Resepi Telur Tomato Mudah, Cepat Dan Sedap. Sesuai Untuk Anak-Anak

Resepi Telur Tomato Mudah, Cepat Dan Sedap. Sesuai Untuk Anak-Anak

Resepi telur tomato mudah, cepat dan sedap. Sesuai untuk dijadikan hidangan anak-anak kerana ianya tak pedas. Malah, bahan yang diperlukan juga tak banyak. Hanya bawang putih dan daun bawang. Mudah, cepat tapi sedap!

Resepi Telur Tomato

Bahan-bahan:

Resepi Telur Tomato

4-5 biji telur

2-3 biji tomato

3-5 ulas bawang putih – racik halus

Sedikit sos tomato

Sos cili – pilihan jika nak ada rasa pedas sikit

2 tangkai daun bawang – racik halus

Sedikit mushroom seasoning

Air

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Cara Memasak Resepi Telur Tomato:

Resepi Telur Tomato Mudah, Cepat Dan Sedap. Sesuai Untuk Anak-Anak

Mula-mula belah empat tomato (jangan putus) dan rebus tomato hingga lembut. Angkat dan toskan.

Semak resepi ini juga: Resepi Mashed Potato

Kemudian potong kecil buah tomato yang telah direbus tadi. Ketepikan.

Resepi Telur Tomato Mudah, Cepat Dan Sedap. Sesuai Untuk Anak-Anak

Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur, dan tuang telur ke dalam kuali. Kacau perlahan. Terpulang pada selera sama ada hendak telur itu agak hancur atau agak kasar. Angkat dan ketepikan.

Untuk Sis, sengaja bagi telur lebih hancur, Terpulang ikut selera masing-masinglah ye.

Resepi Telur Tomato Mudah, Cepat Dan Sedap. Sesuai Untuk Anak-Anak

Menggunakan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak dan bila minyak panas, tumis bawang putih yang telah diracik tadi. Seketika selepas ia terbit bau, masukkan pula hirisan daun bawang. Tumis lagi.

Setelah itu, masukkan hirisan tomato yang telah dipotong dan kacau sebati.

Resepi Telur Tomato Mudah, Cepat Dan Sedap. Sesuai Untuk Anak-Anak

Kemudian masukkan telur yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Tambah sedikit air, bergantung kepada kuah yang kita hendak banyak mana.

Tambah sos tomato dan sos cili (pilihan). Gaul perlahan, Perasakan dengan garam dan mushroom seasoning secukupnya.

Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih yang telah diracik. Seketika selepas ia terbit bau, masukkan hirisan daun bawang. Tumis lagi.

Siap! Mudah je kan? Sedap dimakan dengan nasi putih atau bubur nasi. Tapi untuk mak ayah yang suka pedas, boleh je tambahkan cili padi ke dalamnya tanpa dihiris. Nanti bila makan, gigit saja.

Kalau nak aroma ‘chinese style’, boleh tambah sedikit minyak bijan. Yumm!

Selamat mencuba!

Boleh cuba resepi ini juga: Ayam Bawang Ala Mamak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *