreng Secara Berasingan:

Goreng lempeng satu persatu atau beberapa sekaligus, tetapi jangan terlalu ramai dalam kuali pada masa yang sama. Ini memastikan setiap lempeng mendapat perhatian yang mencukupi semasa menggoreng.

Balik dengan Berhati-hati: Balikkan lempeng dengan lembut semasa menggoreng untuk memastikan kedua-dua belahnya menjadi keperangan dengan rata.

Biarkan lempeng memasak sebelum dibalik. Terlalu kerap membalik lempeng boleh menyebabkan lapisan garing terkoyak.

Dengan mengikuti tips ini, anda boleh menghasilkan lempeng pisang yang rangup di luar dan lembut di dalam yang pasti akan memikat selera sesiapa yang mencubanya. Selamat mencuba!

Cuba resepi ini juga: Rendang Lokan

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *